Wednesday, January 8, 2014

Beg bertangkai "U"

Assalamualaikum


Dah lama rasanya tak buat entri pasal beg. Yelah dalam 2 minggu lepas anak-anak cuti sekolah dan suami pula cuti tahun baru (di Jepun cuti tahun baru panjang). Jadi saya pun dengan sendirinya pun cuti jugak. Rasa malas sangat nak menjahit.

Minggu ni barulah anak-anak dan suami meneruskan rutin biasa. Suami mula kerja hari Isnin. Aiman dan Akmal mulakan persekolahan mereka semalam dan hari ni pula baru sekolah Amni dibuka. Maka macam biasa tinggallah saya dan Adib saja di rumah.  Jadi hari ni saya rajinkan diri menjahit beg.

Sebenarnya dah lama saya nak jahit beg ni. Tangkainya pun dah lama saya beli. Saya rujuk tutorialnya di sini. Mula-mula tu tutorial tu nampak susah. Itu sebablah asyik tertangguh saja nak cuba jahit. Alhamdulillah dengan tekad hari ni saya dapat siapkan beg yang cantik ni. Dan rupa-rupanya tak susah pun nak jahit beg ni.


Beg ni berukuran 14" (L) x 8" (T) x 4.5"(tapak), saya telah kecilkan sikit ukurannya kerana kekurangan kain. Nasib baiklah bila dah siap, saiznya nampak comel saja.

                               *Di dalamnya saya jahitkan 1 poket slip dan 1 poket berzip

                                          *Di luar juga ada 1 poket besar dengan butang magnet sebagai penutup

                                         *Bahagian belakang tiada poket. Menggunakan piping untuk menyerikan lagi beg ini

Lepas ni bolehlah melaram dengan beg ni. Sedondong pula dengan pocket tissue holder yang saya jahit semalam (entri di sini).


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Tuesday, January 7, 2014

Tutorial: Pocket tissue holder

Assalamualaikum

Boleh dikatakan dalam setiap beg tangan wanita ada pocket tissue, yang berharga 20 sen (kalau tak silap saya) sebungkus tu. Biasanya kalau kita masukkan tisu ni dalam beg tangan, mesti tisu tu akan jadi komot dan yang lebih teruk lagi hingga plastik pembalutnya tu terkoyak dan tisu berterabur dalm beg.

Jika kita masukkan tisu dalam sarung, in syaa Allah tisu akan kemas dan beg tangan kita pun tidaklah berserabut. Lagipun kalau tisu tu bersarung kita pun rasa feminin (ini pendapat peribadi) sebab biasanya sarung tisu ni dibuat menggunakan fabrik yang cantik-cantik. Jadi jomlah saya kongsikan cara-cara menjahit sarung tisu ni sendiri. Caranya senang saja, boleh gunakan kain perca saja. Saya gunakan kain cotton.

Bahan yang diperlukan

2 keping cotton bersaiz 5 1/2" (tinggi) x 6 1/2" (lebar)
2 keping cotton polka dot bersaiz 1" x 5 1/2"
Gunting
Mesin jahit
Benang 


1. Lipat memanjang kain polka dot dan seterika supaya nampak lebih kemas


2. Jahitkan kain polka dot tadi dengan salah satu daripada cotton. Pastikan kain polka dot yang berlipat berada di sebelah dalam. Jahit kain polka dot di bahagian sisi yang berukuran 5 1/2". Basi jahitan: 1/4"


3. Temukan kedua-dua helai cotton dengan bahgian depan masing-masing. Jahitkan ke dalam sedikit daripada jahitan pertama tadi.


4. Terbalikkan dan seterika kain yang sudah dijahit tadi supaya lebih kemas. 
    *Saya menggunakan 2 pasang kain yang berlainan. No 1-3: polka dot selari dengan jalur, sebaliknya untuk no 4-7. Maaf di atas segala kekeliruan*


5. Lipatkan bahagian polka dot ke tengah dan pinkan.


6. Jahitkan bahagian yang berpin dengan basi jahitan 1/4". Kemudian jahit tepi supaya tiada benang yang terkeluar. Potong sikit tepi supaya sarung tisu kita tidak tebal dibucu apabila diterbalikkan nanti.


