Assalamualaikum
Dalam masa 10 hari ni enjoy lah sepuasnya kedamaian di bumi sakura ni. Entah ada lagi ke tidak rezeki nak datang sini selepas ni. Kami pasti akan merinduinya nanti.
Sekarang ni hari-hari dok telek kalendar. Lagi 10 hari je berbaki. Sekarang macam tak cukup tangan nak siapkan berkemas tapi dalam masa yang sama tak tahu nak kemas apa dulu. Semua macam masih nak digunakan. Nak kemas pakaian, masih ada seminggu lagi Along dan Angah nak sekolah. Abah mereka pun sama.
Lagipun Sabtu dan Ahad depan orang dari syarikat perpindahan, Nippon Express akan datang packing dan angkut semua barang. 2 hari mereka perlukan untuk packing dan angkut barang keluar dari rumah ni sebab di kawasan ni jalan sempit dan akan menyukarkan kerja-kerja mengangkut barang. Mudah-mudahan semua akan berjalan lancar nanti. In sya Allah.
Ni je lah kotak-kotak yang kami dah kemas. Ada lagi beberapa beg pakaian yang tersorok.
* penuh satu kotak beg yang saya jahit
*barang-barang yang disediakan oleh Nippon Express untuk packing
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.
Assalam , selamat pulang ke malaysia akak . saya suka baca blog akak , lepas ni saya pon rindu nak baca blog akak di bumi jepun :)
ReplyDeleteWsalam..terima kasih..semoga tak jemu membaca blog akak walaupun kami dah balik Malaysia...lepas ni cerita ttg Malaysia pulak :)
ReplyDelete