Wednesday, January 22, 2014

Resepi ayam masak kicap

Assalamualaikum


Semua orang di rumah ni suka ayam masak kicap. Kalau saya masak ni selalunya memang licin nasi seperiuk. Makan pula bersama nasi putih panas dan telur dadar. Sedap tu. Masaknya pun senang. Jom kita tengok resepi.

Resepi ayam masak kicap
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
  • Ayam - potong kecil (saya gunakan 4 ketul whole leg)
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/4 labu bawang besar *
  • 1 cm halia*
  • 5 sb kicap manis
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos cili
  • sedikit kiub ayam
  • air
  • 1/2 labu bawang besar dihiris
Cara penyediaan
  1. Gaulkan ayam dengan garam,serbuk kunyit dan sedikit rempah kari. Goreng dan ketepikan
  2. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda * dan bawang besar. Tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan air. Bergantung kepada banyak mana perlukan kuah
  4. Masukkan sos tiram, kicap, sos cili, kiub ayam.
  5. Biarkan mendidih. Perasakan
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan biarkan sebentar.
  7. Siap dan bolehlah dihidang.


Selamat mencuba dan menjamu selera.



******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Monday, January 20, 2014

Beg baru

Assalamualaikum

Hari Jumaat lepas sempat siapkan 2 biji beg. Baru hari ni berkesempatan nak upload gambar di blog. Satu diaper beg dan satu lagi tote bag. Tambah lagi satu beg yang dah lama saya siapkan iaitu beg berkelah yang mana saya gunakan untuk membawa pingggan, gelas dan sudu/garfu ketika kami sekeluarga berkelah. Saya menggunakan laminating fabric supaya senang dibersihkan apabila terkena kotoran.

1. Diaper bag- dengan zipper closure






2. Tote bag - magnetic button closure




3. Bento bag - saya jadikan beg untuk berkelah





Hari ini pula saya siapkan bantal Ultraman untuk Adib. Seronok betul dia bila dapat "Totoman" tu. 





Sehingga berjumpa lagi.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Saturday, January 18, 2014

Bihun goreng putih

Assalamaualaikum


Kali ini sekali lagi saya kongsi resepi sarapan. Mana tahu ada pembaca yang sudah buntu nak masak apa untuk dijadikan bekal anak-anak ke sekolah. Menu bihun goreng ala-ala bihun goreng Singapore ni pun saya masak untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah. Kalau di rumah ni anak-anak tak berapa gemar sangat bihun goreng. Tapi sekali sekala masak mereka terpaksa juga bawa. Kalau Aiman, kena ada lauk barulah laju sikit dia makan. Ayam goreng ke telur dadar ke. Paling tidak mesti ada keropok goreng.

Saya masak bihun ni ikut gerak hati saya saja. Letak je apa-apa saja yang ada di rumah. Resepi yang
 senang dan tak perlu bahan-bahan yang banyak. 

Resepi bihun goreng putih
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
  • 1/2 paket bihun - rendam dengan air panas
  • 2 ketul isi ayam - potong kecil
  • 4 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 biji telur
  • Sos tiram
  • 1/2 batang lobak merah - potong dadu
  • 2-3 tangkai sawi - potong kecil
  • 1 sb lada hitam -tumbuk
  • garam
Cara penyediaan
  1. Panaskan kuali dan sedikit minyak. Pecahkan telur dan masak scamble egg. Ketepikan.
  2. Lagi sekali panaskan kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan masak sehingga hampir garing
  4. Masukkan bihun, sos tiram, sayur, lada hitam, garam
  5. Akhir sekali masukkan scramble egg dah kacau sebati. Siap


Boleh juga gantikan ayam dengan makanan laut seperti udang atau sotong. Kalau nak lebih pedas boleh gunakan cili padi. Kalau di kampung saya, makan bihun mesti ada keropok keping goreng. Sudah jadi macam kemestian. Sekarang ni pun anak-anak saya pun suka makan bihun goreng dengan keropok goreng. Satu gandingan yang serasi.





Friday, January 17, 2014

Nasi lemak sambal sotong

Assalamualaikum


Nasi lemak kalau makan dengan sambal sotong memang sedap. Nasi lemak sambal sotong ni memang kesukaan suami saya. Dulu kalau tak ada sotong untuk masak sambal, baik tak payah masak nasi lemak. Begitu sekali pentingnya sambal sotong ni. Tapi sekarang suami tak berani makan makanan laut lebih-lebih lagi sotong dan udang, sejak dia disahkan gout lebih kurang setahun lalu. Sejak itulah saya tak masak udang dan sotong. Hanya seminggu dua ni saja saya mula membeli dan masak makanan laut.

