Thursday, September 4, 2014

Mini reunion

Assalamualaikum


Ceritanya Sabtu, 30 Ogos lepas kami bekas pelajar  5 Sains 1 & 2 SMAASZA tahun 1992 yang tinggal di kawasan Kajang dah Bangi bersepakat mengadakan mini reunion. Mula-mula memang ramai jugaklah yang ingin turut serta tapi apakan daya, "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan". Akhirnya hanya 8 orang saja yang sempat berkumpul, termasuk seorang lelaki.

Maizura atau nama manja Ya bernurah hati nak jadi tuan rumah. Jadi hari tu kami semua berkumpul di rumah Ya di Bandar Bukit Mahkota. Setiap orang boleh membawa keluarga masing-masing. Kebanyakan dari kami mempunyai anak lebih dari 2 orang. Cubalah bayangkan kalau lebih ramai yang dapat berkumpul. Pasti gamat jadinya.

Seronok sungguh dapat berkumpul semula selepas lebih dari 20 tahun. Berborak, bergelak ketawa bila bercerita semula kisah-kisah dulu. Shima membuat kami tak kering gusi bila bercerita tentang kenakalannya semasa di asrama dulu. 

Saya, Shima dan Sobah (suami Shima) wakil dari kelas 5 Sains 1 manakala Ya, Noriah, Nor Hakimah, Zailawati dan Azura dari kelas 5 Sains 2. Walaupun kami dari kelas yang berlainan, kami semua rapat. 

 * Nor Hakimah baru je sampai

 * Ya, saya, Shima, Noriah dan Nor Hakimah

 * para suami pulak bersembang di luar

Hari tu sempat pulak mempromosi dan menjual MRS. Sebenarnya Shima dah lama juga menggunakan MRS. Jadi hari tu dia minta saya bawakan MRS kepadanya. Peluang tu saya ambil untuk mempromosi kepada kawan-kawan yang lain. Siapa lagi kalau bukan Shima yang menjadi testimoninya. Terima kasih Shima dan kawan-kawan kerana membeli MRS. Kalau nak tambah stok boleh bagitau nanti :).


Jam menunjukkan pukul 3 petang. Masing-masing sudah menyuarakan untuk balik tapi seorang lagi kawan kami belum sampai. Tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Pukul 3.30 petang masih belum sampai juga. Kami buat keputusan untuk balik saja. Tapi Alhamdulillah, sempat juga berjumpa sekejap. Tak sempat nak berborak.

 * Kami bersama keluarga 

 * hanya sempat bergambar dengan Azura, tak sempat berborak

Tak puas rasanya berjumpa hari tu. In sya Allah jika diizinkan bolehlah kita adakan lagi reunion. Minta-mintak lebih ramai yang boleh turut serta lain kali. Semoga persahabatan kita semua akan terus berkekalan.


*********************************************************************************

Dapatkan sekarang set combo 30ml + 100ml serum dengan harga istimewa sempena sambutan kemerdekaan ke 57.

Combo : MRS 30ml + Serum
Harga asal rm 79.80
Promo Merdeka RM 70
Jimat RM 9.80
Tarikh promo : 25 Ogos - 30 Sept 2014

Jangan segan, jangan malu boleh sms/wasapp  019-6832397, Noriati walaupun sekadar untuk bertanya.



Wednesday, August 27, 2014

Promo Merdeka MRS

Assalamualaikum


In syaAllah dalam 4 hari lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 57. Alhamdulillah negara kita aman damai serta rakyatnya bersatu-padu walaupun berbilang bangsa. 

Sempena dengan bulan kemerdekaan ni, MRS ada tawaran hebat. Promosi merdeka ni didatangkan dengan MRS 30ml bersama dengan MRS Serum 100ml yang hanya berharga RM 70. Biasanya jumlah harga kedua-dua botol ni adalah RM 79.80. Jadi anda boleh berjimat sebanyak RM 9.80. Satu jumlah yang besar tu.
 * MRS 30ml

* Serum100ml

Kali ini hanya MRS dengan wangian Elegant dan Sweet saja yang ada. Kedua-duanya pun wangi. Punyai peminta yang tersendiri. Saya sendiri sukakan wangian Sweet yang baunya "manis" manakala Cik Abang saya sukakan Elegant yang lebh sesuai dengan lelaki.

