Wednesday, November 6, 2013

Resepi biskut lapis cheese

Assalamualaikum


Ini kali kedua saya buat kek ni. Buat yang pertama kali hari tu tak menjadi sangat. Biasalah kalau di rumah ni memang ramai peminat kek. Buatlah apa jenis kek pun mesti licin dikerjakan budak-budak ni. Itulah yang membuat ibu mereka ni rajin nak cuba resepi baru.

Resepi kali ini saya dapat dari dapur Hana di sini. Resepi yang senang. Tidak perlu bakar. Cepat dan tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak. Jom kita tengok resepi.

Resepi biskut lapis cheese
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan 
  • 250g cream cheese
  • 100g whipping cream
  • 1/4 cawan gula
  • 1sk jus lemon - utk mengurangkan muak cheese
  • susu segar
  • sepeket biskut salt cheese -biskut merie atau cream cracker pun boleh
  • nestum - saya tak letak
  • serbuk coklat - saya gunakan serbuk milo
Cara-cara
  • Pukul cream cheese, whipping cream dan juga gula hingga sebati. Masukkan jus lemon dan pukul lagi hingga kental.
  • Alas loyang dgn plastik (tak nak pon xpe), celup biskut sesaat dua ke susu segar. Kemudian susun ke dalam loyang. Cedokkan adunan cheese dan sapu rata ke atas biskut.
  • Taburkan nestum dan susun semula biskut di atasnya kemudian adunan cheese dan nestum. Buat sehingga habis.
  • Sejukkan semalaman dahulu di dalam peti sejuk. Tapiskan serbuk koko semasa menghidang.

                                          *Bahan-bahan yang saya gunakan

                                          *Dah siap susun biskut dengan lapisan cheese

                                         *Alhamdulillah sedap


Selamat mencuba.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015