Friday, January 17, 2014

Nasi lemak sambal sotong

Assalamualaikum


Nasi lemak kalau makan dengan sambal sotong memang sedap. Nasi lemak sambal sotong ni memang kesukaan suami saya. Dulu kalau tak ada sotong untuk masak sambal, baik tak payah masak nasi lemak. Begitu sekali pentingnya sambal sotong ni. Tapi sekarang suami tak berani makan makanan laut lebih-lebih lagi sotong dan udang, sejak dia disahkan gout lebih kurang setahun lalu. Sejak itulah saya tak masak udang dan sotong. Hanya seminggu dua ni saja saya mula membeli dan masak makanan laut.

Kalau di kampung mak mertua saya suka masak sambal sotong kering. Saya pula lebih menggemari sambal sotong kering berbanding sambal sotong biasa. Rindu pulak sambal sotong kering mak. Resepi nasi lemak kali ini saya masih menggunakan resepi yang sama di sini. 

Resepi sambal sotong
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
Seekor sotong besar - dipotong kecil-kecil
2 senduk cili kering kisar*
1 labu bawang besar*
Segenggam ikan bilis*
1 inci belacan*
1/2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak masak
Sekeping asam keping

Cara penyediaan

  1. Masukkan sotong dalam kuali, masak sehingga airnya kering. Ketepikan
  2. Kisar bersama bahan-bahan  yang bertanda *
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar
  4. Masukkan gula
  5. Biarkan mendidih dengan api yang sederhana
  6. Masukkan sotong
  7. Kemudian masukkan garam dan asam keping
  8. Masak sehingga sambal betul-betul garing

Mengenangkan suami tak boleh makan sambal sotong ni, maka tak bolehlah saya masak selalu. Kesian pula saya makan seorang sedangkan dia tengok saja. Dua atau tiga bulan sekali bolehlah masak rasanya...


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015