Sebelum berceloteh marilah kita sama-sama berdoa agar semua penumpang dan anak kapal MH 370 yang hilang Sabtu lepas selamat dan dijumpai. Semoga Allah mendengar doa kita semua. Amiin.
Ichigo- strawberi dalam bahasa Jepun. Di Jepun di memang banyak ditanam strawberi tapi memang jauh sikit dari Tokyo sebab Tokyo ni kawasan yang panas sikit. Seperti yang semua tahu strawberi perlukan tempat yang sejuk. Jadi kami kenalah keluar rumah awal sikit untuk sesuaikan dengan jadual keretapi dan bas.
Dengan menaiki keretapi, dari Shirokane Takanawa --> Musashi Kosugi --> Yokohama --> Hiratsuka. Perjalanan mengambil masa hampir sejam 15 minit. Lepas tu naik bas pula ke kebun strawberi tu selama 10 minit.
Disebabkan perjalanan mengambil masa yang lama, anak-anak mula bosan. Muka masing-masing mencuka dan muncung tak payah nak cakap. Adib seperti biasalah..tidur.
Kami sampai ke stesen Hiratsuka dalam pukul 10 pagi lebih. Kena pula tunggu bas untuk ke Hoyano Strawberi Farm yang dijadualkan pukul 10.30 pagi.
*Pemandangan indah di Stesen Hiratsuka
*sementara menunggu bas, ambil gambar sekitar Hiratsuka ni dulu
*kita akan naik bas nombor 65
*bas akan bergerak tepat jam 10.30 pagi. So, bergambar dulu !
Kebetulan bila dah samapai dan turun dari bas, terjumpa pulak sepohon sakura yang sedang berkembang. Apalagi bergambarlah. Sakura hanya akan berkembang selama seminggu saja dalam setahun. Jadi bukan senang nak tengok sakura ni kan. Sesetengah pokok sakura mula berkembang sekarang. Mungkin seminggu dua lagi kebanyakan sakura akan berkembang. Errmmm..tak sabar nak ber"hanami" pulak.
Bila sampai ke Hoyano Strawberi Farm, kami nampak dah banyak kereta diparkir. Ramai juga orang yang datang. Tapi cari punya cari dimana ladang tak jumpa. Ada nampak beberapa ladang strawberi tapi tak ada pulak orang yang sedang memetik strawberi. Macam pelik pulak. Jadi suami saya pergi bertanyakan seorang pak cik yang sedang menjaga parkir. Rupa-rupanya Hoyano Farm ni ada 2 tempat. Tempat yang kami nampak tadi tu belum dibuka mungkin disebabkan buah-buah strawberi tu belum masak sepenuhnya. Kami dikehendaki berjalan dalam 200m untuk ke ladang yang satu lagi. Bila kami sampai memang sudah ramai pengunjung di situ.
*Hoyano Strawbery Farm parking lot
*Kat belakang tulah tempat kami nak pergi
Kalau diikutkan bayaran masuk untuk memetik dan makan ni memang mahal. Abah, ibu, Aiman dan Akmal 1500 yen setiap orang manakala Amni dan Adib pula 900 yen. Hanya 30 minit saja masa diberi untuk makan. Masa tu makanlah sebanyak mana pun tapi tidak boleh dibawa balik.
Semua pengunjung dibenarkan masuk ke khemah tanaman strawberi ni secara berperingkat supaya tidak terlalu ramai orang dalam satu masa di dalam khemah tersebut dan juga senang pihak pengurusan untuk menentukan masa selama 30 minit. Selepas 30 minit nama yang telah didaftarkan akan dipanggil menandakan kita dikehendaki keluar kerana masa sudah tamat.
*Daftar dan bayar dulu sebelum masuk
Ini merupakan pengalaman pertama bagi Adib. Masa kami memetik strawberi 2 tahun lepas (gambar di SINI), Adib masih kecil. Kali ini dia begitu teruja nak petik, sampai lembik buah strawberi tu dipicitnya. Lagipun dia memang suka "ichigo" ni.
Di bawah ni pulak aksi-aksi anak-anak semasa di ladang strawberi.
*Strawberi cicah susu
*belajar cara-cara nak memetik dengan betul
*Besarnya ichigo Adib
*Bersihkan tempat ni!
Alhamdulillah, kenyang perut semua orang. Walaupun masa yang diberi agak terhad dan banyak sangat peraturan semasa di dalam ladang ni, kira puas hatilah. Cukuplah untuk menghabiskan masa berharga bersama anak-anak.
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.
heee gemok la stoberi sana.. sini dpt rs kat cameron heheh
ReplyDeleteyang gemuk n besar tu tawar sikit.Yang kecik comel lebih sedap. Strawberi Cameron tu manis tak?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete