Thursday, August 7, 2014

Aidilfitri 2014: beraya di Serting

Assalamualaikum

Masih dalam mood raya. Walaupun kami menyambut sederhana saja tapi tetap beraya juga kan. Menyambut hari raya bersama keluarga memang lain "feel" dia. Alhamdulillah kami masih ada ibubapa. Beraya di kampung bersama ibubapa merupakan nikmat yang tak dapat digambarkan.

Alhamdulillah Aidilfitri tahun ni jatuh pada hari Isnin. Jadi dapatlah balik kampung awal sikit. Kami balik pada pagi Sabtu (26/7/2014). Bukan apa, balik pagi-pagi dapat elakkan kesesakan. Seperti yang dijangka kami selamat sampai ke Serting tanpa ada kesesakan. Sampai ke rumah, rehat-rehat je sebab belum ada persediaan nak masak lagi.

Dalam pada berehat-rehat tu bolehlah tolong Mak menyembat baju. Sebenarnya Mak mengambil upah jahit baju raya. Biasalah dah last minute ni kelam kabut sikit nak siapkan baju-baju raya ni. Ramai dah pelanggan yang datang mengambil baju raya. Mak tak menang tangan. Sebagai menantu mithali (hehehe..perasan ), inilah masanya nak tunjukkan skill. Alhamdulillah, walaupun tak banyak, dapatlah membantu Mak sikit yang dah tepu tu.

Aktiviti anak-anak pula, bermain bunga api.






Persiapan masak memasak bermula tengahari Ahad. Semua orang ada tugas masing-masing. Dik Ya sekeluarga pun dah balik. Kami semua bergotong-rotong masak rendang, ketupat dan kuah kacang. Dah sibuk-sibuk masak sampai lupa nak ambil gambar. Mana taknya, semua orang ada kerja nak buat. Sampai tak terfikir nak ambil gambar semasa gotong-royong tu.

 * rendang ayam kampung

 * ini pula rendang daging

Pagi raya tu biasalah selepas balik dari solat hari raya, kami semua bersalam-salaman meminta maaf. Masa ni lah anak-anak nak kutip duit raya dari Wan, Atuk dan Acu. 





Selepas makan kami ke Kg Keru, menzirahi pusara arwah atuk dan nenek (ibubapa Mak). Sepanjang 12 tahun kami berkahwin, inilah kali pertama Cik Abang bawa saya ke kampung dia. Itupun untuk menziarahi pusara. Kami di situ tak lama. Seterusnya kami ke Jeram Tengkek, tak jauh dah dari Kg Keru tu. Ada ke tak orang lain ke jeram pada hari raya? Hehehe macam tak pernah dibuat orang je! Tapi kami dah buat.




* Kesian Adam kena rendam dalam air sejuk

Budak-budak ni tak tahan sangat mandi sebab air sejuk sangat. Mandi sekejap je dah terketar-ketar kesejukan. Adam meraung-raung tak nak masuk dalam air. Lebih-lebih lagi air terjun tu. memang sejuk. Lepas mandi, perut pun dah lapar. Semua minta makan. Kami bawa je bekal rendang raya dan nasi putih. Goreng telur dadar sikit. Ala kada je. Rupa-rupanya makan sempoi macam ni cukup berselera. Sampai tak cukup nasi.




Sebenarnya sedikit kecewa melihat keadaan tempat ni. Tidak terjaga dan banyak kemudahan yang terabai. Jambatan yang dah hampir runtuh dan gazebo yang kotor serta penuh dengan daun-daun. Sayang!. Sebenarnya tempat ni cantik. Mungkin Jeram Tengkek ni berada di ceruk. Susah sikit orang nak datang berbanding dengan Ulu Bendul.

28 Julai 2014, Hari Raya Aidilfitri yang kebetulan juga ulangtahun hari lahir Aiman Hakimi yang ke 11. Balik dari Jeram Tengkek, terus ke Bahau beli kek dan KFC. 
Aiman, kami semua doakan Along menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya di dunia serta akhirat.









Alhamdulillah, seronok raya tahun ni. Raya ke 3 kami akan meneruskan perjalanan ke Besut pula. Nanti cerita di lain entri ye.

5 comments:

  1. Ya Allah...lama dah follow baru tau sekampung...
    kami beraya di Besut...tinggal di Serting...
    hehehehe...

    bersilang la kita..raya ke-3 kami bertolak dari besut ke serting..

    ReplyDelete
  2. oh ye ke? Asal mana? By the way Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  3. Happy Blted Bday Aiman Hakimi,semoga jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia serta akhirat begitu juga dengan adik-adik Aiman yang lain,amin ya robbal'alamin

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kak...itulah yang kami sekeluarga harapkan dari Aiman. Mudah-mudahan Aiman menjadi contoh kepada adik-adik...amin

    ReplyDelete
  5. Parents saya tinggal di Serting 4..kampung isteri di besut..

    ReplyDelete

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015