Thursday, October 24, 2013

Resepi salmon 3 rasa

Assalamualaikum


Lagi resepi ikan salmon. Kali ini salmon yang digoreng kemudian tuangkan saja sos 3 rasa. Ikan salmon ni isinya lembik, jadi kalau nak goreng kena salutkan dulu dengan tepung jagung. Masa menggoreng pastikan isinya sudah masak dan sedikit garing sebelum balik-balikan supaya tidak pecah.

Resepi ni saya dapat dari Azie Kitchen di sini. Saya suka rezepi-resepi dari dapur Kak Azie ni sebab kebanyakannya mudah dan bahan-bahan yang mudah didapati. Saya juga suka membaca blog beliau kerana disamping berkongsi resepi, kadang-kadang beliau juga berkongsi ilmu yang beliau dapat di kuliah-kuliah agama.

Saya telah ubah sedikit resepi dari Kak Azie dan saya telah sesuaikan dengan kuantiti masakan saya yang sedikit. 

Resepi salmon 3 rasa
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan A
2 keping ikan salmon -sekeping ikan saya potong 4
1 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan)

Bahan-bahan B (dicincang) 
3/4 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2cm halia

Bahan-bahan C (untuk sos)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos kan
sedikit air
sedikit gula

Bahan-bahan D (untuk hiasan)
1/4 batang lobak merah
1/4 batang timun
1/2 biji tomato potong kecil

Cara penyediaan
  1. Goreng ikan yang dilumur dengan tepunr jagung dengan minyak yangbanyak hingga garing. angkat dan letakka dalam pinggan hidangan
  2. Panaskan minyak (saya guna minyak zaitun) dan tumiskan bahan-bahan yang dicincang hingga kekuningan.
  3. Masukkan bahan soso dan biarkan mendidih. Masukkan bahan hiasan dan kacau rata. Padam api.
  4. Curahkan kuah sos ke atas ikan dalam pinggan hidangan tadi.


Selamat mencuba.


*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



Wednesday, October 23, 2013

Beg tusyen

Assalamualaikum



1. Choc apple
    Saiz : 33 cm (lebar) x 27cm (tinggi)
    Tangkai : 48cm




2. Dark blue fish
    Saiz : 33 cm (lebar) x 27cm (tinggi)
    Tangkai : 48cm




3. Blue 123
    Saiz : 33 cm (lebar) x 27cm (tinggi)
    Tangkai : 48cm





4. Checked vs love
    Saiz : 33 cm (lebar) x 27cm (tinggi)
    Tangkai : 48cm




5. Strawberry vs love
   Saiz : 33 cm (lebar) x 30cm (tinggi)
   Tangkai : 48cm



*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda?Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Tuesday, October 22, 2013

Elementary Camp 2013 (9-11 Okt 2013)

Assalamualaikum

Tahun ini merupakan tahun yang ketiga Aiman dan Akmal menyertai kem ini. Masih ingat lagi kali pertama mereka menyertainya iaitu pada tahun 2011. Masa tu kami baru sampai Tokyo tak sampai sebulan maknanya tak sampai sebulan juga mereka bersekolah di MST. Masih kekok dan Akmal masih tidak dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

Hati ibu mana yang tidak risau pertama kali terpaksa berjauhan dengan anak. Risau memikirkan bagaimana anak-anak dapat menguruskan diri sendiri, risau adakah anak-anak makan makanan halal atau tidak dan macam-macam lagi. Nasib baik semua cikgu pengiring sedia membantu.

Entri kali ini hanya ingin mengabdikan gambar-gambar kenangan mereka semasa 3 hari 2 malam mereka di Karuizawa, Nagano. Gambar-gambar semasa mereka di Karuizawa, saya download dari album guru pengiring mereka.

Hari pertama;



                                         *Sebelum bertolak ke Karuizawa










Hari kedua;







  



Hari ketiga;










                                         *Dah balik

Pengalaman indah buat mereka berdua. 

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya       
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda?Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.




Monday, October 21, 2013

Tokyo Disney Sea

Assalamualaikum


*Ihsan: Disney

Pada entri Tokyo Disneyland di sini, saya ada berjanji akan menceritakan pengalaman ke Tokyo Disney Sea pula. Hari ini saya akan mengotakan janji. Kami ke sana pada 23.3.2013. Masa tu masih sejuk lagi, baru nak masuk musim bunga.
Pagi-pagi lagi kami sudah keluar dari rumah, dengan harapan bila sampai di sana bolehlah kami menunggu depan pintu masuk. Rupa-rupanya bila sampai orang sudah ramai beratur walaupun masih ada 30 minit lagi sebelum pintu dibuka. Kami pun tak tahu pukul berapa orang yang pertama sampai tu keluar dari rumah. Kali ini dari stesen Maihama, kami menaiki  Disney Resort Monorail ke Tokyo Disney Sea. Harga tiket 250 yen.



Apabila pintu masuk dibuka pada pukul 9 pagi semua orang berlari-lari menuju ke destinasi masing-masing. Kami pun sama berlari-lari anak menuju ke Toy Story Mania, satu tarikan baru di Tokyo Disney Sea. Sampai saja, petugas memberitahusudah over limit, dan mencadangkan ke tempat-tempat lain dulu. Kalau nak tunggu juga kenalah tunggu selama 360 minit (6jam). Dipendekkan cerita kami memang tak dapat masuk ke Toy Story Mania tu.



















Kalau nak dibandingkan, Tokyo Disneyland lebih banyak tarikan permainannya. Di Tokyo Disney Sea ni kebanyakan permainan berkaitan dengn air. Hajat dihati nak tengok persembahan (show atau parade) tak kesampaian sebab nak tengok persembahan pada waktu malam (pukul 8 malam) tetapi menjelang malam hari sangat sejuk. Anak-anak semua merungut tak tahan sejuk ditambah lagi dengan penat dan lapar. Terpaksa akur demi anak-anak.






Sehingga berjumpa lagi.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya       
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda?Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015