Pejam celik-pejam celik tak sampai 3 minggu lagi kami nak balik ke Malaysia for good. Gembira sudah semestinya dan sedih pun ada. Sebenarnya kami seronok berada di sini. Tapi bak kata orang tua-tua "hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri". Sesungguhnya banyak pengalaman dan kenangan indah yang dapat kami kumpulkan selama 3 tahun berada di Bumi Sakura.
Memandangkan sekarang di Jepun semua orang sedang bercuti panjang, iaitu Golden Week, saya dan suami rasa inilah masa yang sesuai untuk menjenput awan-kawan datang makan tengahari di rumah. Ya lah mungkin inilah kali terakhir kami dapat makan bersama-sama di sini.
Alhamdulillah Sabtu hari tu (3/5/2014) Anis dan Saiful (Bird) serta Ieza dan Hazrie bersama keluarga masing-masing dapat memenuhi undangan kami untuk makan tengahari di rumah. Riuh rendah rumah dengan gelak ketawa anak-anak yang mana 8/10 adalah lelaki. Seronok mereka semua dapat berkumpul dan bermain bersama. Begitu juga dengan mama-mama dan papa-papa. Berborak tak ingat waktu.
Tengahari tu saya masak nasi putih je. Lauk yang simple. Sup daging, ayam goreng serbuk roti, sayur campur dan sambal ikan bilis. Tak sempat nak ambik gambar sambal ikan bilis. Saya menggunakan pressure cooker untuk memasak nasi sebab saya tak ada periuk nasi yang besar. Jadi dengan pressure cooker ni saya boleh masak sekali je.
* nasi dalam pressure cooker
* sayur campur goreng
* ayam goreng serbuk roti
* sup daging
Mereka semua sampai dalam pukul 1 tengahari, sedang elok saya baru siap masak. Jadi terus makan. Lepas makan tu papa-papa duduk di satu sudut dan mama-mama pula berborak di sudut yang lain. Anak-anak semua berkumpul di dalam bilik layan Nintendo wii dan juga tablet.
* topik apalah yang dibincangkan ni...
* perempuan biasalah, topik baju raya...
*Nina yang tidur pun asyik terkejut je sebab bising
* anak-anak bujang
* terselit "bunga" sekuntum dalam bilik ni
* kat sini rupanya Hakim
Hari tu memang makan je kerjanya. Lepas makan nasi, duduk-duduk sekejap, makan lagi kek yang Anis bawa sebagai buah tangan. Padankan dengan air nescafe panas. Anak-anak pula layan jajan dengan air sirap. Memang seronok makan sambil berborak. Tak sedar kek pun dah habis. Hidang pula puding dari Ieza. Bila beransur petang, saya keluarkan pula bubur kacang merah dari peti ais. Makan sejuk-sejuk, sedap. Tak cukup satu jug nescafe panas, saya tambah lagi satu jug.
* dah penat main, keluar cari makan dan air
Sekejap je masa berlalu. Lepas maghrib mereka minta diri. Sedih pulak rasa. Entah bila pula dapat berjumpa lagi. Mungkin dapat berjumpa lagi di Malaysia tapi mungkin situasi dan perasaan tak sama. Bak kata suami saya, di sini mereka dianggap seperti keluarga. Merekalah keluarga, merekalah sahabat. Kalau susah, merekalah tempat minta tolong tapi kalau di Malaysia, mereka adalah sahabat.
* semoga persahabatan berkekalan
* The Moms
* The Papas
* Bird, Anis & Nina
* kenangan abadi
In sya Allah, mudah-mudahan satu hari nanti kami semua dapat berkumpul seperti ini lagi. Kepada Anis, Bird, Ieza dan Ha, terima kasih di atas segalanya.
No comments:
Post a Comment