Wednesday, February 12, 2014

Anak dan perhatian

Assalamualaikum



Suka sangat menonton video dari Ustaz Don ni. Memang terkena di batang hidung sendiri. Tanpa kita sedar begitulah kita melayan anak-anak kita. Sejak menonton video ni saya dan suami seboleh-bolehnya akan melayan anak-anak sebaik mungkin. Berikan sebanyak mungkin perhatian kepada mereka.

Apabila balik dari kerja Akmal suka sangat naik atas belakang abahnya. Cuba bayangkan Akmal yang dah besar dan berat tu panjat belakang abah, mesti sakit ditambah masih penat sebab baru pulang dari kerja. Demi teringatkan kata-kata Ustaz Don dalam video ni, abah layan saja, bukan hanya seorang tapi semua anak akan panjat abah secara bergilir-gilir.

Bila semua abang-abang ke sekolah, Adib bosan tidak ada kawan. Hanya ibu seorang saja kawannya. Panytang tengok ibu nak menjahit atau di depan komputer mulalah dia nak makanlah, nak minum, nak main kereta mainan kecik yang tersusun di dinding dan macam-macam. Kadang-kadang nak duduk di riba. Macam mana nak menjahit kalau di ada di atas riba ibu. Kadan-kadang rasa nak marah pun ada tapi sekali lagi kandungan video ni yang jadi penghalang.

Bila saya ceritakan kepada suami tentang perangai Adib, dia nasihatkan saya supaya layan sajalah Adib tu. Dia tak nak bila kami tua anak-anak abaikan kami. Mudah-mudahan cara kami melayan anak-anak sekarang akan diingati dan dikenang oleh anak-anak. Semoga mereka tidak mensia-siakan kami. In sya Allah.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Monday, February 10, 2014

Chocolate rice cookies

Assalamualaikum


Tiba-tiba saja rasa nak makan cookies. Sebanarnya resepi hari ni merupakan resepi ulangan saja. Saya menggunakan resepi chocolate chip cookies di SINI cuma saya gantikan saja chocolate chip dengan chocolate rice (itu saja yang ada di rumah :p).

Sekarang ni bukan ibu saja yang asyik nak mengunyah. Anak-anak pun sama. Sekejap-sekajap ke dapur mencari makanan.  Sebab itulah saya "merajinkan" diri buat cookies hari ni.




******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Sunday, February 9, 2014

Bersalji di Pine Crest Court 1st

Assalamualaikum

*Bergambar di depan Pine Crest Court 1st

Semalam (8 Februari 2014) boleh dikatakan hari bersejarah bagi Tokyo kerana salji yang turun merupakan yang terlebat dalam tempoh 45 tahun iaitu setebal 27 cm ( pada tahun 1969 = 25 cm). Bandar Tokyo hampir lumpuh kerana salji yang turun. Banyak penerbangan domestik dan shinkansen dibatalkan perjalanannya. Begitu juga dengan pengangkutan awam yang lain seperti keretapi, teksi dan bas.

Salji turun seawal pukul 3 pagi dan berterusan sehingga pukul 12 tengah malam tadi. Keadaan ini mendapat liputan menyeluruh di kebanyakan stesen tv seawal pagi lagi. Mereka membuat liputan disetiap bandar besar di Tokyo seperti Ginza, Shibuya, Shinjuku, Ropponggi dan lain-lain. 

*Stesen Tokyo

*Roppongi

Kami sekeluarga pun mengambil kesempatan bermain salji di sekitar kediaman. Sebelum ini tidak pernah berkesempatan bermain salji setebal ini di kawasan kediaman sendiri. Alhamdulillah, inilah rezeki kami anak beranak untuk bermain salji, mungkin untuk kali terakhir di Jepun ni.




*Membuat orang salji bersama jiran, Kaito

Oleh sebab tiada pakaian yang sesuai seperti kasut dan sarung tangan yang tahan sejuk, kami boleh bertahan tak sampai sejam pun di luar. Sejuknya lebih sejuk daripada sejuk di Yuzawa (rasa-rasanya,  entrinya di sini dan di sini).  Terasa kebas tangan dan kaki. Bila sampai di rumah terpaksa lalukan kaki dan tangan dengan air panas untuk melegakan kaki dan tangan yang kebas.

Alhamdulillah hari ini matahari bersinar terang dengan suhu 8 darjah selsius membantu mencairkan ais dengan cepat. Sebenarnya jalan yang diselaputi salji yang nipis dan keras sangat licin dan membahayakan pejalan kaki dan juga yang mengayuh basikal.





