Tuesday, July 22, 2014

Sakit mata berjemaah

Assalamualaikum


Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dan juga masih diberi nikmat berpuasa. Sedang kita seronok menjalani ibadah puasa, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan tragedi yang manyayat hati. Sekali lagi MAS diuji. Khamis lepas (17 Julai 2014) telah ditempak jatuh di Ukraine. 298 orang penumpang termasuk krew penerbangan terkorban. Allahu Akbar. Semoga keluarga mangsa tabah melaui semua dugaan Allah ni. Al-Fatihah.

Sebenarnya kami sekeluarga juga menerima ujian Allah minggu lepas. Bermula dengan Amni yang bermata merah bila balik dari sekolah hari Selasa. Saya dah syak ni mesti sakit mata. Pada sebelah malam kedua-dua belah mata Amni dah merah. Rabu pagi selepas hantar Akmal dan Aiman ke sekolah, saya bawa Amni ke klinik kesihatan. Suami pun ikut sebab kebetulan kena gout hari tu. Jadi dua oranglah MC. Amni dapat cuti sampai hari Jumaat.

Balik dari sekolah hari Rabu, Mata Akmal pulak yang merah tapi masih tak mengaku dia sakit mata. Petang tu dia demam tapi bila ditanya nak berbuka ke tidak, dia tak nak. Masih nak berpuasa juga. Malam pulak giliran Adib pulak. Bila nak titik ubat dalam mata, mulalah dia lari keliling rumah.

Hari Khamis Aiman sorang je ke sekolah. Saya pulak ke klinik bawak Akmal, ambik MC. Doktor nasihat supaya jangan pergi ke tempat yang ramai orang. Nanti akan menyebabkan sakit mata ni berjangkit dengan ramai orang. Bila ambik Aiman dari sekolah, Aiman mengadu matanya dah pedih-pedih. Hmmm...mata Aiman dah mula merah.

Lepas tu suami pulak telefon yang dia nak pergi klinik sebab matanya gatal-gatal. Jadi tinggal saya sorang lagi yang ada tanda-tanda sakit mata ni. Minta-mintalah saya tak dijangkiti. Tapi belum sampai malam lagi mata saya dah mula merah dan cik Abang saya pun dapat MC hari ni. Dapat balik awal. Maka lengkaplah satu keluarga kami ni kena sakit mata.

*Koleksi ubat sakit mata

Hari Jumaat semua orang tak pergi sekolah dah kerja. Semua mata merah dan bengkak. Dan yang paling teruk kena adalah saya. Hari tu sampai tak boleh nak buka mata. Mata bengkak macam kena gigit serangga beserta dengan demam. Lain benar sakit mata kali ni. Biasanya kalau sakit mata, mata akan merah dan banyak tahi mata tapi kali ni mata merah dan bengkak sembab. Mata pula kabur dan pedih.

Hari Sabtu tu ingatkan nak berbuka puasa dengan adik-adik ipar di rumah, tapi tak kesampaian sebab mata masih sakit. Nanti berjangkit pulak dengan mereka semua. Sampai ke hari ni mata saya masih belum baik sepenuhnya. Alhamdulillah anak-anak dah pergi sekolah semalam dan cik abang pun mula kerja hari ni. Minta-mintalah mata ni baik sebelum balik raya Sabtu ni. Yelah takut berjangkit dengan orang lain pula.



2 comments:

  1. Sakit mata pun ada berjemaah ek,...hehe....Semoga semuanya yang sakit mata berjemaah tu cepat semboh,amin

    ReplyDelete
  2. tulah sakit mata biasanya mmg berakhir dgn semua org dlm rumah yg sama kena. Alhamdulillah semua dah baik kecuali ibunya ni ha yg belum lg...harap2 sempatlah baik sblm raya..x naklah beraya dgn mata merah...huhuhu

    ReplyDelete

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015