Thursday, October 24, 2013

Resepi salmon 3 rasa

Assalamualaikum


Lagi resepi ikan salmon. Kali ini salmon yang digoreng kemudian tuangkan saja sos 3 rasa. Ikan salmon ni isinya lembik, jadi kalau nak goreng kena salutkan dulu dengan tepung jagung. Masa menggoreng pastikan isinya sudah masak dan sedikit garing sebelum balik-balikan supaya tidak pecah.

Resepi ni saya dapat dari Azie Kitchen di sini. Saya suka rezepi-resepi dari dapur Kak Azie ni sebab kebanyakannya mudah dan bahan-bahan yang mudah didapati. Saya juga suka membaca blog beliau kerana disamping berkongsi resepi, kadang-kadang beliau juga berkongsi ilmu yang beliau dapat di kuliah-kuliah agama.

Saya telah ubah sedikit resepi dari Kak Azie dan saya telah sesuaikan dengan kuantiti masakan saya yang sedikit. 

Resepi salmon 3 rasa
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan A
2 keping ikan salmon -sekeping ikan saya potong 4
1 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan)

Bahan-bahan B (dicincang) 
3/4 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2cm halia

Bahan-bahan C (untuk sos)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos kan
sedikit air
sedikit gula

Bahan-bahan D (untuk hiasan)
1/4 batang lobak merah
1/4 batang timun
1/2 biji tomato potong kecil

Cara penyediaan
  1. Goreng ikan yang dilumur dengan tepunr jagung dengan minyak yangbanyak hingga garing. angkat dan letakka dalam pinggan hidangan
  2. Panaskan minyak (saya guna minyak zaitun) dan tumiskan bahan-bahan yang dicincang hingga kekuningan.
  3. Masukkan bahan soso dan biarkan mendidih. Masukkan bahan hiasan dan kacau rata. Padam api.
  4. Curahkan kuah sos ke atas ikan dalam pinggan hidangan tadi.


Selamat mencuba.


*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



2 comments:

  1. Emmm salmon 3 rasa, sedap ni.. Salmon di Jepun mesti segar2 kan..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah sedap...kebanyakannya segar la..tapi tengok jugak la, kadang-kadang terkena jugak yang tak berapa segar sebab saya beli ikan on-line..hehehe

    ReplyDelete

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015