Thursday, September 19, 2013

Playdate

Assalamualaikum

                                         * Anak-anak bersama rakan-rakan

Playdate - satu istilah yang saya mula kenal masa anak-anak mula bersekolah di sekolah antarabangsa. Mungkin bagi orang lain dah biasa dengar tapi tidak bagi saya. Pernah Akmal dan Aiman suatu ketika dulu meminta izin dari saya untuk playdate bersama rakan sekolah dan saya tak faham apa maksud mereka. Puaslah mereka menerangkan kepada saya.

Playdate adalah satu hari atau masa yang ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak (anak-anak dan ibubapa) untuk bermain di rumah kawan. Biasanya terdapat timbal balik. Sebagai contoh, jika hari ini terdapat kawan datang bermain di rumah kita, mungkin esok atau minggu depan kita pula ke rumah kawan itu untuk bermain.

Saya tak berapa pasti jika playdate ini diaplikasi di Malaysia atau tidak. Di sini anak-anak selalu meminta untuk playdate samada kawan datang ke rumah atau mereka akan ke rumah kawan. Maka saya dan suami  telah menggariskan beberapa peraturan untuk playdate.
  1. Hanya sekali seminggu sahaja boleh mempunyai playdate
  2. Anak-anak hendaklah memberitahu sekurang-kurangnya sehari lebih awal jika ingin mempunyai playdate
  3. Boleh mempunyai playdate dengan rakan-rakan yang tinggal berdekatan sahaja
  4. Boleh mempunyai playdate sehingga pukul 5 petang sahaja
Biasanya jika anak-anak mempunyai playdate, saya akan memasak sesuatu yang disukai kanak-kanak dan senang di makan. Semalam saya telah menyediakan muffin coklat untuk mereka. Semalam Amni membawa 2 orang kawan iaitu Hayato-kun dan Tomohiko-kun manakala Akmal membawa kawan baiknya Noah ke rumah. Mereka seronok bermain, makan malah mandi bersama-sama.

                                         *Amni bersama Hayato dan Tomohiko

                                         *Dah penat main, makan pula

                                         *Akmal, Aiman dan Noah. Adib pun nak main jugak

Dengan playdate ni anak-anak dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Amni dapat meningkatkan lagi pemahaman dan kosa kata Bahasa Jepunnya manakala Aiman dan Akmal kosa kata Bahasa Inggeris.

Wassalam, jumpa lagi



Wednesday, September 18, 2013

Resepi roti john mudah

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, syukur diberi kesihatan yang baik oleh Allah maka dapatlah memasak untuk suami dan anak-anak. Resepi yang saya nak kongsikan hari ni kegemaran anak-anak. Kalau sekali masak tu sekejap je licin malah  kadang-kadang tu tak cukup. Resepi ini saya saya dapat dari http://www.facebook.com/bukuresepi

Resepi Roti John Mudah
Sumber: Nadia Fadzil
Oleh : Noriati Saud

Bahan-bahan:

6 keping roti hotdog
4 keping beef patty (daging burger yang dihancurkan) - saya menggunakan daging cincang*
1 biji bawang besar - dipotong kiub
3 biji telur
lada putih
garam
mentega
mayonnaise
sos cili

Cara-cara:


1. Dalam mangkuk, campurkan bawang besar yg dipotong kiub, daging burger hancur, telur, lada putih dan garam (agak-agak, secukup rasa). Kacau adunan hingga sebati.

Ini pulak versi saya;
  1. Tumis bawang besar dengan minyak zaitun sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging cincang, garam dan lada putih.
  3. Masak sehngga kering air dan sedikit garing.
  4. Campurkan dengan telur.

 2. Belah roti hotdog dan sapukan dgn mentega


 3. Cairkan mentega. Perlahankan api (penting). Sudukan adunan cukup-cukup bentuk roti hotdog.
4. Telangkupkan roti hotdog diatas adunan. Tekan sikit supaya melekat. Kawal api biar kecil agar daging betul-betul masak.

5. Apabila roti sudah garing, angkat. Sapukan mayonnaise dan cili sos. Tutup roti dan potong kecil. Hidangkan.

Mudahkan? Mudah dan sedap. Cubalah

Wassalam dan jumpa lagi.