7. Terbalikkan dan dah siap. Bolehlah masukkan tisu ke dalamnya dan bergaya feminin.



Diharapkan pembaca dapat memahami penerangan saya ini. Saya mohon maaf jika terdapat kekurangan dengan tutorial ini. Selamat mencuba.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Monday, January 6, 2014

Resepi roti jala dan kari ayam

Assalamualaikum


Tiba-tiba saja Angah nak makan roti jala. Sudah menjadi kebiasaan kalau nak makan roti jala, abah yang kena masak. Sekali sekala abah masak best jugak. Abah masak roti jala dan ibu pula masak kari ayam. Kali ini ibu tolong siapkan adunan dan abah "menjala".

Kali ini saya mencuba resepi dari sini, tapi saya membancuh 1kg tepung gandum, bermakna saya menggandakan semua bahan. Suami juga cuba untuk menggunakan botol air mineral sebagai acuan roti jala ni tapi tidak menjadi. Mungkin disebabkan botol yang lembik jadi susah untuk mengawal pengaliran tepung yang keluar. Akhirnya suami menggunakan acuan asal. Lain kali mungkin boleh dicuba menggunakan botol air mineral sebagai acuan.

Mungkin ramai yang terkejut bila saya mengatakan saya menggunakan 1kg tepung gandum untuk sekali masak roti jala ni.  Yelah anak-anak saya semua lelaki dan sedang membesar. Mereka semua memang makan banyak sekarang ni. Cuba bayangkan berapa RM yang diperlukan kalau kita membeli roti jala di kedai untuk memenuhi selera mereka. Kenalah abah dan ibu masak. Barulah puas makan.

                                         * 3 kuali sekali guna. Nak cepat siap punya pasal

Resepi roti jala
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
  • 150gm atau 1 cawan tepung gandum
  • 1biji telur.
  • 150ml air
  • 150ml susu segar atau boleh digantikan dengan santan -saya menggunakan susu tepung
  • 3 sudu mentega cair
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk kunyit - saya menggunakan pewarna kuning
Cara penyediaan

  1. Masukkan susu, air, telur, garam dan pewarna ke dalam blender dan blend seketika dan kemudian masukkan tepung dan blend lagi sehingga sebati. Tapiskan adunan supaya tidak ada ketulan-ketulan yang boleh menyebabkan acuan tersumbat
  2. Panaskan kuali leper, atau non stick pan dan lengserkan sedikit minyak
  3. Dengan menggunakan acuan roti jala, kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing boleh gulung dan hidangkan.

Resepi kari ayam 
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
  • Beberapa keping isi ayam - potong kecil
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 ulas bawang merah -tumbuk
  • sedikit halia -tumbuk
  • 50g serbuk kari -jadikan pes
  • 50g serbuk santan -tambahkan sedikit air
  • 2 biji kentang - potong kecil-kecil
  • secubit garam
Cara penyediaan
  1. Di dalam periuk, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi. 
  2. Masukkan pes kari dan masak lagi sehingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam dan sedikit air. Reneh sehingga ayam kecut
  4. Masukkan santan dan kentang.
  5. Masak sehingga kentang empuk dan perisakan dengan garam
Selamat mencuba.



******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Sunday, January 5, 2014

JJCM- Rasa Malaysia, Ginza

Assalamualaikum

3 Januari, harijadi ibu (sayalah tu). Seperti tahun-tahun yang sudah kami ke restoran-restoran Malaysia untuk menikmati masakan Malaysia. Hanya hari-hari istimewa saja yang boleh makan di restoran-restoran seperti itu sebab harganya mahal. Kali ini kami ke Restoran Rasa Malaysia yang terletak di Ginza.

Makanan yang disediakan alhamdulillah menepati citarasa kami sekeluarga. Sebenarnya sudah beberapa kali kami makan di restoran ini. Jika terasa rindu masakan Malaysia, memang berbaloi berkunjung ke sini. Bila difikirkan, alangkah beruntungnya berada di negara sendiri. Dapat makan makanan kegemaran bila-bila masa saja dengan harga yang jauh lebih murah.



Restoran ini juga pernah menerima kunjungan mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir. Siti Nurhaliza pun pernah makan di sini.


Yang menariknya di sini, semua masakannya mengambil masakan istimewa dari serata negeri dan tempat di Malaysia. Seperti Nasi Ayam Hainan Melaka dan Penang Char Kuew Teow serta Satay Kajang.



                                          *Char Kuew Teow dan teh tarik ~ RM58


                                          *Air sirap pun ada ~ RM16  segelas

Alhamdulillah walaupun rasa masakannya tidaklah 100% seperti di Malaysia,sekurang-kurangnya dapat juga kami anak-beranak melepaskan rindu dengan masakan Malaysia. 