Promosi ini berlangsung selama sebulan lebih. Jadi anda ada lebih masa untuk membeli dan menggunakan kedua-dua MRS ini. Tidak rugi untuk membeli kerana MRS ni memang banyak kebaikannya. Ianya tidak mempunyai bahan kimia yang terlarang yang boleh membahayakan kesihatan.


Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Boleh dapatkan MRS anda sekarang. Jangan segan untuk sms/wasap saya, Noriati di 019-6832397 walaupun hanya sekadar untuk bertanya. Terima kasih.


Monday, August 25, 2014

Mengadakan rumah terbuka

Assalamualaikum


Alhamdulillah,selesai sudah rumah terbuka kami. Majlis yang simple dan menu juga tak banyak. Bagi saya majlis tu berjaya dan saya berpuas hati sebab ianya merupakan kali pertama saya mengendalikan rumah terbuka. Kena masak dalam kuantiti yang banyak bukan perkara yang senang bagi saya. Tapi berkat tunjuk Mak ( mak mertua)  belajar melalui telefon banyak membantu.

Kehadiran Sherry dan Abang Chik juga banyak meringan dan melancarkan majlis kami ni. Mereka bertungkus lumus di dapur terutama Sherry ( biras saya). Saya tak dapat bayangkan kalau ketiadaan mereka. Kedatangan Dik Ya juga meringankan tugas kami. Walaupun datang hanya sekejap tetapi sempat membantu saya di dapur. Alhamdulillah, syukur kerana dikurniakan adik-beradik yang suka menolong.

 * saya hanya masak menu yang senang sahaja

  * nasi himpit bersama kuah kacang dan juga nuget tempura serta sosej koktail panggang

 * mee kari dan juga mee sup

 * air mangga sunquick


* Cik Abang bersama dengan kawan-kawan

 * Kak Sera dan keluarga antara yang terawal datang

 * sebahagian dari anak saudara saya yang datang semalam

 * ramai kan anak buah saya

 * ada lagi....

 * yang ni pulak cucu saudara dan juga anak jiran (cina)

 * Pak Lang rajin melayan budak-budak

 * bila dah lama tak berjumpa, banyak perkara yang menjadi topik perbualan

 * 2 orang sahabat sejak sekolah : seorang anak saudara saya dan seorang lagi kakak ipar

* sebahagian dari anak saudara perempuan. Ada lagi sebenarnya ni...

Saya sungguh bersyukur dan gembira dapat mengadakan rumah terbuka ni sebab boleh mengeratkan silaturrahim. Kami dapat berkumpul adik-beradik dan juga anak saudara. Begitu juga dapat berjumpa dengan sahabat yang dah lama tidak berjumpa. 

Disamping itu juga saya dapat mempelajari cara-cara nak masak dalam kuantiti yang banyak dan bajet makanan dengan bilangan tetamu. Kali ni banyak juga makanan yang terlebih. Tapi nasib baiklah saya tak masak semua. Hanya bahan-bahan mentah saja yang terlebih. Jadi saya bahagi-bahagikan kepada adik-beradik dan anak saudara. 

In sya Allah kami akan adakan lagi rumah terbuka di masa akan datang. Kami akan perbaiki yang mana yang terkurang. In sya Allah.


Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Negara

Assalamualaikum


Di saat saya menulis ini, seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti ketibaan 20 jenazah warga Malaysia nahas Malaysia Airlines (MAS) MH 17 yang dijangka tiba pada pukul 10 pagi ini dengan pesawat khas dari Amsterdam.

Pada 17 Julai 2014, MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dipercayai ditembak jatuh dan terhempas di Ukraine  semasa dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin berkata satu istiadat penghormatan jenazah tragedi itu akan diadakan  di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Upacara penghormatan untuk jenazah dibuat secara tertib, sesuai dengan penghormatan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat MH17.

Muhyiddin berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat tersebut, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.

Marilah kita sama-sama bersatu sebagai satu negara berdoa dan bertafakur bagi menghormati mangsa tragedi MH17. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi berita seperti ini. Mudah-mudahan semua roh mangsa dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

*sumber: informasi dipetik daripada akhbar dan blog tempatan. Terima kasih



Thursday, August 21, 2014

MRS - Miracle Refreshing Spray

Assalamualaikum


Anda pernah dengar tak tentang Miracle Refreshing Spray (MRS) ?. Saya yakin ramai yang dah pernah dengar dan juga sudah menggunkan MRS ni. MRS ni diperbuat daripada minyak kelapa dara dan minyak mint serta diperkaya dengan aromaterapi. Saya sekeluarga juga sudah menggunakannya. Alhamdulillah setakat ini MRS memang serasi dengan keluarga saya.

Saya mengenali Kak Hana (Disributor MRS Melaka & Agen Shah Alam), dah lama tapi hanya secara maya iaitu sejak kami sama-sama mengikuti kelas asas blog secara online. Masa tu saya masih berada di Jepun. Masa mula-mula Kak Hana mempromosi MRS melalui page beliau di Miracle Refreshing Hana , saya dah mula berminat dengan MRS. Ye lah MRS ni produk orang melayu Islam. In syaAllah selamat dan terjamin halal.



Inilah surat pengesahan dari pihak MARDI yang mengesahkan produk MRS ni produk yang tidak menggunakan bahan kimia terlarang. Ianya seamat digunakan oleh orang ramai.



Satu perkara yang saya paling suka tentang MRS ni ialah ianya berbau wangi, tidak seperti minyak angin lain yang baunya menusuk hidung. MRS didatangkan dengan 3 wangian iaitu Elegant ( dari pati bunga matahari), Lovely (dari pati ros) dan juga Sweet (dari pati berry). 

Mesti ada yang bertanya, bagaimana dengan saiz botol dan berapa harganya? Ok, pertama botol kecil seperti gambar atas tu, 10ml (RM 9.90 semenanjung / RM 11.90 sabah/sarawak), 30ml (RM 39.90 / RM 41.90) dan 50ml (RM 69.90/ RM71.90)



 Yang ni pula anggaran tempoh penggunaan MRS. Semoga dapat membantu pengguna MRS semua.


MRS ni minyak serbaguna sebenarnya. Tak rugi kalau kita memilikinya. Tempoh hari saya ada membeli beberapa botol MRS 10ml dan memberi kepada ahli keluarga. Setakat ni alhamdulillah mereka semua memberi feedback yang baik. Sekarang Cik Abang saya menjadikan MRS sebagai teman disaat mengantuk. Apabila terasa mengantuk semasa memandu ke tempat kerja atau semasa mesyuarat, Cik Abang akan menyapu sedikit MRS di bawah mata. Alhamdulillah, berkesan. Cik Abang saya sukakan saiznya. Pocket saiz.

Anak-anak pula, kalau sakit atau kembung perut, sapu sedikit MRS. Sejuk katanya. Begitu juga kalau digigit nyamuk atau semut api, in sya Allah kurang bengkak atau kadang-kadang tak bengkak langsung. Sebab tu lah MRS selalu ada di dalam beg tangan saya. 


Adib pun suka MRS. Ditemani MRS semasa ambil darah di klinik hari tu. Bila disapu MRS di tangannya, terus berhenti menangis. Bukanlah saya kata bila sapu MRS ni terus hilang sakit tapi budak-budak kalau kita kata dah sapu ubat, dia akan rasa lega dan boleh bertenang.




Yang ni produk baru dari MRS.  Miracle Refreshing Serum diperbuat daripada pati epal dan mint. Serum ini khusus digunakan untuk syampoo dan mandian badan. Harga RM 39.90. Bila pakai ni sejuk je kepala. Hari tu saya sakit kepala dan pakai serum ni ketika mandi, alhamdulillah sakit kepala berkurangan. Dengan izin Allah.

Saya menulis tentang MRS ni hari ni sekadar berkongsi kebaikannya. Disebabkan saya sendiri sudah menggunakannya, saya tahu yang MRS ni bagus. Ia sebagai salah satu dari cara kita menyokong orang Melayu Islam dalam perniagaan. 

Jika ada pembaca luar sana yang berminat dengan MRS, bolehlah pm atau wasapp/sms saya di 
019-6832397


* Gambar : koleksi peribadi dan ihsan dari Miracle Refreshing Hana

Thursday, August 14, 2014

Kami di Thistle : bhg 2

Assalamualaikum


Masih lagi bercerita tentang Thistle. Lepas setengah hari berendam dalam air,semua kelaparan. Malam tu kami keluar mencari makan. Sebelum ke hotel tu dah survey siap-siap cari restoran yang menyediakan ikan bakar. Cik Abang tahu isteri dia suka ikan bakar, tu yang cari tu..:p. Restoran ni tak jauh dari hotel, sekejap je dah sampai.

Masa kami sampai tu pengunjung boleh tahan jugak ramainya tapi tak perlu tunggu lama untuk ambil order. Pelanggan boleh pilih sendiri makanan laut apa yang nak dimakan. Ada ikan, udang, sotong dan ketam. Semuanya segar dan besar-besar. 

Hajat saya nak makan ikan bakar pada malam tu tak kesampaian sebab ikan yang sesuai dibakar dah habis. Cuma tinggal iakan siakap, kerapu nak jenak. Mengikut kata adik waiter tu ikan jenak sedap juga dibakar tapi ikan tu besar sangat. Takut pulak tak habis makan sebab Cik Abang tak nak makan. Anak-anak lagilah tak makan ikan bakar. Akhir sekali saya pilih je ikan kerapu untuk masak masam manis.



Selain ikan kerapu masak masam manis, kami pesan tomyam campur, kangkung belacan, telur dadar dan ayam masak kicap untuk Amni yang tak boleh makan pedas.

* Ketam bercili jugak

*Dah makan ikan ni baru ingat belum ambik gambar lagi

Masa menunggu untuk dapat makan pun tak lama. Bila ikan yang kami order sampai, kami dengar orang belakang meja kami bising-bising. Mereka sampai dulu dari kami tetapi makanan kami yang dapat dulu. Mereka tak puas hatilah tu kot. Bila masa nak bayar bil, cashier ( rasanya tuan kedai ) beritahu yang sebenarna tadi telah tersalah menu. Ikan yang kami dapat tu ikan siakap masam manis bukannya ikan kerapu. Ikan siakap tu untuk keluarga yang makan di meja belakang meja kami tu. Patutlah dia marah sangat.

Secara keseluruhan, restoran ni ok cuma biasalah pelayannya kurang dengan senyuman.


Esoknya, pagi-pagi kami dah turun makan.Makan pagi ni temasuk dalam pakej hotel tapi anak-anak kena tambah bayar. Kami orang yang terawal datang makan. Menu yang disediakan disini pun banyak jugak dan semua sedap. Tak sempat nak ambik semua gambar makanan. Anak-anak sibuk mintak makan. Mungkin kami makan awal sangat, anak-anak makan sikit je.


* Ada nasi lemak dan rendang ayam



* bubur nasi ni ibu yang makan bukannya anak kecik

* muka mengantuk

* pikir nak buat apa lepas ni

Sedang makan, hujn turun dengan lebat. Ingatkan lepas makan ni nak tukar baju dan terus ke kolam. Mula awal boleh main air lama sikit. Kolam mandi mula dibuka pukul 8 pagi. Tapi disebabkan hujan, tak bolehlah mandi kolam. Anak-anak dan merungut kecewa. Nasib baik ada game room di sebelah dewan makan hotel tu. Dapatlah kami semua layan main Wii dulu. Mungkin ramai yang belum bangun tidur, kami sajalah yang conquer tempat tu. Puas jugaklah budak-budak ni main sementara hujan reda.


Bila hujan reda je terus naik ke bilik dan tukar baju. Hari ni giliran ibu pulak yang jaga anak dalam air. Di kolam untuk kanak-kanak ni airnya panas berbanding kolam yang lebih dalam. Jadi walaupun selepas hujan iar kolam taklah sejuk. Selepas beberapa ketika bermain, bunyi guruh dan kilat. Staf yang jaga kolam tu mengarahkan semua yang berada di kolam supaya naik. Bahaya kalau bermain ketika guruh dan kilat. Sekali lagi anak-anak kecewa.

Lama juga kami menunggu arahan yang membolehkan mandi semula. Sehingga putus asa dan membuat keputusan naik ke bilik dan bersiap sedia untuk chechk out awal. Anak-anak masih lagi menaruh harapan sambil meninjau ke bawah dari balkoni. Alhamdulillah, kolam dibuka semula. Walaupun sudah berpakaian lengkap nak balik, abah mereka suruh tukar balik pakai baju mandi. demi tidak mengecewakan anak-anak. Apa lagi menjerit kegembiraan lah.



Adib pula dah tak nak mandi. Sejuk kot. Jadi abahnya bawa bermain LEGO. Mainnya pun sekejap je. Mungkin bosan bermain tanpa abang-abang.


Kesimpulannya, semua berpuas hati dengan percutian ni. Cik Abang pun nampaknya sangat berpuas hati sehingga memberitahu akan datang ke sini lagi jika diizinkan Allah dari segi kewangan dan kesihatan. In sya Allah.

* Yang kena bayar hari tu



Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015