Kalau di kampung mak mertua saya suka masak sambal sotong kering. Saya pula lebih menggemari sambal sotong kering berbanding sambal sotong biasa. Rindu pulak sambal sotong kering mak. Resepi nasi lemak kali ini saya masih menggunakan resepi yang sama di sini. 

Resepi sambal sotong
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
Seekor sotong besar - dipotong kecil-kecil
2 senduk cili kering kisar*
1 labu bawang besar*
Segenggam ikan bilis*
1 inci belacan*
1/2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak masak
Sekeping asam keping

Cara penyediaan

  1. Masukkan sotong dalam kuali, masak sehingga airnya kering. Ketepikan
  2. Kisar bersama bahan-bahan  yang bertanda *
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar
  4. Masukkan gula
  5. Biarkan mendidih dengan api yang sederhana
  6. Masukkan sotong
  7. Kemudian masukkan garam dan asam keping
  8. Masak sehingga sambal betul-betul garing

Mengenangkan suami tak boleh makan sambal sotong ni, maka tak bolehlah saya masak selalu. Kesian pula saya makan seorang sedangkan dia tengok saja. Dua atau tiga bulan sekali bolehlah masak rasanya...


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Wednesday, January 15, 2014

Pekerja tempatan vs pekerja asing

Assalamualaikum

Pagi tadi semasa baca surat khabar (on-line), saya tertarik dengan satu tajuk iaitu "Dilema gaji pekerja tempatan". Penulis menceritakan 2 situasi yang melibatkan 2 majikan. Situasi 1,  majikan menggaji pekerja asing kerana sukar mendapat pekerja tempatan manakala situasi 2 pula kerana pekerja tempatan enggan bekerja secara tetap dengan memberi pelbagai alasan. Dengan kata lain suka "melompat" kerja.

Situasi di atas dari pandangan majikan. Bagaimana pula dari sudut seorang pekerja? Jawapan yang biasa didengar gaji yang ditawarkan rendah dan tidak setimpal dengan kerja. " Saya berkelulusan tinggi, takkan nak kerja biasa-biasa saja, baik saya duduk rumah je". Dan macam-macam jawapan lagi. Jadi siapakah yang harus dipersalahkan?.

Penyelesaiannya menggaji pekerja asing lebih mudah. Gaji murah dan bekerja lebih rajin. Maka terjadilah lambakan pekerja asing di Malaysia. Kadar pengangguran pun meningkat. Masalah sosial seperti ragut dan rompak semakin menjadi-jadi. Anak-anak muda lebih suka meragut dan merompak berbanding bekerja. Mungkin disebabkan oleh habuan yang lebih lumayan dan kerja pun senang sehingga melupakan dosa.

Walaupun begitu masih ada orang muda yang sanggup menjadi  tukang sapu dan tukang cuci. Saya ada terpandang 2 orang budak muda lelaki di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu tahun lepas semasa saya balik ke kampung. Mereka langsung tidak malu bekerja sebagai tukang cuci dan menyusun troli-troli di lapangan terbang itu. Bukan itu saja, saya perasan tiada pekerja asing yang bekerja di situ. Yang ada hanyalah pekerja tempatan. Saya begitu kagum dan terkejut kerana masih ada warga Malaysia yang bekerja sebagai tukang sapu dan tukang cuci. 

Lain pula di Jepun. Semua kerja dilakukan oleh orang Jepun. Dari tukang cuci, tukang sapu, jaga, drebar, buruh sehinggalah bos-bos besar. Mereka semua tekun dan seronok dengan kerja mereka. Mungkin disebabkan gaji di Jepun lebih mahal. Gaji seorang tukang sapu pun boleh menampung keperluan hidup sekeluarga. Kalau bekerja part time pun masih mampu menanggung keluarga. Inilah bezanya Jepun dengan Malaysia.

Apabila semua bekerja dan mendapat gaji yang setimpal, masalah seperti ragut dan rompak juga kurang. Kalau di Jepun, kita tinggalkan barang berharga seperti smartphone pun orang tak akan ambil. Saya pun selalu sangkutkan beg tangan di stroller anak dan tingkal saja. Alhamdulillah setakat ni selamat.

