Sunday, December 22, 2013

Mari belajar Bahasa Jepun

Assalamualaikum

                                      

Semasa saya mula-mula datang ke Jepun dulu saya pernah belajar bahasa Jepun. Belajar yang asas saja. Alhamdulillah saya boleh memahami percakapan kawan-kawan Jepun saya (ibu-ibu di youchien) kalau mereka tidak bercakap laju-laju. Walaupun begitu saya tidak boleh bertutur dalam bahasa Jepun. Ini disebabkan oleh saya tidak cuba berinteraksi menggunakan bahasa Jepun ni. Hasilnya sampai sekarang saya tidak boleh bertutur walaupun sudah 2 tahun lebih kami di Tokyo. 

Lain pula dengan anak saya Amni. Beliau hanya mengambil masa lebih kurang 3 bulan saja untuk belajar bertutur dalam bahasa Jepun. Sekarang Amni telah petah berbahasa Jepun. Ianya telah diakui oleh gurunya dan juga ibu-ibu di youchien. Ada juga sekali-sekala Amni berborak dengan abahnya di rumah. Alhamdulillah, ada juga anak abah yang tahu berbahasa Jepun.

Hari ini saya ingin kongsikan beberapa perkataan dalam bahasa Jepun yang glamour atau yang selalu digunakan seharian.

Ohayou gozaimasu - selamat pagi - sehingga pukul 10 pagi sahaja
Konnichiwa - selamat tengahari/selamat petang
Konbanwa - selamat malam
Oyasuminasai - selamat malam (good night)
Arigatou gozaimasu - terima kasih
Sayonara - selamat tinggal
Sumimasen - maafkan saya (execuse me)
Gomennasai - maafkan saya (I`m sorry)
Irashaimase - selamat datang - selalu digunakan untuk mengalu-alukan pelanggan ke kedai

In syaa Allah saya akan berkongsi lagi bahasa Jepun di entri yang lain. Semoga memberi sedikit ilmu kepada semua.

* In syaa Allah esok kami sekeluarga akan pergi bercuti. Jadi tiada entri untuk 2 atau 3 hari ni. Harap maklum.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Saturday, December 21, 2013

Musim sejuk dan pemanas rumah

Assalamualaikum

Musim sejuk sudah tiba. Suhu sekarang sekitar 5-7 darjah celsius di luar rumah manakala di dalam rumah 16-18 darjah celsius. Sejuk kan. sebab tu lah rasa nak berselimut sepanjang masa. Malas dan tak ada mood nak buat apa-apa. Patutlah haiwan pun berhibernasi di musim sejuk. Memang, di musim sejuk ni tak produktif.

Biasanya di musim sejuk kami akan sentiasa berstokin dan berbaju sejuk. Bagi saya, waktu yang paling mencabar adalah pada waktu subuh. Dengan suhu yang mencecah 3 darjah celsius, kena pula berwuduk. Bukanlah terasa terpaksa untuk berwuduk dan solat, demi menunaikan kewajipan kita kenalah berkorban. Alhamdulillah, nasib baik ada air panas. Sekurang-kurangnya kita dapat merasa bagaimana saudara-saudara kita yang sedang kesejukan di Syria.

Sebab itulah setiap rumah di Jepun ni mempunyai pemanas rumah dan macam-macam pemanas lagi seperti karpet pemanas, meja pemanas (kotatsu), selimut elektrik dan cadar elektrik. Walaubagaimanapun di rumah kami hanya terdapat pemanas rumah sahaja. Ianya ada di tempatkan di setiap bilik. Alhandulillah di kala terlalu sejuk bolehlah dipasang pemanas. Pemanas di rumah kami menggunakan gas dan elektrik.

                                                       *Pemanas dan pendingin hawa di bilik tidur

                                                      *Pemanas elektrik untuk memanaskan semasa solat

                                                       *Suis dan controller pemanas dan pendingin hawa di ruang tamu

                                                      *Suis dan controller untuk pemanas lantai

Alhamdulillah dengan adanya pemanas ni dapatlah sedikit sebanyak mengurangkan kesejukan kami sekeluarga walaupun ada juga sekali sekala terjaga dari tidur sebab terlampau sejuk. 


