Assalamualaikum
*Bergambar di depan Pine Crest Court 1st
Semalam (8 Februari 2014) boleh dikatakan hari bersejarah bagi Tokyo kerana salji yang turun merupakan yang terlebat dalam tempoh 45 tahun iaitu setebal 27 cm ( pada tahun 1969 = 25 cm). Bandar Tokyo hampir lumpuh kerana salji yang turun. Banyak penerbangan domestik dan shinkansen dibatalkan perjalanannya. Begitu juga dengan pengangkutan awam yang lain seperti keretapi, teksi dan bas.
Salji turun seawal pukul 3 pagi dan berterusan sehingga pukul 12 tengah malam tadi. Keadaan ini mendapat liputan menyeluruh di kebanyakan stesen tv seawal pagi lagi. Mereka membuat liputan disetiap bandar besar di Tokyo seperti Ginza, Shibuya, Shinjuku, Ropponggi dan lain-lain.
Kami sekeluarga pun mengambil kesempatan bermain salji di sekitar kediaman. Sebelum ini tidak pernah berkesempatan bermain salji setebal ini di kawasan kediaman sendiri. Alhamdulillah, inilah rezeki kami anak beranak untuk bermain salji, mungkin untuk kali terakhir di Jepun ni.
Oleh sebab tiada pakaian yang sesuai seperti kasut dan sarung tangan yang tahan sejuk, kami boleh bertahan tak sampai sejam pun di luar. Sejuknya lebih sejuk daripada sejuk di Yuzawa (rasa-rasanya, entrinya di sini dan di sini). Terasa kebas tangan dan kaki. Bila sampai di rumah terpaksa lalukan kaki dan tangan dengan air panas untuk melegakan kaki dan tangan yang kebas.
Alhamdulillah hari ini matahari bersinar terang dengan suhu 8 darjah selsius membantu mencairkan ais dengan cepat. Sebenarnya jalan yang diselaputi salji yang nipis dan keras sangat licin dan membahayakan pejalan kaki dan juga yang mengayuh basikal.
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment