Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Negara

Assalamualaikum


Di saat saya menulis ini, seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti ketibaan 20 jenazah warga Malaysia nahas Malaysia Airlines (MAS) MH 17 yang dijangka tiba pada pukul 10 pagi ini dengan pesawat khas dari Amsterdam.

Pada 17 Julai 2014, MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dipercayai ditembak jatuh dan terhempas di Ukraine  semasa dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin berkata satu istiadat penghormatan jenazah tragedi itu akan diadakan  di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Upacara penghormatan untuk jenazah dibuat secara tertib, sesuai dengan penghormatan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat MH17.

Muhyiddin berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat tersebut, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.

Marilah kita sama-sama bersatu sebagai satu negara berdoa dan bertafakur bagi menghormati mangsa tragedi MH17. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi berita seperti ini. Mudah-mudahan semua roh mangsa dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

*sumber: informasi dipetik daripada akhbar dan blog tempatan. Terima kasih



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015