Tuesday, September 17, 2013

Testimoni Kelas Asas Blog dan Fanpage

Assalamualaikum.


Nak Belajar Asas Blog? Klik Gambar

Sebelum datang ke Jepun saya pernah mempunyai blog sendiri untuk memasarkan  hasil jahitan dan sulaman saya. Itu pun suami yang buatkan. Masa tu saya langsung tak ambil tahu pasal blog tu. 100% suami yang uruskan. Bila suami dapat kontrak kerja di Jepun, blog saya ditamatkan.

Saya bercadang mahu membuka semua kedai online saya bila saya balik ke Malaysia tahun depan. Tak sangka pula berjumpa dengan Pn Zaila,  apabila saya terbaca blog beliau. Saya tertarik dan terus email untuk bertanya apakah kepentingan blog jika kita nak berniaga online sedangkan kita akan gunakan facebook untuk memasarkan produk. Setelah diberi penerangan saya mula berblog. Selama sebulan saya menulis blog dengan tunjuk ajar dari suami.

Satu hari saya terfikir untuk memulakan perniagaan di Jepun ni. Setelah mendapat izin suami, saya mendaftarkan diri di Kelas Asas Blog dan Fanpage di bawah tunjuk ajar Pn Zaila Mohamad. Alhamdulillah, tak rugi saya mendaftar di dalam kelas ini kerana masa belajar ditentukan oleh kita sendiri. Guru online boleh dihubungi bila-bila masa sahaja.

Disamping mengajar menyiapkan blog dan fanpage, ilmu yang sukar didapati dimana-mana ialah tip dan khidmat nasihat tentang selok-belok perniagaan online. Cikgu sentiasa berkongsi ilmu dan pengalaman selama 4 tahun berniaga secara online. Seperkara lagi kami yang sama-sama belajar dalam kelas ini dapat mengenali antara satu sama lain (di alam maya) dan saling bantu-membantu meningkatkan trafik blog masing-masing.

Kepada sesiapa yang berminat menyertai kami di dalam Kelas Asas Blog dan Fanpage bolehlah lawati blog Puan Zaila http://zailabinimdae.blogspot.jp/ atau hubungi beliau di  zailamohamad@yahoo.com 


Monday, September 16, 2013

Resepi donut gebu

Asslamualaikum



Kali ni nak kongsi resepi donut pulak. Tiba-tiba je rasa rajin nak buat donut. Lagi pun dah lama tak masak donut ni. Donut ni gebu sangat dan anak-anak sangat suka. Saya ambik resepi donut ni kat sini. Terima kasih Kak Azie. Dah banyak kali buat donut dengan resepi ni dan puas hati.

Resepi donut gebu
Oleh : Noriati Saud
Sumber: Azie Kitchen

Bahan-bahan


  1. 500g tepung gandum
  2. 1 paket yis segera (11g) - saya guna 6g
  3. 50g marjerin/mentega
  4. 1 sudu besar (penuh) shortening- saya tak letak
  5. 2 sudu besar (penuh) gula pasir
  6. 2 sudu besar susu pekat/ susu tepung
  7. 1 biji telur
  8. 1/2 sudu kecil garam
  9. 200ml air suam kuku
  10. Gula halus atau topping kegemaran
Cara-cara penyediaan
  • Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit
  • Setelah yis berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam
  • Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu)
  • Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli dengan tangan. Tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli
  • Uli sehingga doh sebati dan tidak melekat di tangan (sisa-sisa tepung di dalam bekas tu semua bersih). Doh dah siap.
Saya pula hanya menggunakan breadmaker untuk menguli. Masukkan semua bahan kecuali gula untuk disalut bila dah siap nanti. Setkan doh dan tekan "start".

Bila dah siap doh, bulat-bulatkan sekitar 40g sebiji. Biarkan seketika sebelum di cerap/tekap bulat ditengahnya. Gunakan tutup botol air mineral pun boleh. Sedia untuk digoreng.

Goreng dalam minyak yang banyak sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Biarkan sejuk sedikit sebelum disalut dengan gula halus.



