Assalamualaikum
Mesti semua dah jemu dengan cerita salji ni kan. Saya hanya ingin mengabdikan gambar-gambar ini untuk tujuan kenang-kenagan. Sebenarnya salji ni mula turun pada awal pagi Jumaat (14.2.2014). Walaupun ianya turun tidak selebat salji pada minggu lepas, ianya turun tanpa henti selama 24 jam beserta dengan hujan. Apabila bangun tidur pagi Sabtu, salji dan menebal dan memutih di jalan.
Pagi Sabtu tu pula Amni bersekolah sebab ada Happiokai ( Hari Persembahan). Suami saya pula outstation. Terpaksalah saya mengharungi hujan sambil mendukung Adib. Memang susah dengan jalan yang basah dan licin. Demi ingin menyaksikan Amni membuat persembahan, saya gagahkan juga.
*Panorama "putih" disekolah Amni
Setelah tengahari barulah semua program selesai. Alhamdulillah hujan pun sudah berhenti dan matahari sudah memancar setelah beberapa hari hilang. Keadaan jalan pun sudah ada yang dibersihkan. Tidaklah susah dan licin untuk berjalan.
*Kawasan parkir kereta berbayar
Adib pun boleh balik berjalan sendiri. Tidak perlu didukung lagi. Sambil berjalan tu sempatlah Adib bermain dengan salji disepanjang jalan. Apabila sampai di rumah saya berilah peluang kepada Amni dan Adib bermain dengan salji diperkarangan kediaman sebelum naik.
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment