Tuesday, May 13, 2014

Omotenashi (おもてなし)

Assalamualaikum

Anda pernah dengar perkataan "omotenashi"? Kalau di Jepun perkataan omotenashi ni terkenal selepas Christel Takigawa menggunakan perkataan itu semasa membida untuk menjadi tuan rumah sukan olimpik 2020. 


Sebenarnya sukar untuk menyatakan erti omotenashi tetapi ia lebih kepada hospitaliti. Jika sesiapa yang pernah datang ke Jepun mungkin akan lebih faham tentang "omotenashi". Servis dan layanan yang diberikan di sini memang tip top, ini pandangan peribadi saya.

Di sini pelanggan dilayan macam raja. Bermula dengan masuk je kedai, akan kedengaran "irasshaimse"..yang bermaksud selamat datang. Bukan seorang yang menyebutnya tapi boleh dikatakan semua. Yang sedang mop lantai akan berhenti mop, yang susun barang akan memanjang leher untuk menzahirkan dirinya di situ. Yang ada dikaunter apa tah lagi, tangan di perut sambil menundukkan kepala dan tersenyum. Begitu juga bila sudah habis membayar,"arigatou gizaimashita", sambil menghulurkan barang yang dibeli sambil tunduk lagi dan senyum.

Yang itu hanyalah asas saja. Omotenashi juga berkisar tentang bagaimana mereka menyenangkan pelanggan. Biasanya setiap packaging mereka bukan setakat menarik tapi mesra pengguna. Senang untuk dibuka dan disimpan semula.

* kotak biskut

Kalau naik teksi, kita tak perlu buka pintu. Pintu kereta akan terbuka dengan sendirinya. Terasa seperti "Mem besar" yang naik kereta yang ada pemandu. Dahlah pemandu teksi di Jepun ni pakai uniform seperti uniform pilot :), siap bertopi dan sarung tangan putih.

Di kebanyakan restoran pula, sebelum ambil order, pelayan akan bawakan tuala lembab yang panas untuk lap muka atau tangan. Sungguh menyegarkan. Kemudian akan dibawakan air sejuk. 

Waktu nak naik keretapi pulak, seperti biasa orang-orang Jepun akan beratur. Dan yang bagusnya mereka akan memberi keutamaan kepada orang yang akan keluar dulu. Bila semua dah keluar barulah mereka masuk dengan tertib. Tidak ada bertolak-tolak.

Sebanarnya banyak lagi "omotenashi" yang saya tak tulis di sini. Saya akan rindukannya bila balik Malaysia nanti. Walaupun sesetengahnya saya percaya ada yang telah diguna pakai di Malaysia.
Di sini saya sertakan video yang saya jumpa di youtube tentang omotenashi. 



* omotenashi: youtube


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Saturday, May 10, 2014

Menghitung hari

Assalamualaikum

Sekarang ni hari-hari dok telek kalendar. Lagi 10 hari  je berbaki.  Sekarang macam tak cukup tangan nak siapkan berkemas tapi dalam masa yang sama tak tahu nak kemas apa dulu. Semua macam masih nak digunakan. Nak kemas pakaian, masih ada seminggu lagi Along dan Angah nak sekolah. Abah mereka pun sama.

Lagipun Sabtu dan Ahad depan orang dari syarikat perpindahan, Nippon Express akan datang packing dan angkut semua barang. 2 hari mereka perlukan untuk packing dan angkut barang keluar dari rumah ni sebab di kawasan ni jalan sempit dan akan menyukarkan kerja-kerja mengangkut barang. Mudah-mudahan semua akan berjalan lancar nanti. In sya Allah.

Ni je lah kotak-kotak yang kami dah kemas. Ada lagi beberapa beg pakaian yang tersorok.



 * penuh satu kotak beg yang saya jahit

*barang-barang yang disediakan oleh Nippon Express untuk packing

Dalam masa 10 hari ni enjoy lah sepuasnya kedamaian di bumi sakura ni. Entah ada lagi ke tidak rezeki nak datang sini selepas ni. Kami pasti akan merinduinya nanti.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



Friday, May 9, 2014

Resepi bihun goreng sos

Assalamualaikum


Bihun goreng ni untuk sarapan dan bekal anak-anak ke sekolah semalam. Biasanya anak-anak memang kurang suka bihun goreng. Semalam saya terpaksa goreng bihun memandangkan kami sebole-bolehnya nak habiskan stok sebelum balik ke Malaysia. Lebih-lebih lagi kalau ada makanan yang sudah dibuka bungkusannya.