                                        *Anak-anak suka makan yang kecik-kecik tu

                                         *Saya buat lubang guna ni

Ok selamat mencuba dan jumpa lagi

Sambil tu bolehlah cuci mata dengan Japanese Cotton: https://www.facebook.com/pages/From-Japan-With-Love/1387926574769890
Jika ada sebarang pertanyaan emailkan kepada noriatisaud@gmail.com
Terima kasih



Sunday, September 15, 2013

Tempahan beg

Assalamualaikum

Alhamdulillah telah berjaya menyiapkan tempahan dari seorang pelanggan. Beliau menempah sebuah beg serbaguna (multipurpose bag) dan sebuah beg jerut (drawstring bag). Beg serbaguna boleh dijadikan beg bayi (diaper bag), beg untuk cikgu letak buku-buku atau boleh juga digunakan untuk meletakkan baju ketika bermalam di luar. Beg jerut pula boleh dijadikan beg untuk meletakkan alat make-up, boleh isi telekung solat dan sebagainya.

Beg serbaguna

Saiz : 40cm (pjg) x 27cm(tinggi) x 12cm (tapak)
Panjang tali: 45cm

                                         *saya memilih corak strawberry


                                         *Terdapat 6 poket di dalam

                                          *Dengan butang magnetik


Beg jerut (drawstring bag)

saiz: 28 cm (pjg) x 22cm (tinggi) x 7cm (tapak)
panjang tali : 40cm


                               * Beg jerut, juga dengan motif strawberry

                                          * Terdapat satu poket di dalam beg

                                          *Beg sebelum dijerut

                                         *Manik dijadikan penyeri pada tali beg

Jika berminat untuk menempah beg bolehlah email kepada  noriatisaud@gmail.com. Terdapat pilihan kain yang boleh dipilih untuk dijadikan beg di sini. Sambil-sambil bolehlah cuci mata.

Ok, jumpa lagi.





Saturday, September 14, 2013

Resepi roti sosej

Assalamualaikum.

Roti sosej untuk sarapan dan bekal untuk anak-anak ke sekolah. Hari ni saya buat 2 versi. Satu dengan serbuk roti (breadcrumbs) dan satu lagi tanpa serbuk roti. Biasanya saya hanya ikut resepi yang tanpa serbuk roti tapi hari ni rasa nak makan lain sikit. Saya masak tak banyak memandangkan anak-anak tak berapa gemar.

Jom tengok resepi dulu.

Resepi roti sosej
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

  • Roti keping 
  • Sosej
  • Serbuk roti (breadcrumbs)
  • 2 biji telur
  • 25ml susu segar
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit tepung gandum yang dibancuh dengan air untuk dijadikan gam
Cara penyediaan;
  1. Gelek roti sehingga leper supaya senang untuk digulung
  2. Letakkan sebatang sosej dan gulung
  3. Lekatkan dengan gam tepung gandum
  4. Ulang sehingga roti dan sosej habis.


    5. Celup roti ke dalam telur yang telah dipukul dan dicampur susu segar
    6. Goreng dalam kuali leper yang telah disapu minyak zaitun atau marjerin
    7. Balik-balikkan segingga kekuningan



Untuk versi dengan serbuk roti:

     6. Golek-golekkan dalam serbuk roti dan goreng dengan minyak yang banyak
     7. Balik-balikkan sehingga masak kekuningan


Sedap dimakan panas-panas.

Selamat mencuba dan jumpa lagi


Friday, September 13, 2013

Misi berjaya

Assalamualaikum.




Alhamdulillah siap jugak 3 pasang lagi baju tidur untuk anak-anak. Betullah kata orang kalau tengok anak-anak pakai pakaian yang kita jahit sendiri, rasa seronok sangat. Lebih-lebih lagi kalau dapat pujian sikit dari anak-anak. Bukalah nak sangat pujian tu tapi kalau anak-anak puji tu maksudnya mereka menghargai apa yang kita dah buat untuk mereka. "Terima kasih, cantik ibu jahit", sambil peluk ibu. Emm, seronok sangat.

                                                      *Ibu pun sayang anak-anak ibu

Jumpa lagi.



Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015