Monday, March 10, 2014

Jom memetik strawberi!

Assalamualaikum


Sebelum berceloteh marilah kita sama-sama berdoa agar semua penumpang dan anak kapal MH 370 yang hilang Sabtu lepas selamat dan dijumpai. Semoga Allah mendengar doa kita semua. Amiin.

Ichigo- strawberi dalam bahasa Jepun. Di Jepun di memang banyak ditanam strawberi tapi memang jauh sikit dari Tokyo sebab Tokyo ni kawasan yang panas sikit. Seperti yang semua tahu strawberi perlukan tempat yang sejuk. Jadi kami kenalah keluar rumah awal sikit untuk sesuaikan dengan jadual keretapi dan bas.

Dengan menaiki keretapi, dari Shirokane Takanawa --> Musashi Kosugi  --> Yokohama --> Hiratsuka. Perjalanan mengambil masa hampir sejam 15 minit. Lepas tu naik bas pula ke kebun strawberi tu selama 10 minit.




Disebabkan perjalanan mengambil masa yang lama, anak-anak mula bosan. Muka masing-masing mencuka dan muncung tak payah nak cakap. Adib seperti biasalah..tidur.




Kami sampai ke stesen Hiratsuka dalam pukul 10 pagi lebih. Kena pula tunggu bas untuk ke Hoyano Strawberi Farm yang dijadualkan pukul 10.30 pagi.

 *Pemandangan indah di Stesen Hiratsuka




 *sementara menunggu bas, ambil gambar sekitar Hiratsuka ni dulu

 *kita akan naik bas nombor 65





*bas akan bergerak tepat jam 10.30 pagi. So, bergambar dulu !

Kebetulan bila dah samapai dan turun dari bas, terjumpa pulak sepohon sakura yang sedang berkembang. Apalagi bergambarlah. Sakura hanya akan berkembang selama seminggu saja dalam setahun. Jadi bukan senang nak tengok sakura ni kan. Sesetengah pokok sakura mula berkembang sekarang. Mungkin seminggu dua lagi kebanyakan sakura akan berkembang. Errmmm..tak sabar nak ber"hanami" pulak.





Bila sampai ke Hoyano Strawberi Farm, kami nampak dah banyak kereta diparkir. Ramai juga orang yang datang. Tapi cari punya cari dimana ladang tak jumpa. Ada nampak beberapa ladang strawberi tapi tak ada pulak orang yang sedang memetik strawberi. Macam pelik pulak. Jadi suami saya pergi bertanyakan seorang pak cik yang sedang menjaga parkir. Rupa-rupanya Hoyano Farm ni ada 2 tempat. Tempat yang kami nampak tadi tu belum dibuka mungkin disebabkan buah-buah strawberi tu belum masak sepenuhnya. Kami dikehendaki berjalan dalam 200m untuk ke ladang yang satu lagi. Bila kami sampai memang sudah ramai pengunjung di situ.

 *Hoyano Strawbery Farm parking lot

 *Kat belakang tulah tempat kami nak pergi


Kalau diikutkan bayaran masuk untuk memetik dan makan ni memang mahal. Abah, ibu, Aiman dan Akmal 1500 yen setiap orang manakala Amni dan Adib pula 900 yen. Hanya 30 minit saja masa diberi untuk makan. Masa tu makanlah sebanyak mana pun tapi tidak boleh dibawa balik.

Semua pengunjung dibenarkan masuk ke khemah tanaman strawberi ni secara berperingkat supaya tidak terlalu ramai orang dalam satu masa di dalam khemah tersebut dan juga senang pihak pengurusan untuk menentukan masa selama 30 minit. Selepas 30 minit nama yang telah didaftarkan akan dipanggil menandakan kita dikehendaki keluar kerana masa sudah tamat.


*Daftar dan bayar dulu sebelum masuk


Ini merupakan pengalaman pertama bagi Adib. Masa kami memetik strawberi 2 tahun lepas (gambar di SINI), Adib masih kecil. Kali ini dia begitu teruja nak petik, sampai lembik buah strawberi tu dipicitnya. Lagipun dia memang suka "ichigo" ni.

Di bawah ni pulak aksi-aksi anak-anak semasa di ladang strawberi.






*Strawberi cicah susu



 *belajar cara-cara nak memetik dengan betul


 *Besarnya ichigo Adib









*Bersihkan tempat ni!