******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Friday, February 7, 2014

Resepi ayam masak lemak cili api

Assalamualaikum


Dah lama rasanya tak berkongsi resepi di blog kesayangan ni. Hari ni nak kongsi resepi dari mak mertuo den..hehehe. Mak mertua saya ni memang pure Nogori. Kalau dia masak resepi ni bermakna dia kena masak nasi lebih lah. Lebih-lebih lagi kalau dia masak daging salai masak lemak cili api. Tak payah cakaplah kan, tapi bapa mertua saya pula tak suka masak lemak cili ali ni. Terpaksalah Mak masak masakan lain untuk Abah.

Walaupun saya menggunakan resepi Mak tapi taklah sesedap masakan Mak. Lagipun kali ni saya menggunakan bahan-bahan sejuk beku(frozen) je seperti cili api dan serai. Di tempat saya ni memang susah nak dapat cili padi dan serai. Jadi disebabkan nak makan sangat beli sajalah cili api dan serai sejuk beku. Oklah dari tak ada langsung

Resepi Ayam masak lemak cili api
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
  • 4 ketul whole leg ayam - potong kecil
  • 2 batang serai - diketuk
  • 15-18 biji cili api 
  • kunyit hidup - lebih kurang sebesar ibu jari 
  • Santan
  • Garam
  • Kentang - potong
Cara penyediaan
  1. Tumbuk kunyit dan cili api
  2. Gaulkan campuran kunyit dan cili api dengan ayam di dalam periuk
  3. Masak sehingga ayam kecut
  4. Masukkan santan dan serai
  5. Masukkan kentang dan garam secukup rasa
  6. Reneh sehingga masak dan kentang empuk

Lagi pedas lagi sedap. Makan dengan nasi panas dan ikan masin. Wah, sedapnya! Selamat mencuba.



******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Thursday, February 6, 2014

Menarik tentang Jepun dan rakyatnya bgh 3 (sambungan)

Assalamualaikum

Entri kali ni nak sambung cerita entri sebelum ni (di sini) iaitu Jepun dan kebersihan bhg 2. Kali ini saya nak kongsikan mengenai pengurusan sampah di Jepun. Yelahkan bila sampah diuruskan dengan betul barulah negara bersih. Rakyat juga haruslah dididik supaya memahami dan mematuhi syarat-syarat pengurusan sampah ini.

Saya akan bercerita tentang bagaimana sampah diuruskan di tempat saya iaitu daerah Minato-ku. Sebenarnya setiap daerah mempunyai sistem yang berbeza. Saya rasa daerah Minato-ku ni antara daerah yang tidak mempunyai syarat-syarat yang ketat dalam pengurusan sampah.

Saya pernah menonton di tv, di sebuah kampung (dah lupa di mana), mereka terpaksa mengasingkan sampah-sampah lebih daripada 30 kategori. Selain daripada itu mereka sendiri (rakyat setempat secara bergilir-gilir) yang dikehendaki menguruskan sampah-sampah tersebut seperti menghantar ke pusat kitar semul dan tempat pelupusan sampah. Walaupun begitu mereka tetap menguruskan sampah-sampah mereka dengan penuh hemah dan rasa bertanggungjawab.


Kami dibekalkan dengan buku ini yang akan menerangkan bagaimana cara untuk mengkelaskan sampah-sampah mengikut kategori. Sampah-sampah ini akan dipungut hari yang berlainan mengikut kategori. Hari-hari ini juga tidak sama mengikut tempat. Sebagai contoh di tempat saya Minami Azabu 1-chome, sampah plastik yang boleh recycle dikutip pada hari Selasa manakala di Minami Azabu 2-chome 7 pada hari Jumaat. Semua maklumat boleh dirujuk di dalam buku ini.





Alhamdulillah, kalau di rumah, anak-anak termasuklah Adib  sudah boleh membezakan sampah. Yelah di rumah kami hanya terdapat 3 kategori asas saja yang dipraktikkan iaitu Combustible waste, Recyclable plastics dan Recyclable items. Yang lain-lain kategori tu suami saya yang akan uruskan. 


*Abah labelkan tong sampah supaya anak-anak faham
**diedit sebab tersalah tajuk :P

*Item yang boleh dikitar semula

Kalau diikutkan syarat, semua plastik dan kertas pembalut serta tutup botol hendaklah diasingkan kerana berlaianan kategori. Ini kes "malas" melanda tapi kali ini je tau. Biasanya memang kami asingkan semua. Tapi masih belum terlambat sebab sampah tersebut masih ada di tempatnya. Sampah yang boleh dikitar semula ni dikutip seminggu sekali iaitu pada hari Jumaat.





