Cantik tak origami ni? Hasil usaha ibu dan Adib pagi tadi. Pagi tadi kami ke Honmura Youchien, menghadirkan diri ke "Kurisu Kurabu" (Kurisu Club) iaitu kelab untuk kanak-kanak 5 tahun ke bawah. Kelab ini diadakan setiap hari Rabu dari pukul 9 - 11.30 pagi. Sepanjang 2 jam setengah ni kanak-kanak bolehlah bermain dengan pelbagai maianan yang disediakan. Disamping itu setiap minggu tu mesti ada satu aktiviti melibatkan kreativiti kanak-kanak. Jadi hari ni, kanak-kanak diajar origami ni. Pssst..sebenarnya ibu-ibu yang lebih-lebih belajar. Anak-anak tak layan pun.
Origami- gabungan dari perkataan ori (lipat) dan kami (kertas), merupakan satu teknik lipatan kertas yang begitu sinonim dengan negara Jepun. Memang seronok buat origami ni lebih-lebih lagi kalau dapat membuatnya bersama-sama dengan anak-anak.
*Kertas origami dengan saiz 15cm x 15cm
*Koleksi buku origami anak-anak
Teruja membuat origami pagi tadi, saya rasa ingin berkongsi ilmu ni dengan pembaca semua. Cara membuatnya pun tidak susah. Memang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Kita memerlukan 2 helai kertas origami iaitu sehelai bersaiz 15cm x 15cm dan sehelai lagi bersaiz 7.5 cm x 7.5cm (warna hitam)
2. Ambil kertas yang besar. Lipat bucu bertemu bucu menjadi segitiga seperti di atas. Buka semula lipatan.
3. Bawa satu bucu ke tengah, iaitu ke bahagian yang ada garisan lipatan tadi
4. Lipat satu bahagian lagi seperti sebelumnya
5. Kemudian lipat pula bahagian segitiga di bahagian atas tadi ke dalam
6. Kemudian lipat pula bahagian yang runcing ke atas, lebih kurang 2/3 segitiga
7. Akhir sekali, lipat kedua-dua segi tiga kiri dan kanan ke dalam. Haaa..dah siap untuk bahagian badan
8. Sekarang ambil pula kertas yang berwarna hitam. Cara yang sama juga iaitu lipat dari bucu ke bucu dan buka semula lipatan
9. Bawa bucu ke grisan di tengah. Ulangi untuk bucu seterusnya
10. Terbalikkan. Lipat segitiga dibahagian atas ke bawah
11. Kelepetkan sedikit bucu-bucu yang berwarna putih tu ke belakang
12. Akhir sekali lipat bahagian hitam yang panjang ke belakang (lebih kurang 1/2) kemudian lipat lagi sekali ke atas. Jaaaang...dah nampak bentuk muka kan. Sekarang bolehlah lukis mata, hidung dan mulut cantik-cantik
13. Dah siap badan dan kepala origami kita
14. Bolehlah dicantumkan kepala dengan badan menggunakan gam.
Selamat mencuba bersama anak-anak
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment