Kadang-kadang kita buntu nak masak lauk apa untuk makan malam. Hari ini saya suami saya yang menyumbangkan idea. Katanya dia nak makan ayam panggang yang dipanggang dengan kuali ajaib. Saya pun teringat ada sedikit lagi yogurt dalam peti ais. Apa kata kalau saya cuba masukkan yogurt dalam resepi ayam panggang. Boleh dikatakan ini resepi try and error saya.
Semasa dipanggang, bau yang semerbak sehingga ke ruang tamu membuatkan suami dan anak-anak tak sabar nak makan. Alhamdulillah rasanya sedap sehingga tak cukup pula. Kesian pula tengok anak-anak makan berebut-rebut. Suami pula terpaksa beralah dan beri bahagiannya kepada anak-anak. Adib saja makan 2 ketul paha ayam tanpa nasi.
Resepi ayam panggang yogurt
Oleh: Noriati Saud
Bahan-bahan
Ayam (saya gunakan 4 ketul chicken whole leg)
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia -tumbuk
1sk lada hitam - tumbuk
2 sb sos tiram
1 sk kicap manis
3 sb yogurt
Cara penyediaan
- Cucuk-cucuk ayam dengan garfu
- Satukan semua bahan dan gaulkan dengan ayam. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama perap lagi sedap.
- Panggang ayam samada menggunakan pemanggang ataupun oven. Balik-balikkan sehingga masak. Kalau garing lagi sedap.
Sedap dimakan dengan nasi panas-panas atau diratah saja. In syaa Allah boleh buat lagi lain kali. Andapun boleh cuba.
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
No comments:
Post a Comment