Lagi resepi ikan salmon. Kali ini salmon yang digoreng kemudian tuangkan saja sos 3 rasa. Ikan salmon ni isinya lembik, jadi kalau nak goreng kena salutkan dulu dengan tepung jagung. Masa menggoreng pastikan isinya sudah masak dan sedikit garing sebelum balik-balikan supaya tidak pecah.
Resepi ni saya dapat dari Azie Kitchen di sini. Saya suka rezepi-resepi dari dapur Kak Azie ni sebab kebanyakannya mudah dan bahan-bahan yang mudah didapati. Saya juga suka membaca blog beliau kerana disamping berkongsi resepi, kadang-kadang beliau juga berkongsi ilmu yang beliau dapat di kuliah-kuliah agama.
Saya telah ubah sedikit resepi dari Kak Azie dan saya telah sesuaikan dengan kuantiti masakan saya yang sedikit.
Resepi salmon 3 rasa
Oleh: Noriati Saud
Bahan-bahan A
2 keping ikan salmon -sekeping ikan saya potong 4
1 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan)
Bahan-bahan B (dicincang)
3/4 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2cm halia
Bahan-bahan C (untuk sos)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos kan
sedikit air
sedikit gula
Bahan-bahan D (untuk hiasan)
1/4 batang lobak merah
1/4 batang timun
1/2 biji tomato potong kecil
Cara penyediaan
- Goreng ikan yang dilumur dengan tepunr jagung dengan minyak yangbanyak hingga garing. angkat dan letakka dalam pinggan hidangan
- Panaskan minyak (saya guna minyak zaitun) dan tumiskan bahan-bahan yang dicincang hingga kekuningan.
- Masukkan bahan soso dan biarkan mendidih. Masukkan bahan hiasan dan kacau rata. Padam api.
- Curahkan kuah sos ke atas ikan dalam pinggan hidangan tadi.
Selamat mencuba.
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Emmm salmon 3 rasa, sedap ni.. Salmon di Jepun mesti segar2 kan..
ReplyDeletealhamdulillah sedap...kebanyakannya segar la..tapi tengok jugak la, kadang-kadang terkena jugak yang tak berapa segar sebab saya beli ikan on-line..hehehe
ReplyDelete