Tuesday, May 13, 2014

Omotenashi (おもてなし)

Assalamualaikum

Anda pernah dengar perkataan "omotenashi"? Kalau di Jepun perkataan omotenashi ni terkenal selepas Christel Takigawa menggunakan perkataan itu semasa membida untuk menjadi tuan rumah sukan olimpik 2020. 


Sebenarnya sukar untuk menyatakan erti omotenashi tetapi ia lebih kepada hospitaliti. Jika sesiapa yang pernah datang ke Jepun mungkin akan lebih faham tentang "omotenashi". Servis dan layanan yang diberikan di sini memang tip top, ini pandangan peribadi saya.

Di sini pelanggan dilayan macam raja. Bermula dengan masuk je kedai, akan kedengaran "irasshaimse"..yang bermaksud selamat datang. Bukan seorang yang menyebutnya tapi boleh dikatakan semua. Yang sedang mop lantai akan berhenti mop, yang susun barang akan memanjang leher untuk menzahirkan dirinya di situ. Yang ada dikaunter apa tah lagi, tangan di perut sambil menundukkan kepala dan tersenyum. Begitu juga bila sudah habis membayar,"arigatou gizaimashita", sambil menghulurkan barang yang dibeli sambil tunduk lagi dan senyum.

Yang itu hanyalah asas saja. Omotenashi juga berkisar tentang bagaimana mereka menyenangkan pelanggan. Biasanya setiap packaging mereka bukan setakat menarik tapi mesra pengguna. Senang untuk dibuka dan disimpan semula.

* kotak biskut

Kalau naik teksi, kita tak perlu buka pintu. Pintu kereta akan terbuka dengan sendirinya. Terasa seperti "Mem besar" yang naik kereta yang ada pemandu. Dahlah pemandu teksi di Jepun ni pakai uniform seperti uniform pilot :), siap bertopi dan sarung tangan putih.

Di kebanyakan restoran pula, sebelum ambil order, pelayan akan bawakan tuala lembab yang panas untuk lap muka atau tangan. Sungguh menyegarkan. Kemudian akan dibawakan air sejuk. 

Waktu nak naik keretapi pulak, seperti biasa orang-orang Jepun akan beratur. Dan yang bagusnya mereka akan memberi keutamaan kepada orang yang akan keluar dulu. Bila semua dah keluar barulah mereka masuk dengan tertib. Tidak ada bertolak-tolak.

Sebanarnya banyak lagi "omotenashi" yang saya tak tulis di sini. Saya akan rindukannya bila balik Malaysia nanti. Walaupun sesetengahnya saya percaya ada yang telah diguna pakai di Malaysia.
Di sini saya sertakan video yang saya jumpa di youtube tentang omotenashi. 



* omotenashi: youtube


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015