Assalamualaikum
Sepanjang 2 hari di hotel ni kami melepak je dalam bilik. Anak-anak main wii dan minecraft je lah. Yelah suami saya bekerja dan di Shinagawa ni bukan ada tempat yang menarik. Lagipun malas pula nak bawak anak berjalan berbondong-bondong. Jadi aktiviti harian ialah main game --> makan tengahari --> main game balik.
* Permata Hatiku di depan hotel
Selepas keluar dari Pine Crest Court, kami bertapa di Prince Hotel, Shinagawa sebelum balik ke Malaysia hari Rabu (21/5/2014). Hotel ni dipilih sebab dekat dengan tempat kerja En. Suami. Tak payah lagi pergi kerja dengan train, jalan kaki saja. Suami kena kerja Isnin dan Selasa. Kemudian hari Rabu baru kami balik Malaysia.
Di hotel kami ambik 2 bilik. Satu bilik dengan 2 katil single dan satu lagi dengn 3 katil. Walaupun ambik 2 bilik tapi siang-siang saya memang duduk je bersama-sama dengan budak-budak ni. Malam je saya tidur sebilik dengan Amni dan Adib manakala Aiman dan Akmal dengan abah mereka di dalam bilik 3 katil. Memang ngam-ngam je.
* gambar-gambar di atas ni, bilik 3 katil
* yang atas ni pula biik dengan 2 katil
* bilik air yang bersih dan selesa
Bilik kami di tingkat 24. Dapat melihat keindahan bandar Shinagawa. Shinagawa ni bandar yang menempatkan syarikat-syarikat besar Jepun. Dari hotel ni saja dapat dilihat beberapa bangunan seperti SONY, Micrisoft, Mitsubishi, Canon dan Kenwood.
Di bawah pula akan keihatan keretapi lalu kerana berdekatan dengan stesen keretapi Shinagawa (Shinagawa Eki). Stesen ni antara stesen yang tersibuk di Tokyo.
* pemandangan dari tingkat 24
* landasan keretapi
* Shinagawa pada waktu malam
Nasib baik hari Isnin malam abah rajin melayan kami semua bermain bowling dan hari Selasa selepas makan tengahari saya pula bawa anak-anak ke aquarium. Semua tu pun dalam bangunan hotel tu je..hehehe. Kalau jauh tak pergi jugak. Main jelah game dalam bilik. Nanti saya ceritakan lain entri lah pasal bowling dan aquarium ni.
wah seronoknya...sambil bekerja sambil makan angin..
ReplyDeletealhamdulillah..rezeki anak-anak
ReplyDelete