Friday, August 8, 2014

Aidilfitri 2014: beraya di Besut

Assalamualaikum

Alhamdulillah raya tahun ni cuti panjang sikit. Biasanya kalau giliran kami beraya di Serting, kami tak ada kesempatan nak balik beraya di Besut. Tahun ni Cik Abang dan anak-anak cuti seminggu, dapatlah balik Besut dua tiga hari. Raya ke 3 (Rabu) pagi kami bertolah ke Besut. Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun banyak kenderaan di jalanraya. 

Hari Khamis bermulalah mengahadiri kenduri-kendara di rumah saudara mara. Dapat makan free...hehehe.
Kenduri pertama: makan-makan sempena naik rumah baru sepupu saya








Kenduri kedua: kenduri kahwin anak kepada 2 pupu (kot...terlupa apa hubungan) saya.







Hari Jumaat barulah boleh menziarahi rumah adik-beradik. Makan-makan di rumah mereka sambil masak bersama-sama boleh mengeratkan hubungan. Alhamdulillah adik-beradik saya tinggal berdekatan je, jadi senanglah boleh ziarah dalam satu atau dua hari je.

Makan pagi di Alor Lintah - rumah Abang Long (tak ada gambar)
Makan tengahari di Kg Bahagia - rumah Kak Ma






Makan petang di Dalan Rhu - rumah Zira (anak saudara) dan rumah Kak







Makan malam di Kg Kubang Bemban - rumah Mok bersama-sama adik-beradik, ramai-ramai



Hari Sabtu dah kena balik semula ke Seremban. Kali ni kami bawa mok sekali balik ke Seremban. Kami singgah dulu Serting dan bermalam di situ sebelum meneruskan perjalanan ke Seremban pada hari Ahad. Sabtu malam tu di Serting, kami buat BBQ.






Itulah serba sedikit cerita kami sekeluarga beraya di 2 kampung halaman pada tahun ini. Memang seronok. Setelah 2 tahun beraya diperantauan, tahun ni pula boleh beraya di 2 negeri. Alhamdulillah.



Thursday, August 7, 2014

Aidilfitri 2014: beraya di Serting

Assalamualaikum

Masih dalam mood raya. Walaupun kami menyambut sederhana saja tapi tetap beraya juga kan. Menyambut hari raya bersama keluarga memang lain "feel" dia. Alhamdulillah kami masih ada ibubapa. Beraya di kampung bersama ibubapa merupakan nikmat yang tak dapat digambarkan.

Alhamdulillah Aidilfitri tahun ni jatuh pada hari Isnin. Jadi dapatlah balik kampung awal sikit. Kami balik pada pagi Sabtu (26/7/2014). Bukan apa, balik pagi-pagi dapat elakkan kesesakan. Seperti yang dijangka kami selamat sampai ke Serting tanpa ada kesesakan. Sampai ke rumah, rehat-rehat je sebab belum ada persediaan nak masak lagi.

Dalam pada berehat-rehat tu bolehlah tolong Mak menyembat baju. Sebenarnya Mak mengambil upah jahit baju raya. Biasalah dah last minute ni kelam kabut sikit nak siapkan baju-baju raya ni. Ramai dah pelanggan yang datang mengambil baju raya. Mak tak menang tangan. Sebagai menantu mithali (hehehe..perasan ), inilah masanya nak tunjukkan skill. Alhamdulillah, walaupun tak banyak, dapatlah membantu Mak sikit yang dah tepu tu.

Aktiviti anak-anak pula, bermain bunga api.






Persiapan masak memasak bermula tengahari Ahad. Semua orang ada tugas masing-masing. Dik Ya sekeluarga pun dah balik. Kami semua bergotong-rotong masak rendang, ketupat dan kuah kacang. Dah sibuk-sibuk masak sampai lupa nak ambil gambar. Mana taknya, semua orang ada kerja nak buat. Sampai tak terfikir nak ambil gambar semasa gotong-royong tu.

 * rendang ayam kampung

 * ini pula rendang daging

Pagi raya tu biasalah selepas balik dari solat hari raya, kami semua bersalam-salaman meminta maaf. Masa ni lah anak-anak nak kutip duit raya dari Wan, Atuk dan Acu. 





Selepas makan kami ke Kg Keru, menzirahi pusara arwah atuk dan nenek (ibubapa Mak). Sepanjang 12 tahun kami berkahwin, inilah kali pertama Cik Abang bawa saya ke kampung dia. Itupun untuk menziarahi pusara. Kami di situ tak lama. Seterusnya kami ke Jeram Tengkek, tak jauh dah dari Kg Keru tu. Ada ke tak orang lain ke jeram pada hari raya? Hehehe macam tak pernah dibuat orang je! Tapi kami dah buat.




* Kesian Adam kena rendam dalam air sejuk

Budak-budak ni tak tahan sangat mandi sebab air sejuk sangat. Mandi sekejap je dah terketar-ketar kesejukan. Adam meraung-raung tak nak masuk dalam air. Lebih-lebih lagi air terjun tu. memang sejuk. Lepas mandi, perut pun dah lapar. Semua minta makan. Kami bawa je bekal rendang raya dan nasi putih. Goreng telur dadar sikit. Ala kada je. Rupa-rupanya makan sempoi macam ni cukup berselera. Sampai tak cukup nasi.




Sebenarnya sedikit kecewa melihat keadaan tempat ni. Tidak terjaga dan banyak kemudahan yang terabai. Jambatan yang dah hampir runtuh dan gazebo yang kotor serta penuh dengan daun-daun. Sayang!. Sebenarnya tempat ni cantik. Mungkin Jeram Tengkek ni berada di ceruk. Susah sikit orang nak datang berbanding dengan Ulu Bendul.

28 Julai 2014, Hari Raya Aidilfitri yang kebetulan juga ulangtahun hari lahir Aiman Hakimi yang ke 11. Balik dari Jeram Tengkek, terus ke Bahau beli kek dan KFC. 
Aiman, kami semua doakan Along menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya di dunia serta akhirat.









Alhamdulillah, seronok raya tahun ni. Raya ke 3 kami akan meneruskan perjalanan ke Besut pula. Nanti cerita di lain entri ye.

Tuesday, August 5, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Assalamualaikum

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Walaupun sudah seminggu berlalu tapi masih dalam mood raya kan. Alhamdulillah setelah 2 tahun raya di perantauan, tahun ni dapat kami sekeluarga beraya di tanahair. Walaupun sederhana saja tapi tetap "rasa" kelainanannya. Bunyi mercun, lagu raya, bazar ramadan, dan solat terawih di surau yang membezakan ramadan dan syawal di Malaysia dengan di Jepun. Suasana itulah yang kami rindu selama 2 tahun beraya di Jepun.

Tahun ni kami beraya di Felda Serting Hilir 7, rumah ibubapa mertua saya. Tahun ni giliran kami dan Dik Ya sekeluarga beraya dengan mak dan abah. Kak Long dan Abang Chik beraya dengan mertua masing-masing di Gombak dan Teluk Intan.

* Keluarga bahagiaku

* Mak dan abah bersama anak menantu dan cucu-cucu

 * Wan dan atuk bersama sebahagian dari cucu-cucu mereka

* Kami & mak abah

* Permata hati pengubat jiwa

 * Adam dan Atuk & Wan

 * Dik Ya & her family

Insya Allah nanti saya akan sambung cerita lagi. Ampun dan maaf dipinta jika terdapat ketelanjuran kata. Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015