Monday, May 19, 2014

Akhirnya....

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam, Ahad (18/5/2014) tengahari kami selamat menyerahkan kunci rumah dan keluar dari Pine Crest Court, rumah yang kami diami selama 3 tahun di Tokyo ni. Rumah yang banyak meninggalkan nolstalgia kami sekelurga.

Sebelum tu iaitu Sabtu dan Ahad kerja-kerja packing dilakukan oleh syarikat Nippon Express. Semua barang-barang besar seperti perabut diangkut pada hari Sabtu.













Sabtu malam tu kami anak beranak hanya ditemani bantal dan selimut serta sedikit barang dapur saja. Anak-anak pun main nintendo wii sambil berguling-gulingan je di atas lantai. Beg baju dijadikan meja komputer. Jam diiding pulak kepit je di workbench.



Walaupun ada orang yang tolong packing, kita pun penat jugak. En. Suami ambil cuti Jumaat hari tu sebab nak selesaikan berkemas. Yelah tak semua barang dan benda orang nak packing kan. Macam pakaian, kita kena juga pilih yang mana nak bawa bersama denga kita, yang mana nak bawa by air dan yanga mana by sea. Itu yang penat tu.

Lepas tu mana lagi nak kemas dan bersihkan rumah. Nanti kena serahkan rumah dalam keadaan bersih dan sempurna tanpa kerosakan. Kalau ada kerosakan, kena bayar. Kena bayar pulak bukan sikit-sikit. Mahal tu. sebab tu lah sepanjang kami menginap ni en suami selalu pesan dengan anak-anak supaya tidak merosakkan barng-barang dalam rumah. Juga dilarang mengotorkan dinding. Alhamdulillah, anak-anak jenis yang tak menconteng dinding.

Hari Ahad pagi, pukul 11 pagi dah siap semua packing. Rumah pun dah kosong. Kami pula kena tunggu pihak pengurusan rumah /apartment kami datang untuk inspect rumah. Kot-kot ada kerosakan sepanjang kami menginap di situ. Alhamdulillah tak ada kerosakan cuma dikenakan sedikit bayaran untuk pembersihan aircorn dan dapur. Bayaran tu pulak mungkin akan dibayar oleh syarikat atau pun mungkin akan ditolak dari akaun nanti. 





Friday, May 16, 2014

Mari belajar bahasa Jepun: Keluarga (kazoku - かぞく)

Assalamualaikum

Konnichiwa minna..


Hari kita sambung lagi dengan tajuk yang menarik juga bagi pendapat saya. Perkataan-perkataan yang biasa kita guna sehari-hari. Jom kita mulakan;

Oya - ibubapa
Okaa-san -ibu
otou-san -ayah
Oni-san -abang
One-san - kakak
Oji-san - datuk
Oba-san - nenek
Shujin-suami
Kanai - isteri
Musuko -anak lelaki
Musume - anak perempuan
Ototo - adik lelaki
Imoto - adik perempuan
Chi-chi - ayah saya
Ha-ha - ibu saya
Tsuma - isteri saya
Otto - suami saya

Ok, setakat ini dulu. Jumpa lagi di lain masa.

Mata ne!



Thursday, May 15, 2014

Resepi sup ayam berkrim dan roti bawang putih

Assalamualaikum


Kalau ke Pizza kat Malaysia tu sup cendawan dialah yang budak-budak ni suka. Dapat pula dicicah dengan roti bawang putih atau senang kita panggil garlic bread. Kadang-kadang bila pizza sampai diorang dah kenyang. 

Hari ni masa sarapan tadi saya masak lahsup ayam berkrim dengan garlic bread ni. Ermmm...semua kata rasa macam kat pizza. Ahamdulillah. Adib pulak hirup je sup tu. Habis comot mulut. Sebelum ni saya pernah buat sup ayam berkrim ni dan anak-anak cicah dengan donut. Tu yang repeat order tu.