Malam sebelum tu saya search resepi yang lain sikit dari yang biasa saya masak.  Resepi yang menggunakan pelbagai sos.  Biasanya saya goreng bihun tak letak sos cili ke sos tomato ke, cuma sos tiram dengan kicap. Anak-anak pun bosan agaknya dengan resepi yang sama, sebab tu lah mereka tak nak makan.

Hari ni bila saya goreng dan letak sos cili dan sos tomato, mereka suka pula lebih-lebih lagi Aiman. Ditambah pula dengan telur rebus dan ayam goreng. Balik dari sekolah sambung makan lagi dan minta saya masak macam tu lagi lain kali.

Resepi bihun goreng
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
1/2 paket bihun - diremdam dengan air panas sehingga lembut
daging ayam - potong kecil
3 batang sosej - potong nipis
4 ulas bawang putih di tumbuk
sebiji telur
sos cili
sos tomato
sos tiram
1sb cili kisar
garam
lobak merah - potong halus memanjang
kobis - potong halus

cara penyediaan

  1. Goreng telur, jadikan scramble egg, ketepikan
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kisar sehingga masak
  3. Masukkan ayam dan sosej
  4. Masukkan sos cili, sos tomato,sos tiram dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga pecah minyak
  5. Masukkan bihun  kacau sebati
  6. Masukkan sayur iaitu kobis dan lobak merah serta scrambled egg tadi
  7. Kacau sebati sehingga masak
  8. Bolehlah dihidang dengan timun dan telur rebus




******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Thursday, May 8, 2014

Photo book

Assalamualaikum

Dua buah photo book, hasil usaha suami mengumpulkan gambar-gambar terpilih sepanjang 3 tahun kami di Jepun. Ia adalah sebagai mengingati momen-momen indah kami sekeluarga di Jepun ni.

Buku berkulit keras dan tebal dengan 40 muka surat bergambar ni berharga lebih kurang 6000 yen sebuah.









******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Wednesday, May 7, 2014

Resepi ayam goreng serbuk roti

Assalamualaikum


Dah lama betul saya tak buat entri resepi di blog ni. Bukan bermakna saya tak masak di rumah. Sekarang ni cuma masak resepi biasa-biasa dan yang senang-senang je. Kadang-kadang masakan yang simple tu yang laku.

Ayam goreng ni saya masak Sabtu lepas. Masa tu saya jemput kawan-kawan makan tengahari di rumah (boleh tengok entri yang lepas di sini).  Walaupun resepinya senang tapi ianya sedap dan disukai oleh semua orang. Jom kita tengok resepi.

Resepi ayam goreng serbuk roti
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

Ayam boneless - saya menggunakan whole leg boneless
Serbuk roti
Tepung jagung
Telur
Garam

Cara penyediaan
  1. Perapkan ayam dengan garam lebih kurang 1/2 jam
  2. Sediakan dalam bekas yang berlainan : tepung jagung, serbuk roti dan telur yang dikocak
  3. Cucuk-cucuk ayam dengan garfu serta panaskan minyak
  4. Kemudian salutkan ayam tadi dengan tepung jagung -> masukkan dalam telur -> salutkan dengan serbuk roti.
  5. Salutkan sebanyak mungkin serbuk roti dengan menekan-nekan ayam di dalam bekas yang ada serbuk roti berulang kali
  6. Masukkan dalam minyak yang panas. Goreng tenggelam dengan api yang sederhana.
  7. Goreng sehingga kuning keemasan.
  8. Potong kecil-kecil secara memanjang.


Ayam goreng ni sedap dimakan panas iaitu sementara masih rangup. Boleh juga dicicah dengan sos. Anak-anak saya suka makan ayam goreng ni sebab rangup. Mungkin anak-anak anda pun suka. Cubalah..



******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Monday, May 5, 2014

Sayonara gathering

Assalamualaikum

Pejam celik-pejam celik tak sampai 3 minggu lagi kami nak balik ke Malaysia for good. Gembira sudah semestinya dan sedih pun ada. Sebenarnya kami seronok berada di sini. Tapi bak kata orang tua-tua "hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri". Sesungguhnya banyak pengalaman dan kenangan indah yang dapat kami kumpulkan selama 3 tahun berada di Bumi Sakura.

