Assalamualaikum
Pagi tadi semasa baca surat khabar (on-line), saya tertarik dengan satu tajuk iaitu "Dilema gaji pekerja tempatan". Penulis menceritakan 2 situasi yang melibatkan 2 majikan. Situasi 1, majikan menggaji pekerja asing kerana sukar mendapat pekerja tempatan manakala situasi 2 pula kerana pekerja tempatan enggan bekerja secara tetap dengan memberi pelbagai alasan. Dengan kata lain suka "melompat" kerja.
Situasi di atas dari pandangan majikan. Bagaimana pula dari sudut seorang pekerja? Jawapan yang biasa didengar gaji yang ditawarkan rendah dan tidak setimpal dengan kerja. " Saya berkelulusan tinggi, takkan nak kerja biasa-biasa saja, baik saya duduk rumah je". Dan macam-macam jawapan lagi. Jadi siapakah yang harus dipersalahkan?.
Penyelesaiannya menggaji pekerja asing lebih mudah. Gaji murah dan bekerja lebih rajin. Maka terjadilah lambakan pekerja asing di Malaysia. Kadar pengangguran pun meningkat. Masalah sosial seperti ragut dan rompak semakin menjadi-jadi. Anak-anak muda lebih suka meragut dan merompak berbanding bekerja. Mungkin disebabkan oleh habuan yang lebih lumayan dan kerja pun senang sehingga melupakan dosa.
Walaupun begitu masih ada orang muda yang sanggup menjadi tukang sapu dan tukang cuci. Saya ada terpandang 2 orang budak muda lelaki di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu tahun lepas semasa saya balik ke kampung. Mereka langsung tidak malu bekerja sebagai tukang cuci dan menyusun troli-troli di lapangan terbang itu. Bukan itu saja, saya perasan tiada pekerja asing yang bekerja di situ. Yang ada hanyalah pekerja tempatan. Saya begitu kagum dan terkejut kerana masih ada warga Malaysia yang bekerja sebagai tukang sapu dan tukang cuci.
Lain pula di Jepun. Semua kerja dilakukan oleh orang Jepun. Dari tukang cuci, tukang sapu, jaga, drebar, buruh sehinggalah bos-bos besar. Mereka semua tekun dan seronok dengan kerja mereka. Mungkin disebabkan gaji di Jepun lebih mahal. Gaji seorang tukang sapu pun boleh menampung keperluan hidup sekeluarga. Kalau bekerja part time pun masih mampu menanggung keluarga. Inilah bezanya Jepun dengan Malaysia.
Apabila semua bekerja dan mendapat gaji yang setimpal, masalah seperti ragut dan rompak juga kurang. Kalau di Jepun, kita tinggalkan barang berharga seperti smartphone pun orang tak akan ambil. Saya pun selalu sangkutkan beg tangan di stroller anak dan tingkal saja. Alhamdulillah setakat ni selamat.
Ingin juga melihat Malaysia bebas dari pekerja asing tapi seakan mustahil jika rakyat Malaysia masih berfikiran seperti sekarang. Sepatutnya rakyat Malaysia bekerja keras membangunkan ekonomi negara sendiri. Kalau kita tengok sekarang banyak peluang perniagaan mula diambil alih oleh orang asing. Sedangkan rakyat Malaysia sendiri menyalahkan pihak berwajib yang tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.
* Tak sabarnya nak balik Malaysia walaupun di Jepun jauh lebih aman dan selamat. Bak kata pepatah " hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik du negara sendiri"
Assalamualaikum kak :)
ReplyDeleteseronoknya akak duduk di jepun. saya pun duduk di mesir sebelum ni rasa tak nak balik juga.
kak, saya sangat setuju dengan tulisan akak ni. kadar gaji di malaysia sangat rendah berbanding taraf hidup sekarang terutamanya di kota besar. soal mentaliti dan pandangan manusia tu nombor dua. kalau dorg tawarkan gaji mencukupi saya rasa para graduan berebut2 nak kerja tanpa fikir pandangan orang.
saya pun sekarang tengah survey kerja sebagai pencuci hospital. memang saya teringin sangat nak kerja di hospital. tapi sebab takde background perubatan jadi saya fikir jadi cleaner pun ok la asalkan dapat masuk dalam hospital. saya tak fikir sangat pandangan orang sekeliling tu, asalkan saya tak jumpa orang yang saya kenal. sebab kalau diorang bagitau parents habis la saya. haha.
cuma yang membimbangkan saya ialah tahap keselamatan. saya bimbang bila bekerja rendah begini mudah jadi sasaran jenayah seksual. maklum la kerja rendah macam ni orang ingat kita tak ada harga diri ke apa kan. saya bimbang sangat2. ini yang buat saya berbolak-balik walaupun sebenarnya memang tengah terdesak sangat nak kerja. apa pandangan akak?
w-salam..terima kasih kerana singgah. Akak tak rasa orang yang bekerja rendah dianggap orang yang tak ada harga diri. Cuma sekarang akak rasa company pun tak nak ambil pekerja yg mempunyai kelulusan tinggi untuk bekerja sebagai tukang cuci. Sbb mereka ingat pekerja tu tidak akan kekal lama. Lebih baik mereka ambil org yg tidak mempunyai kelulusan atau pun pekerja asing.
ReplyDelete