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Friday, December 20, 2013

Resepi daging goreng kunyit

Assalamualaikum



Saya rasa ramai yang tahu masak daging goreng kunyit ni. Resepi ni sangat glamour semasa Hari Raya Korban. Resepi yang senang dan ringkas tetapi sedap. Resepi yang senang dan sedap memang menjadi pilihan surirumah macam saya ni. Yang nak cepat siap dan cepat makan. Makan pula dengan nasi panas-panas dan telur dadar serta sup sayur. Memang ngam.

Resepi daging goreng kunyit
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

  • 250g daging
  • garam
  • serbuk kunyit
  • 1/2 labu bawang besar - potong nipis
  • 3 ulas bawang putih - dimayang
  • 2 biji cili merah
  • 2 sb minyak masak
Cara penyediaan
  1. Gaulkan daging dengan garam dan serbuk kunyit
  2. Masukkan dalam kuali. Masukkan sedikit air. Tutup kuali
  3. Sekali sekala kacau daging
  4. Apabila daging empuk dan air telah kering, masukkan minyak masak
  5. Goreng seketika sehingga daging sedikit garing
  6. Masukkan bawang putih, bawang merah dan cili merah
  7. Gaul sehingga bawang dan cili layu. Siap

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love




Thursday, December 19, 2013

Basikal di Jepun

Assalamualaikum

                              Photo-0056

Kalau kita bertanya sesiapa saja samada tahu berbasikal atau tidak, pasti jawapannya ialah tahu. Sejak kecil lagi kita sudah berlajar berbasikal. Saya percaya setiap rumah yang ada anak kecil mesti ada basikal. Kanak-kana memang suka naik basikal. Tapi bila dan menginjak dewasa basikal akan diganti pula denga motorsikal.

Lain pula di Jepun. Basikal merupakan  pengangkutan yang penting. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai 3 hingga 4 buah basikal. Basikal bukan saja digunakan oleh kanak-kanak malah semua lapisan masyarakat. Tak kiralah pemuda macho dengan tali leher dan kot, wanita muda dengan kasut tumit tinggi dan berkacamata hitam, surirumah yang mengendong anak atau kanak-kanak sekolah. Mereka semua tidak sedikit pun berasa kekok dan malu apabila berbasikal.

                                                        *Basikal ini boleh membawa 2 orang anak dalam satu masa

                                                         *Surirumah menghantar anak ke sekoloah menggunakan basikal

Mereka memilih berbasikal kerana beberapa faktor;
  1. Parking kereta yang terhad dan mahal
  2. Harga petrol yang mahal
  3. Demi menjaga kesihatan
  4. Demi menjaga alam sekitar
  5. Terdapat jalan-jalan yang sempit yang sukar dilalui oleh kereta -sesetengah tempat sahaja
Kalau nak tahu di Jepun ni kalau kita beli basikal, perkara pertama yang perlu kita buat adalah mendaftarkan basikal tersebut. Itu menunjukkan basikal juga sama penting dengan motorsikal dan juga kereta. Saya mengetahuinya apabila suami saya berniat untuk megambil 2 buah basikal Chevrolet yang terbiar dikawasan apartment kami. Pihak pengurusan apartment mengatakan bahawa jika ingin mengambilnya perlu melalui beberapa prosedur memandangkan basikal tersebut didaftarkan atas nama seseorang. Mendengarnya suami saya langsung membatalkan niat utnuk mendapatkan basikal tersebut.

Demi menjaga keselamatan anak-anak semasa menaiki basikal, mereka dikehendaki memakai topi keledar dan juga tali pinggang keledar (sebagai pembonceng). Mereka semua telah dilatih sejak kecil supaya mematuhi peraturan tersebut. Selama 2 tahun lebih saya di Jepun ni belum pernah saya melihat kanak-kanak berbasikal tanpa memakai topi keledar. 

                                          *Topi keledar disediakan semasa menyewa basikal di taman

Terdapat banyak kemudahan meletakkan basikal disediakan oleh pihak berwajib lebih-lebih lagi berdekatan dengan stesen keretapi. Ia dapat memudah dan menggalakkan rakyat berbasikal ke tempat kerja. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesesakan lalulintas.



Terdapat bermacam-macam jenama basikal yang tidak sinonim dengan basikal Panasonic, Bridgestone, Chevrolet, Lamboghini dan macam-macam lagi. Kalau tanya bab harga pula, memang harga basikal di Jepun ni agak mahal walaupun basikal untuk kanak-kanak. Dari 10k yen sehingga 50k yen iaitu dari RM 300 - RM1500.



