Tuesday, July 1, 2014

Kini kembali

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk menulis di sini dan juga untuk menunaikan ibadah puasa yang telah masuk hari ketiga hari ni. Alhamdulillah juga kerana setelah sebulan lebih kami di tanahair ni, boleh dikatakan hari-hari sibuk telah berakhir. Jadi , in sya Allah selepas ni bolehlah saya terus menulis di blog ni selalu.

Sepanjang sebulan yang lalu ada-ada saja perkara yang kami perlu lakukan. Bermula dengan mendaftarkan persekolahan anak-anak dan mencari kontraktor untuk ubahsuai rumah, kemudian kenduri di rumah mertua saya. Sebelum cuti persekolahan berakhir, kami balik ke Besut dan macam-macam lagi. 


7 Jun 2014, kenduri menyambut menantu di rumah mertua saya di Serting. Sebenarnya mereka berdua ni telah bernikah pada akhir bulan Mac lagi. Tapi disebabkan mak dan abah ingin kami sekeluarga bersama meraikan majlis ni, maka ianya dilansungkan setalah kami kembali dari Jepun.

 * Hafiz dan Sherry

* Tuan rumah baru nak makan

10 Jun 2014, saya dan anak-anak balik ke Besut. Suami pula tak dapat cuti jadi kami berlima je balik dengan kapal terbang. Pertama kali ke terminal KLIA2. Besar dan selesa.

 * sebelum berlepas ke Kota Bharu

Alhamdulillah, anak-anak seronok balik ke kampung. Mereka semua tak kekok menjadi budak kampung. Sehinggatak nak balik semula ke Seremban. Hari-hari main bola sepak yang kebetulan gealanggang futsal ada diseberang jalan je.


 * main dengan kambing pun jadilah

 * orang biasa tarik upih pinang, kali ni tarik upih kelapa

 * Adib pula asyik mandi je sebab panas sangat

* team bolasepak

16 Jun 2014, sesi persekolah dibuka semula. Suami ambil cuti hari sebab nak uruskan persekolahan anak-anak. Alhamdulillah semunya berjalan lancar.


* Si kecik ni pun sibuk nak sekolah jugak

17 Jun 2014, barang kami dari Jepun pula yang sampai. Ni lah part yang paling sibuk sekali. Nasib baik cik abang saya pandai mengemas dan menyusun barang. Kalau tak, tak tahulah bila boleh kemas satu rumah ni. Terima kasih  Abang.





Setelah sebulan kami di homestay Nilam, dapatlah kami tinggal di rumah sendiri dengan segala kelengkapan dah tersedia. Genap sebulan iaitu pada 26 Jun 2014 kerja-kerja ubah suai rumah telah siap. Bukanlah ubahsuai sangat pun cuma kami cantikkan sedikit bahagian porch kereta dan sambung sedikit di ruang dapur.



Alhamdulillah, sekarang dapatlah menjalani ibadah puasa dengan tenang. Walaupun cuaca panas, anak-anak dapat meneruskan ibadah puasa mereka dengan jayanya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami semua.



2 comments:

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015