Di sini saya sertakan alamat Restoran Rasa Malaysia Ginza,
5-8-13 Ginza (Ginza Five Star Building 8F) , Chuo-ku , 
Tokyo 104-0061,Japan


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love




Saturday, January 4, 2014

Resepi Ayam Panggang Yogurt

Assalamualaikum


Kadang-kadang kita buntu nak masak lauk apa untuk makan malam. Hari ini saya suami saya yang menyumbangkan idea. Katanya dia nak makan ayam panggang yang dipanggang dengan kuali ajaib. Saya pun teringat ada sedikit lagi yogurt dalam peti ais. Apa kata kalau saya cuba masukkan yogurt dalam resepi ayam panggang. Boleh dikatakan ini resepi try and error saya.

Semasa dipanggang, bau yang semerbak sehingga ke ruang tamu membuatkan suami dan anak-anak tak sabar nak makan. Alhamdulillah rasanya sedap sehingga tak cukup pula. Kesian pula tengok anak-anak makan berebut-rebut. Suami pula terpaksa beralah dan beri bahagiannya kepada anak-anak. Adib saja makan 2 ketul paha ayam tanpa nasi.

Resepi ayam panggang yogurt
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
Ayam (saya gunakan 4 ketul chicken whole leg)
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia -tumbuk
1sk lada hitam - tumbuk
2 sb sos tiram
1 sk kicap manis
3 sb yogurt

Cara penyediaan
  1. Cucuk-cucuk ayam dengan garfu
  2. Satukan semua bahan dan gaulkan dengan ayam. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama perap lagi sedap.
  3. Panggang ayam samada menggunakan pemanggang ataupun oven. Balik-balikkan sehingga masak. Kalau garing lagi sedap.

Sedap dimakan dengan nasi panas-panas atau diratah saja. In syaa Allah boleh buat lagi lain kali. Andapun boleh cuba.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Thursday, January 2, 2014

Resepi steamboat

Assalamualaikum

Sudah lama saya tidak mamasak steamboat. Memang sangat sesuai masak steamboat ni di musim sejuk. Sedap dimakan panas-panas. Semalam saya masak steamboat dan disambut gembira oleh anak-anak. Kalau di Malaysia kami memang suka makan di Johnny's Restaurants tapi di sini saya belajar masak sendiri dan alhamdulillah anak-anak semua berpuas hati.

Resepi steamboat (kuah sup)
Oleh : Noriati Saud

Bahan-bahan

Rangka @ tulang ayam
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak zaitun
2 ketul kiub ayam
Batang saderi
garam
air seperiuk

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi
  2. Masukkan air dan rangka ayam
  3. Masukkan kiub ayam dan batang saderi yang sudah dipotong
  4. Reneh dan perisakan dengan garam
Bahan-bahan yang digunakan untuk dimasukkan ke dalam sup bergantung kepada selera masing-masing. Kali ini saya ada juga membuat sendiri bebola ayam (resepinya di sini), disamping membeli cikuwa, tauhu telur, udang, bebola ikan, isi ketam dan juga sosej. Sayur-sayuran juga wajib ada. Kali ini kami makan steamboat ini dengan udon. Biasanya kami makan dengan bihun saja.





Selepas sup yang dimasak mendidih, saya masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk sup. Biarkan sehingga mendidih lagi sekali dan pindahkan periuk sup ke dapur kecil yang diletakkan di atas meja makan. Ini kerana dapur kecil saya hanya bertindak sebagai pemanas sahaja. Siap akhirnya dan bolehlah makan.



                                          *Ini ibu punya semangkuk steamboat

Ini pula wajah-wajah ceria dapat makan steamboat malam ini.






******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love




Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum
   
                                       
 
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan bernafas di tahun baru ini.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan  SELAMAT TAHUN BARU 2014 kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih kerana selama ini telah banyak menyokong saya yang diibaratkan baru bertatih dalam berblog. Dengan sokongan inilah yang memberi saya kekuatan dan semangat untuk terus menulis dan berkongsi pengalaman dan juga informasi. Semoga tulisan saya ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Sempena tahun baru ini marilah kita bersama-sama melipat gandakan usaha ke arah kebaikan. Semoga amalan dan kebaikan kita akan diberi ganjaran olehNya. Jadikan tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015