Di sini, pejalan kaki dan penunggang basikal akan diberi keutamaan oleh pemandu kereta. Jadi memang selamat kalau kita menunggang basikal. Dengan cuaca yang tidak panas juga menjadi faktor berbasikal sesuai di Jepun. Berbeza dengan negara kita. Kenderaan yang dipandu laju yang langsung tidak mementingkan pengguna jalanraya yang lain membuatkan kita gerun untuk berbasikal di jalanraya walaupun di kampung. Tambahan pula dengan cuaca yang panas terik.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love



Wednesday, December 18, 2013

Tips melipat dan mengemas pakaian anak-anak

Assalamualaikum

Salah satu kerja seorang surirumah yang tak pernah habis ialah membasuh, menjemur, melipat dan mengemas baju-baju. Bab membasuh tak susah sebab ada mesin basuh begitu juga bab menjemur sebab rumah kami di Jepun ni disediakan dengan pengering baju atau dryer. Tapi kalau di Malaysia memang penuhlah ampaian. Yang paling penat bila melipat baju. Cuba bayangkan kalau saya mempunyai 4 orang anak yang setiap orang memakai sekurang-kurangnya 4 helai seorang. Ditambah lagi dengan baju ibu dan abah.

Alhamdulillah sekarang saya mula mengajar dan mengajak anak-anak bujang saya melipat baju. Sekurang-kurangnya mereka hendaklah melipat baju masing-masing. Barulah mereka tahu susah dan penatnya melipat baju. Selama ini mereka hanya tahu baju dah siap berlipat dan tersusun dalam almari.

Hari ini saya nak kongsikan cara saya melipat baju anak-anak. Alhamdulillah setakat ini cara ini menyenangkan saya dan anak-anak. Tiada lagi anak-anak menjerit, "Ibu, mana baju Angah", "Ibu, baju ni tak de seluar", "ibu, setokin ni ada sebelah je", dan macam-macam lagi. Akhirnya kita juga yang penat mencari dan yang pasti akan ada perasaan marah di situ.

Tip yang pertama- melipat baju
-Saya akan melipat baju dan seluar bersama-sama. Semasa melipat baju, masukkan sekali seluar yang  sepasang dengannya ke dalam baju tersebut. Jadi anak-anak tidak perlu mencari seluar lagi.


Tip yang kedua-melipat stokin
- Gulung kedua-dua (sepasang stokin) dan akhirnya selitkan ke mulut stokin yang bergetah. Gulungan stokin akan kemas walaupun dibaling


Tip yang ketiga - melipat seluar dalam
- Seluar dilipat 3 bahagian ke kiri atau ke kanan kemudian lipat lagi  3 bahagian ke atas dan selitkan ke getah pinggang. Seluar dalam yang sudah dilipat akan kemas walaupun dibaling.


Disarankan agar diasingkan baju-baju malam dan baju-baju siang. In syaa Allah almari baju anak-anak anda akan kelihatan kemas dan memudahkan anak-anak mengambil sendiri baju mereka. Selamat mencuba.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Tuesday, December 17, 2013

Permainan untuk anak-anak

Assalamualaikum

Seiring dengan kemajuan teknologi sekarang ramai ibubapa yang berkemampuan memilih untuk membeli gajet kepada anak-anak mereka. Terdapat banyak tablet di pasaran yang boleh membantu pembelajaran anak-anak. Begitu juga dengan anak saya Adib yang selalu dengan tabletnya walaupun tidaklah sampai ke tahap ketagih.  Abang-abang yang lain pula dengan gajet-gajet yang lain seperti PSP, PS3, Nintendo Wii dan juga komputer. Suami saya membeli gajet-gajet tersebut yang terpakai tetapi masih dalam keadaan baik.

Walaubagaimana pun anak-anak saya dibenarkan bermain dengan game ini pada hujung minggu sahaja. Bermula hari Jumaat selepas solat maghrib dan mengaji dan mesti berakhir sebelum solat maghrib pada hari Ahad. Sabtu dan Ahad bermula pada pukul 9 pagi. Pada waktu malam tidak melebihi jam 10 malam pada Jumaat dan Sabtu. Jika cuti panjang seperti cuti setiap musim, mereka dikehandaki mengulangkaji pelajaran dari pukul 9 pagi sehingga pukul 2 petang. Selepas itu barulah mereka dibenarkan bermain game sehingga pukul 9 malam. Begitulah setiap hari. Setakat ini anak-anak saya masih boleh mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Baru-baru ini ramai betul kawan-kawan yang share 10 tips berguna dari Child Psychiatrist (blog di sini ) di facebook. Suami saya yang membacanya mula bimbang. Beliau mula memikirkan alternatif untuk mengurangkan masa Adib dengan tablet. Kalau sebelum ini Adib bergilir-gilir menggunakan 2 buah tablet tetapi sekarang suami saya hanya menghadkan kepada sebuah tablet.  Kami suami isteri berbincang dan bersetuju untuk membeli mainan baru untuk Adib.