Alhamdulillah, kenyang perut semua orang. Walaupun masa yang diberi agak terhad dan banyak sangat peraturan semasa di dalam ladang ni, kira puas hatilah. Cukuplah untuk menghabiskan masa berharga bersama anak-anak.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Thursday, March 6, 2014

Baju Kurung Pahang

Assalamualaikum


Alhamdulillah, dah siap baju kurung Pahang saya ni. Bukan main lama lagi nak siapkan sepasang baju kurung ni. Macam mana lah kalau nak ambil upah, hehehe. Agaknya berjanggutlah pelanggan nak tunggu baju mereka siap. Saya ambil masa 2 hari nak siapkan sepasang baju kurung ni. Ye lah dah lama tak menjahit baju kurung, terkial-kial jugaklah nak siapkan.

Saya menggunakankain cotton, jadi senang ikit nak uruskan. Kalau guna kain yang licin, mungkin belum siap lagi kot!. Disebabkan dah lama saya tidak menjahit baju kurung, saya terpaksa rujuk balik cara-cara menjahitnya. Saya pun mulalah meng"google" tutorial-tutorial menjahit baju kurung. Adalah beberapa blog /tutuorial yang saya rasa sesuai dan senang faham.



Baju kurung ni tidak ada kekek. Cuma ada pesak saja. Dibahagian dada tu pesaknya dilengkukkan. Jadi bila pakai, ada shape sikit.


Dibahagian hujung lengan tu saya jahitkan beberapa batu (tak nampak sangat dalam gambar tu). Saja nak bagi nampak "merelip" sikit, hehehe. Tunggu 19/3 ni nak pakai ke majlis tamat sekolah Amni. Baju kurung (Malaysia) dengan kain Japanese Cotton dengan bunga-bunga sakura (Jepun). Gabungan 2 negara lah kononnya. Ok ke gitu? 

Untuk membuat pola baju kurung Pahang: entri di sini


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Tuesday, March 4, 2014

Mainan baru

Assalamualaikum

Kali ni nak buat entri ringkas je. Hari Ahad lepas en suami telah membeli mainan baru lagi untuk anak-anaknya. Sebenarnya dah lama abahnya nak beli sebab abahnya yang suka dengan maianan tu. Anak-anak sebagai alasan je. Hehehe..jangan marah ye. Nasib baiklah anak-anak pun suka main.




Sekurang-kurangnya dapat menggerakkan minda mereka untuk berfikir bagaimana nak design landasan keretapi tu. Kena jadi kreatif la sikit.


Monday, March 3, 2014

Umrah

Assalamualaikum

*Ibuku sayang

Alhamdulillah, Sabtu lepas mak saya, Abang Long dan Kak Long serta Along (kakak sulung) telah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah (hehehe..tajuk entri macam tuan blog yang pergi umrah :p ). Sudah lama mak saya menyuarakan hasrat untuk ke tanah suci. Alhamdulillah niat beliau tercapai. 




*sebahagian dari cucu-cicit nenek

Pada pagi Jumaat, anak-anak serta cucu-cicit menghantar Mak, Abang Long dan Kak Long ke stesen bas ekspres di Jertih untuk ke Kuala Lumpur. Along pula telah ke Kuala Lumpur malam semalam dari Gua Musang. 





Saya mempunyai keluarga yang besar. Semua adik-beradik tinggal berdekatan dengan rumah Mak saja. Hanya saya, Along ( Gua Musang) dan Kak Teh ( Jerantut) yang tinggal jauh. Rindunya dengan adik-beradik dan kemeriahan keluarga yang ramai.




Di saat-saat nenek nak berangkat ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, mereka akan ke rumah Lida (anak Along). Di sana Mak akan berkumpul pula dengan sebahagian lagi cucu-cicit beliau iaitu anak-anak serta cucu-cucu Along. Alhamdulillah, saya juga sempat Skype dengan Mak pada malam tu. Dapat juga "berjumpa" dengan Mak sebelum berangkat ke tanah suci walaupun secara online.


*Abang Long senyum meleret

Sabtu pagi tu anak-anak Along yang hantar Mak, Along, Abang Long dan Kak Long ke LCCT. Penerbangan mereka pukul 11 pagi.


 *Along dan sebahagian cucu dan menantu

 * 3 generasi

 *Along dan anak-anak perempuannya

 *Abang Long dan Kak Long


 *Bersama cucu sebelum bertolak

*Bersama suami tersayang, Abang Sir



*masa untuk berangkat

Alhamdulillah, mereka semua telah selamat sampai di Tanah Suci dan sedang menunaikan ibadah. Semoga mereka semua diberi kesihatan yang baik supaya dapat menunaikan ibadah dengan sempurna. 

p/s: kredit diberikan kepada Ashilah Marzuki dan Ida Azlida untuk  gambar-gambar dalam entri ni.



Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015