Friday, September 20, 2013

Menarik tentang Jepun dan rakyatnya bhg. 1



Assalamualaikum

Selama 2 tahun berada di bumi Matahari Terbit ini ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya tentang negara Jepun dan juga rakyatnya iaitu kita panggil orang Jepun. Saya bukanlah nak membangga-banggakan negara asing, tetapi kagum dan saya rasa perkara-perkara ini boleh juga diaplikasikan di negara kita Malaysia.

Kali ini saya ingin menyentuh satu perkara yang menarik sahaja dan akan menyambung pada entri yang lain pula. Hari ini saya nak berkongsi sedikit maklumat tentang vending machine di Jepun.

VENDING MACHINE

Rasanya semua orang kenal dengan vending machine ni, mesin yang jual macam-macam benda seperti air tin, suratkhabar secara automatik. Kalau ikutkan statistik, Jepun merupakan negara yang mempunyai paling banyak vending machine iaitu 5 juta mesin (secara purata 1 mesin untuk 23 orang rakyatnya). Dan apa yang saya perasan di Tokyo ni, vending machine yang jual air tin ada terdapat pada setiap lebih kurang 500meter. Macam ada undang-undang pula kena ada vending machine setiap 500 meter.

Apa yang menarik, saya belum pernah lagi jumpa vending machine yang rosak atau dirosakkan. Semuanya dalam keadaan yang amat baik dan cantik sekali. Yang "out of service" pun tak pernah jumpa lagi. Kalau ada satu dua jenis air yang habis tu kadang-kadang adalah, tapi tu pun jarang-jarang sangat. Jadi semangat menghargai barangan awam oleh rakyat Jepun memang sangat mengagumkan dan ianya sebenarnya bukannya sukar pun untuk diamalkan di negara kita.

Di bawah ni antara gambar vending machine yang diambil sendiri oleh suami saya. Entah kenapa jadi hobi beliau suka mengambil gambar vending machine. Kalau nak tengok koleksi gambar beliau, bolehlah ke link : https://plus.google.com/u/0/photos/103554633564767325218/albums/5799530946999190321

             Photo    Photo   Photo

             Photo    Photo   Photo

Disamping menggunakan duit syiling dan kertas, kita juga boleh menggunakan smart card (macam touch n go) untuk membeli di mesin ini tetapi mesin yang boleh menggunakan smart card ini adalah terhad. Sentuhkan sahaja kad ditempat yang disediakan di mesin tersebut.
               

Satu lagi yang menarik tentang vending machine di Jepun dalah terdapatnya tong sampah (khusus untuk tin dan botol plastik) ada disediakan berdekatan mesin yang menjual minuman. 

    Photo   Photo   Photo

Dah alang-alang cerita tentang Jepun, silalah cuci mata dengan Japanese cotton di sini pula. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah email kepada noriatisaud@gmail.com.

Jumpa lagi

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015