Wednesday, November 27, 2013

Resepi nasi goreng jepun

Assalamualaikum


Nasi goreng ni biasanya menjadi penyelasai masalah kalau tidak ada idea nak masak apa atau pun di saat kemalasan melanda. Disamping cepat dimasak ia juga sedap dimakan. Dan yang paling penting semua orang suka. Itulah penghargaan yang paling besar kepada "tukang masak".

Kali ini saya nak kongsikan nasi goreng yang biasa saya masak untuk keluarga. Nasi yang saya gunakan untuk resepi ini sebenarnya adalah kombinasi antara beras siam dan beras jepun (2:1). Kalau saya gunakan sepenuhnya beras jepun, nasi sangat melekit dan melekat. Saya kurang suka manakala jika sepenuhnya guna beras siap terasa keras pulak. Sejak saya masak nasi goreng dengan kombinasi ni, keluarga saya lebih menggemarinya.

Resepi yang saya kongsikan ni langsung  tidak menggunakan cili sebab anak-anak saya tak makan pedas. Jika nak makan nasi goreng yang pedas, bolehlah tambah cili padi atau cili merah dan sebagainya.

Resepi nasi goreng jepun
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

Nasi dari 3 pot beras (2 pot beras siam, 1 pot beras jepun)
6 ulas bawang putih - tumbuk
Sos tiram
Kicap manis
2 biji telur
sedikit isi ayam (nak gunakan udang pun boleh)
sawi
lobak merah potong dadu
minyak zaitun/minyak masak

Cara penyediaan
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi
  2. Masukkan isi ayam. Goreng sehingga masak
  3. Masukkan telur. Kacau sehingga menjadi "scramble"
  4. Masukkan nasi, sos tiram, kicap, sawi dan lobak merah
  5. Kacau sehingga sebati dan "keluar asap dari celah-celah nasi"
  6. Lagi lama masak lagi sedap
  7. Bolehlah dihidang dengan timun dan ayam goreng atau telur mata kerbau

                                          *Beras panjang + beras pendek

Selamat mencuba. Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



****************************************


*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


2 comments:

  1. Senang dan mudah je kan...siapa siapa pun boleh masak

    ReplyDelete

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015