Garlic bread tu saya guna roti biasa je. Saya guna roti Pasco macam kat bawah ni. Kat sini roti ni je yang boleh makan. Roti lain ada diletakkan lemak haiwan. Roti Pasco ni lembut lebih-lebih lagi kalau roti tu baru, tapi kalau esok lusa nak expired tu tepinya akan jadi keras. 


Resepi sup ayam berkrim
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

  • 1/4 bawang besar - dicincang
  • isi ayam -dicincang
  • 2 sudu marjerin
  • 400 ml susu segar
  • 2 sudu besar tepung gandum - jadikan pes dengan mencampurkan dengan air
  • saderi
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 biji kentang - potong dadu
  • garam
Cara penyediaan
  1. Panaskan periuk dan masukkan marjerin
  2. Tumis bawang besar hingga layu dan naik bau. Jangan sampai hangit pulak
  3. Masukkan isi ayam. 
  4. Masukkan susu, kiub ayam serta batang dan daun saderi
  5. Kemudian masukkan pes tepung gandum dan kentang 
  6. Masak sehingga pekat dan kentang empuk
  7. Perisakan dengan garam


Resepi roti bawang putih
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

  • 6 keping roti
  • 3 ulas bawang putih
  • marjerin/mentega
Cara penyediaan
  1. Panaskan oven
  2. Rebus bawang putih seketika kemudian lecek atau tumbuk
  3. Campurkan bersama dengan mentega
  4. Sapukan di atas roti. Potong roti kepada 3 bahagian supaya senang bila dimakan nanti
  5. Bakar pada suhu 15-0 darjah selama 10-15 minit bergantung kepada oven masing-masing


 *sedap...


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Tuesday, May 13, 2014

Omotenashi (おもてなし)

Assalamualaikum

Anda pernah dengar perkataan "omotenashi"? Kalau di Jepun perkataan omotenashi ni terkenal selepas Christel Takigawa menggunakan perkataan itu semasa membida untuk menjadi tuan rumah sukan olimpik 2020. 


Sebenarnya sukar untuk menyatakan erti omotenashi tetapi ia lebih kepada hospitaliti. Jika sesiapa yang pernah datang ke Jepun mungkin akan lebih faham tentang "omotenashi". Servis dan layanan yang diberikan di sini memang tip top, ini pandangan peribadi saya.

Di sini pelanggan dilayan macam raja. Bermula dengan masuk je kedai, akan kedengaran "irasshaimse"..yang bermaksud selamat datang. Bukan seorang yang menyebutnya tapi boleh dikatakan semua. Yang sedang mop lantai akan berhenti mop, yang susun barang akan memanjang leher untuk menzahirkan dirinya di situ. Yang ada dikaunter apa tah lagi, tangan di perut sambil menundukkan kepala dan tersenyum. Begitu juga bila sudah habis membayar,"arigatou gizaimashita", sambil menghulurkan barang yang dibeli sambil tunduk lagi dan senyum.

Yang itu hanyalah asas saja. Omotenashi juga berkisar tentang bagaimana mereka menyenangkan pelanggan. Biasanya setiap packaging mereka bukan setakat menarik tapi mesra pengguna. Senang untuk dibuka dan disimpan semula.

* kotak biskut

Kalau naik teksi, kita tak perlu buka pintu. Pintu kereta akan terbuka dengan sendirinya. Terasa seperti "Mem besar" yang naik kereta yang ada pemandu. Dahlah pemandu teksi di Jepun ni pakai uniform seperti uniform pilot :), siap bertopi dan sarung tangan putih.

Di kebanyakan restoran pula, sebelum ambil order, pelayan akan bawakan tuala lembab yang panas untuk lap muka atau tangan. Sungguh menyegarkan. Kemudian akan dibawakan air sejuk. 

Waktu nak naik keretapi pulak, seperti biasa orang-orang Jepun akan beratur. Dan yang bagusnya mereka akan memberi keutamaan kepada orang yang akan keluar dulu. Bila semua dah keluar barulah mereka masuk dengan tertib. Tidak ada bertolak-tolak.