Ingin juga melihat Malaysia bebas dari pekerja asing tapi seakan mustahil jika rakyat Malaysia masih berfikiran seperti sekarang. Sepatutnya rakyat Malaysia bekerja keras membangunkan ekonomi negara sendiri. Kalau kita tengok sekarang banyak peluang perniagaan mula diambil alih oleh orang asing. Sedangkan rakyat Malaysia sendiri menyalahkan pihak berwajib yang tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

* Tak sabarnya nak balik Malaysia walaupun di Jepun jauh lebih aman dan selamat. Bak kata pepatah  " hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik du negara sendiri"




Tuesday, January 14, 2014

Mari Belajar Bahasa Jepun: nombor

Assalamualaikum

Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca blog saya. Marilah kita sama-sama berselawat memuji nama baginda Nabi Muhammad saw tanda kita semua sayang dan kasih kepada baginda.

Konnichiwa minna...

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah saya pelajari. Cara mengira dan menyebut nombor-nombor dalam bahasa Jepun.

0 - zero/rei
1 - ichi
2 - ni
3 - san
4 - yon/shi
5 - go
6 - roku
7 - nana/shichi
8 - hachi
9 - kyu
10- juu

Untuk nombor belas, gabungkan nombor di atas dengan "juu" contohnya 11= juu ichi, 12= juu ni dan seterusnya. Untuk puluh pula nombor sa diatas disebut dahulu kemudian "juu" seperti 20= ni juu, 30= san juu dan seterusnya. 26 disebut ni juu roku.

100 -hyaku, 200 - ni hyaku tetapi terdapat sedikit keistimewaan semasa menyebut 300, 600 dan 800. 300=sambyaku, 600= roppyaku, 800= happyaku sementara nombor-nombor lain hanya digandingkan dengan 'hyaku' saja.

sen             -1,000
man           - 10,000
ju-man       - 100,000
hyaku-man -1,000,000

Setakat ini dulu untuk hari ini. In sya Allah saya akan kongsikan lagi perkataan-perkataan lain dalam bahasa Jepun.

"Ja, mata ne!"




Thursday, January 9, 2014

Resepi chocolate chip cookies

Assalamualaikum


Masa di Malaysia anak-anak saya sukakan biskut Chips More. Boleh dikatakan tak putuslah bekalan biskut ni di rumah. Bila di Jepun ni dah lama tak makan biskut Chips More. Beberapa hari yang lepas saya pun cubalah resepi chocolate chip yang saya ambil dari blog HaSue di sini (halalkan resepi ye). Adalah juga saya olah sedikit resepi tu sebab tak semua bahan ada di rumah masa tu.

Masa bakar pula macam-macam yang terjadi. Adib merengek nak tidurlah, minta didukung (berat budak ni) dan oven pulak sedikit "ting tong". Maka biskut pun jadilah "garing". Nasib baik belum sampai ke tahap hangit. Walaupun keadaan biskut begitu, anak-anak tetap berebut (memang jenis yang suka berebut budak-budak ni ) dan tak cukup. Maka ibu pun berjanji akan masak sekali lagi.

Hari ni saya masak menggunakan resepi yang sama dan sekali lagi mengolah resepi ni. Hari ini saya memang jaga kepanasan oven supaya kejadian yang lepas tidak berulang. Dan alhamdulillah rupa biskut ni pun cantik berbanding yang lepas. Jom intai resepi.


Resepi chocolate chip cookies
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

* 1 cawan gula
* 1 cawan padat gula perang- saya tak guna sebab tak ada di rumah
* 1 cawan mentega (~150gm)
* 1 cawan minyak
* 1 telor
* 1 sb susu segar
* 4 cawan tepong gandum
* 1 sk garam 
* 1 sk cream of tartar - ini pun saya tak guna
* 1 sk baking soda
* ½ cawan walnut cincang - saya tak letak
* 2 cawan semisweet chocolate chips - saya gunakan 1 cawan saja
* 1 sk vanilla extract
* 1/2 cawan tepung jagung - yang ini saya tambah

Cara penyediaan
  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking soda.
  2. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2yang telah diayak dan chocolate chips
  4. Kalau mengikut resepi asal, adunan nampak lembik, tetapi bila saya tambahkan tepung jagung, adunan doleh dibentuk dengan tangan. Letak di atas dulang pembakar, tidak perlu digris.
  5. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven).
HaSue juga ada kongsikan beberapa tip
  1. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
  2. Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang
  3. Untuk dapatkan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 
  4. Untuk cookies yang bentuknya cantik (tidak leper/merebak )- selepas siap mengadun masukkan dlm peti ais 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, begitu juga sementara menunggu membakar simpan adunan dalam peti ais supaya ia tidak cair.
                                *Chocolate chip kurang

                                          *Hasilnya, 2 balang cookies

Alhamdulillah, dapat juga melunaskan janji dengan anak-anak. Semoga mereka semua gembira dapat makan cookies ni bila balik dari sekolah nanti. Selamat mencuba.



******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
  

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015