Dah lama tak bawa anak-anak makan sushi. Semalam kat Jepun ni cuti sempena Hari Sukan, tapi MST tak pulak cuti. Lepas Aiman dan Akmal balik dari sekolah kami pun pergi ke Kura Sushi di Shinagawa. Harga sushi kat sini murah je, 105 yen sepinggan ( termasuk 5% cukai). Seronoklah budak-budak ni nak makan sushi.
Masa kami sampai semalam, agak ramai juga pelanggan. Kena tunggu selama 30 minit. Sementara menunggu, biasalah budak-budak ni berlari-lari, bergurau, bertolak-tolak. Nasib baik kawasan depan kedai ni luas. Kura Sushi ni berdekatan dengan Shinagawa Eki ( Stesen Keretapi Shinagawa). Sambil menunggu giliran boleh jugak tengok keretapi yang lalu-lalang.
*Shinagawa Eki: shinkansen pun ada lalu
Ok giliran kami dah sampai. Tak sabar dah nak makan ni. Lagipun Aiman dan Akmal belum makan lepas balik sekolah. Lapar lah tu.
* Ambil air dulu*Biar abah order, cepat sikit
*Amni dah baca doa dah tu: salmon sushi
*Sushi parade
*Gaya orang lapar makan sushi
*Salmon cheese tu ibu punya
*Adib pun suka
*Ebi tempura masih panas
*Akmal masih pakai baju sekolah, tiup ebi tempura panas
*Abah dan unagi sushi (sushi belut)
*Masa untuk pemanis mulut: cheese cake dan chocolate cake
*Sukanya dia!
Alhamdulillah dah kenyang. Maghrib baru balik.
*Inilah iklan tu
InsyaAllah lain kali datang lagi makan sushi di sini.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

No comments:
Post a Comment