Sebanarnya banyak lagi "omotenashi" yang saya tak tulis di sini. Saya akan rindukannya bila balik Malaysia nanti. Walaupun sesetengahnya saya percaya ada yang telah diguna pakai di Malaysia.
Di sini saya sertakan video yang saya jumpa di youtube tentang omotenashi. 



* omotenashi: youtube


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Saturday, May 10, 2014

Menghitung hari

Assalamualaikum

Sekarang ni hari-hari dok telek kalendar. Lagi 10 hari  je berbaki.  Sekarang macam tak cukup tangan nak siapkan berkemas tapi dalam masa yang sama tak tahu nak kemas apa dulu. Semua macam masih nak digunakan. Nak kemas pakaian, masih ada seminggu lagi Along dan Angah nak sekolah. Abah mereka pun sama.

Lagipun Sabtu dan Ahad depan orang dari syarikat perpindahan, Nippon Express akan datang packing dan angkut semua barang. 2 hari mereka perlukan untuk packing dan angkut barang keluar dari rumah ni sebab di kawasan ni jalan sempit dan akan menyukarkan kerja-kerja mengangkut barang. Mudah-mudahan semua akan berjalan lancar nanti. In sya Allah.

Ni je lah kotak-kotak yang kami dah kemas. Ada lagi beberapa beg pakaian yang tersorok.



 * penuh satu kotak beg yang saya jahit

*barang-barang yang disediakan oleh Nippon Express untuk packing

Dalam masa 10 hari ni enjoy lah sepuasnya kedamaian di bumi sakura ni. Entah ada lagi ke tidak rezeki nak datang sini selepas ni. Kami pasti akan merinduinya nanti.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



Friday, May 9, 2014

Resepi bihun goreng sos

Assalamualaikum


Bihun goreng ni untuk sarapan dan bekal anak-anak ke sekolah semalam. Biasanya anak-anak memang kurang suka bihun goreng. Semalam saya terpaksa goreng bihun memandangkan kami sebole-bolehnya nak habiskan stok sebelum balik ke Malaysia. Lebih-lebih lagi kalau ada makanan yang sudah dibuka bungkusannya.

Malam sebelum tu saya search resepi yang lain sikit dari yang biasa saya masak.  Resepi yang menggunakan pelbagai sos.  Biasanya saya goreng bihun tak letak sos cili ke sos tomato ke, cuma sos tiram dengan kicap. Anak-anak pun bosan agaknya dengan resepi yang sama, sebab tu lah mereka tak nak makan.

Hari ni bila saya goreng dan letak sos cili dan sos tomato, mereka suka pula lebih-lebih lagi Aiman. Ditambah pula dengan telur rebus dan ayam goreng. Balik dari sekolah sambung makan lagi dan minta saya masak macam tu lagi lain kali.

Resepi bihun goreng
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
1/2 paket bihun - diremdam dengan air panas sehingga lembut
daging ayam - potong kecil
3 batang sosej - potong nipis
4 ulas bawang putih di tumbuk
sebiji telur
sos cili
sos tomato
sos tiram
1sb cili kisar
garam
lobak merah - potong halus memanjang
kobis - potong halus

cara penyediaan

  1. Goreng telur, jadikan scramble egg, ketepikan
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kisar sehingga masak
  3. Masukkan ayam dan sosej
  4. Masukkan sos cili, sos tomato,sos tiram dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga pecah minyak
  5. Masukkan bihun  kacau sebati
  6. Masukkan sayur iaitu kobis dan lobak merah serta scrambled egg tadi
  7. Kacau sebati sehingga masak
  8. Bolehlah dihidang dengan timun dan telur rebus




******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Thursday, May 8, 2014

Photo book

Assalamualaikum

Dua buah photo book, hasil usaha suami mengumpulkan gambar-gambar terpilih sepanjang 3 tahun kami di Jepun. Ia adalah sebagai mengingati momen-momen indah kami sekeluarga di Jepun ni.

Buku berkulit keras dan tebal dengan 40 muka surat bergambar ni berharga lebih kurang 6000 yen sebuah.









******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015