Tuesday, July 8, 2014

Budaya atau salah didikan?

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat juga saya update blog yang dah lama menyepi ni. Tak tahulah kenapa semenjak dua menjak ni mood untuk berblog ke laut (perkataan orang muda..:) ) je. Sekejap ada sekejap hilang. Sebelum mengadap komputer, macam-macam benda dalam kepala nak tulis, bila bukak je komputer terus blank. Tapi hari ni gagahkan jugak mengadap komputer. Lama-lama pun tak apa, janji hari ni kena ada satu entri baru.

Entri hari ni sebenarnya lebih kepada luahan hati seorang ibu. Hati ni tertanya-tanya kenapa kanak-kanak sekarang ni suka mengejek, mengata orang dan macam-macam lagi. Adakah disebabkan dah jadi budaya kita orang Melayu begitu atau salah didikan? Kadang-kadang nak salahkan ibubapa pun tak boleh juga sebab banyak faktor luaran yang mempengaruhi anak-anak kita.

Semalam Aiman beritahu saya yang ramai kawan-kawannya ketawakan dia kerana dia tak mempunyai meja di dalam kelas. Saya pun haran juga, takkanlah Aiman tak punyai meja langsung. Saya tanya, betul ke dia tak ada meja? Dia kata ada. Saya pun tak faham apa yang cuba kawan-kawan Aiman katakan yang Aiman tak punyai meja. Yelah Aiman masuk kelaspun dah pertengahan tahun, dapat pulak meja paling belakang. Mungkin juga mereka ketawakan Aiman sebab tidak dapat memilih meja yang disukai.

Pagi ni pula sebelum pergi sekolah Akmal pula dalam dilema nak pakai baju putih biasa atau nak pakai baju Ko-korikulum. Sepanjang bulan puasa ni aktiviti sukan dan Ko-ko tak ada tapi cikgu kata boleh pakai baju Ko-ko pada hari tersebut. Tapi Akmal bimbang kalau dia seorang je yang pakai baju Ko-ko. Nanti kawan-kawan akan ketawakan dia. Begitu jugak sebaliknya, kalau dia seorang yang pakai baju putih sedangkan kawan-kawan yang lain pakai baju Ko-ko. Dia tetap akan diketawakan.

Aiman sanggup menggalas beg sekolah yang berat sedangkan beg sekolah tu ada roda. Bila saya tanya kenapa tak ditarik saja beg tu, dai kata dia malu sebab kawan-kawan kata bawa beg tarik tu macam budak kecik. Ye lah Aiman tu lelaki dan dah besar. Mesti dia malu bila kawan-kawan kata macam tu. Rela dia galas beg tu sampai "rebeh" (perkataan Terengganu) bahu.

Puas lah saya menasihati anak-anak supaya jangan dipedulikan apa orang lain nak kata jika apa yang kita buat tu betul walaupun pelik di mata orang lain. Selagi ianya tidak melanggar hukum Allah dan melanggar undang-undang, biarlah orang nak gelakkan ke nak menagta ke nak mengutuk ke, itu hak mereka yang mempunyai mulut.

Tak kurang jugak yang suka membanding-bandingkan. Ini berlaku di sekolah anak buah saya. Kakak ipar saya pergi jemput anak di sekolah menaiki kereta Kelisa. Apabila kawan-kawan anaknya tengok dia cakap, "keciknya kereta mama awak". Sedangkan dia pulak ayahnya jemput dari sekolah dengan kereta Mercedes. Budak-budak zaman sekarangni macam-macam.

Masa kami di Jepun dulu, perkara macam ni tak pernah timbul. Anak-anak tak pernah mengadu apa-apa walaupun mereka pakai kasut koyak, seluar koyak dan beg koyak. Pernah satu ketika bekal (bentou) Akmal hampir terjatuh sebab begnya koyak. Saya pula tak perasan. Akmal pula tak kisah bawa beg koyak tu ke sekolah sebab kawan-kawannya tak pernah ambil tahu dan tak pernah mengejek dia bawa beg koyak. 

* Aiman dan Akmal bersama kawan-kawan pada hari terakhir di MST

Jadi di sini saya dapat simpulkan yang perangai-perangai mengata dan mengejek ni sudah menjadi sebahagian dari budaya hidup kita orang Melayu. Sejak kecik lagi sifat ni dipupuk sehingga sudah sebati dengan hidup orang Melayu. Jadi adakah kita semua suka sikap dan sifat ni terus menerus bersama orang Melayu? Renung-renunglah. Semoga kita semua sentiasa mengingatkan diri sendiri dan anak-anak kita supaya tidak tergolong dalam orang Melayu yang sebegini. In sya Allah.



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015