Memandangkan sekarang di Jepun semua orang sedang bercuti panjang, iaitu Golden Week, saya dan suami rasa inilah masa yang sesuai untuk menjenput awan-kawan datang makan tengahari di rumah. Ya lah mungkin inilah kali terakhir kami dapat makan bersama-sama di sini. 

Alhamdulillah Sabtu hari tu (3/5/2014) Anis dan Saiful (Bird) serta Ieza dan Hazrie bersama keluarga masing-masing dapat memenuhi undangan kami untuk makan tengahari di rumah. Riuh rendah rumah dengan gelak ketawa anak-anak yang mana 8/10 adalah lelaki. Seronok mereka semua dapat berkumpul dan bermain bersama. Begitu juga dengan mama-mama dan papa-papa. Berborak tak ingat waktu.

Tengahari tu saya masak nasi putih je. Lauk yang simple. Sup daging, ayam goreng serbuk roti, sayur campur dan sambal ikan bilis. Tak sempat nak ambik gambar sambal ikan bilis. Saya menggunakan pressure cooker untuk memasak nasi sebab saya tak ada periuk nasi yang besar. Jadi dengan pressure cooker ni saya boleh masak sekali je.

* nasi dalam pressure cooker

 * sayur campur goreng

 * ayam goreng serbuk roti

 * sup daging

Mereka semua sampai dalam pukul 1 tengahari, sedang elok saya baru siap masak. Jadi terus makan. Lepas makan tu papa-papa duduk di satu sudut dan mama-mama pula berborak di sudut yang lain. Anak-anak semua berkumpul di dalam bilik layan Nintendo wii dan juga tablet.

 * topik apalah yang dibincangkan ni...

 * perempuan biasalah, topik baju raya...

 *Nina yang tidur pun asyik terkejut je sebab bising

 * anak-anak bujang

 * terselit "bunga" sekuntum dalam bilik ni 

 * kat sini rupanya Hakim

Hari tu memang makan je kerjanya. Lepas makan nasi, duduk-duduk sekejap, makan lagi kek yang Anis bawa sebagai buah tangan. Padankan dengan  air nescafe panas. Anak-anak pula layan jajan dengan air sirap. Memang seronok makan sambil berborak. Tak sedar kek pun dah habis. Hidang pula puding dari Ieza. Bila beransur petang, saya keluarkan pula bubur kacang merah dari peti ais. Makan sejuk-sejuk, sedap. Tak cukup satu jug nescafe panas, saya tambah lagi satu jug.

 * dah penat main, keluar cari makan dan air

Sekejap je masa berlalu. Lepas maghrib mereka minta diri. Sedih pulak rasa. Entah bila pula dapat berjumpa lagi. Mungkin dapat berjumpa lagi di Malaysia tapi mungkin situasi dan perasaan tak sama. Bak kata suami saya, di sini mereka dianggap seperti keluarga. Merekalah keluarga, merekalah sahabat. Kalau susah, merekalah tempat minta tolong tapi kalau di Malaysia, mereka adalah sahabat.

 * semoga persahabatan berkekalan

 * The Moms

 * The Papas

 * Bird, Anis & Nina

* kenangan abadi

In sya Allah, mudah-mudahan satu hari nanti kami semua dapat berkumpul seperti ini lagi. Kepada Anis, Bird, Ieza dan Ha, terima kasih di atas segalanya. 


Friday, May 2, 2014

Japanese Cotton 4th Batch

Assalamualaikum

Hari ini saya upload 7 lagi corak Japanes Cotton. Memandangkan 3 minggu lagi saya akan pulang ke Malaysia dan sekarang ni pun sibuk berkemas, saya jangkakan ini merupakan batch terakhir. Jadi rebutlah peluang untuk mendapatkan original Japanese cotton dari kami. Segala sokongan dari anda semua selama ini saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Segala pertanyaan janganlah segan-segan untuk pm di https://www.facebook.com/Frm.Jpn.With.Love?sk=messages&tab=messages atau e-mail saya di noriatisaud@gmail.com


Kod: JPC01
4m : 100% cotton

status: SOLD 

 Kod: JPC02

4m : 100% cotton
status: available


 Kod: JPC03

4m : 100% cotton
status: available


 Kod: JPC04

4m : 100% cotton dari Sevenberry
status: available


 Kod: JPC05

4m : 100% cotton dari Sevenberry
status: available


 Kod: JPC06

4m : 100% cotton
status: available


Kod: JPC07

2m : 100% cotton
status: available


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015