Sabtu lepas kami ke Toy R Us mencari mainan untuk Adib. Setelah dipersetujui kami telah membeli khemah 6 dalam 1 ini.


Kenapa kami memilih khemah 6 dalam 1 ni?
  1. Boleh bermain bersama-sama dengan abang-abang sebab besar
  2. Boleg merangkak - rujuk kepentingan merangkak dalam blog 
  3. Membolehkan anak-anak berkreatif membina khemah
  4. Membolehkan anak-anak berkreatif bermain dan bercerita -main pondok-pondok
  5. Boleh mengeratkan hubungan adik-berdik dengan bermain bersama






Saya belikan satu lagi mainan untuk Adib yang saya rasa ianya baik untuk kemahiran berfikir dan pergerakan jari-jari. Alhamdulillah Adib juga suka bermain dengan mainan ini. 


Disamping tablet ada beberapa mainan yang Adib suka main. Setiap kali dia bosan dengan tabletnya dia akan mencari 2 ekor robot kecil dan juga 2 buah kereta kecil. Robot yang besar tu baru nak berbaik-baik. Dulu Adib takut robot besar tu sebab ia boleh bergerak-gerak.

                                                          *2 ekor robot kecil dan 2 buah kereta kecil kegemaran Adib. 

                                        *Adib dan mainan kegemaran

Jika ingin kurangkan masa Adib dengan tablet, saya dan suami juga harus kurangkan masa kami dengan tablet. Adib akan meminta tabletnya jika dia melihat kami bersama-sama tablet. In syaa Allah kami akan mengurangkan masa kami dengan tablet demi Adib.  



******************************************************


*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Monday, December 16, 2013

Mochi tsuki dan MST Winter Concert

Assalamualaikum

Hampir seminggu tidak entri baru. Semenjak dua menjak ni tak ada idea nak menulis. Ditambah pula di musim sejuk ni, lebih best kalau berselimut saja. Tapi kita sebagai seorang suri takkan lah asyik nak berselimut sepanjang hari. Banyak kerja rumah yang menanti.  

Hari Jumaat lepas saya dan suami terpaksa membahagi tugas menghadiri program sekolah anak-anak. Kebetulan Mochi tsuki di sekolah Amni pada tahun ini sama dengan tarikh dengan MST Winter Concert. Saya ke sekolah Amni manakala suami ke Shibaura Kounan Civic Centre untuk menyaksikan persembahan Akmal dan Aiman.

Mochi tsuki-satu upacara memukul nasi sehingga menjadi lembik dan melekit. Ianya merupakan satu tradisi masyarakat Jepun sempena menyambut tahun baru. Mochi tsuki ini melibatkan semua ibubapa murid-murid di Honmra Youchien. Semua orang mempunyai tugas masing-masing. Semua bergotong royong menjayakan upacara ini.



Murid-murid tadika juga diberi kesempatan merasa sendiri pengalaman memukul mochi. Tetapi sayang saya tidak sempat mengambil gambar Amni kerana Amni sudah selesai memukul bila saya sampai ke tempat upacara itu. Jadi hanya gambar kawan-kawannya saja yang saya sembat ambil. Adib pun tidak melepaskan peluang.



Setelah nasi yang ditumbuk menjadi lembik nak melekit, nasi yang lembik itu (dipanggil mochi) dibulat-bulatkan kecil kemudian  disalut dengan nori, kacang tanah yang ditumbuk dan juga kacang merah (seperti inti pau)  



Akhir sekali apabila semua mochi sudah siap disediakan, para ibubapa yang hadir boleh makan bersama-sama dengan anak-anak mereka di dalam kelas. 

Sementara saya, Adib dan Amni di Honmura Youchien, suami pula menyaksikan persembahan oleh pelajar-pelajar MST. MST Winter Concert merupakan acara tahunan yang diadakan sebelum cuti musim sejuk.






******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love





Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015