Semua gambar di atas menunjukkan item yang boleh dikitar semula menunggu masa untuk dikutip oleh pihak Minato City. Semua item telah diasingkan mengikut kategori masing-masing.


Tengoklah lori sampah yang bersih dan tidak berbau. Lori sampah ini hanya mengangkut cumbustimble waste dan recyclable plastics saja. Iaitu kalu di tempat saya hanya pada hari Selasa, Rabu dan Sabtu (cumbustimble waste dikutip 2 kali seminggu).

Rasa kagum dengan cara orang Jepun menguruskan sampah demi alam sekitar. Kesedaran rakyatnya tentang kepentingan kebersihan memang patut dicontohi. Alangkah bagusnya jika amalan menjaga kebersihan ini diamalkan di negara kita. Bukanlah untuk mengagung-agungkan orang kafir tapi tidak salah jika kita mencontohi amalan-amalan murni yang diamalkan oleh mereka. Amalan-amalan murni ini juga sebenarnya dituntut dalam Islam. Mengapa tidak kita orang Islam yang mengamalkannya lebih dari orang bukan Islam.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Tuesday, February 4, 2014

Menarik tentang Jepun dan rakyatnya bhg 3

Assalamualaikum


Hari ini saya nak bercerita tentang Jepun lagi. Selain nak berkongsi info dengan pembaca semua, saya juga nak jadikan kenangan kerana tak lama lagi kami sekeluarga dah nak balik ke Malaysia. Bila rindu Jepun bolehlah baca cerita tentang Jepun ni. Terubat jugak rindu :)

Hari nak saya nak kongsikan tajuk Jepun dan kebersihan bhg 1.

Kita semua dah tahu yang Jepun bukanlah negara Islam dan rakyatnya juga kebanyakannya bukan beragama Islam. Walaupun mereka bukan Islam tetapi mereka amat mementingkan nilai-nilai disiplin, kebersihan, tanggungjawab, rasa malu, keramahan, kebersamaan, ketenteraman awam, ketertiban lalu lintas, kenyamanan persekitaran, kreativiti dan  kerja keras. Semua ini memang dituntut dalam Islam dan sepatutnya diamalkan oleh semua orang Islam.


Kita juga tahu kebersihan tu dituntut oleh agama kita, Agama Islam. Wuduk adalah asas kepada penyucian diri manusia sebelum dia berjumpa Allah lima kali sehari sebelum solat. Ia adalah lambang kebersihan fizikal dan penyucian rohani. Tanpa wuduk maka seseorang itu tidak boleh melaksanakan solat. Maka wuduk itu adalah wajib sebagaimana wajibnya solat. Cuba bayangkan, tiang kepada agama tidak boleh dilaksanakan tanpa hadirnya pembersihan diri. Ini menunjukkan peri pentingnya kebersihan di dalam melaksanakan ibadah di dalam Islam.


Di Jepun ni memang susah nak jumpa sampah di jalanan dan juga di tempat awam. Mereka lebih rela "menyimpan" sampah di dalam poket dan membawa balik sampah ke rumah.

Pernah saya menonton rancangan di tv iaitu "pertandingan mencari sampah". Dalam satu kumpulan terdapat beberapa orang ahli (dah lupa berapa orang) dan mereka dikehendaki mengutip dan mengumpul sampah dalam masa yang telah ditetapkan (pun dah lupa sebab rancangan tu dah lama). Kumpulanyang paling banyak dapat mengutip sampah akan menang. Yang menariknya mereka bertungkus-lumus mencari sampah. Mereka terpaksa menyelak pokok-pokok kecil, turun ke longkang dan juga berjalan beberapa kilometer hanya untuk mencari sampah. Dan hasilnya setiap kumpulan hanya dapat mengumpulkan 1 beg plastik saja.

Jika ada mana-mana warganegara Jepun yang mempunyai anjing dan membawa anjing mereka berjalan-jalan perlu membawa beg yang mempunyai beg plastik, botol air dan juga tisu untuk mengambil dan membersihkan najis anjing. Mereka tidak akan membiarkan najis anjing mereka ditinggalkan di jalanan. Kebersihan diri dan kesungguhan mereka untuk menangani kebersihan adalah sebahagian etika Jepun.



1. Di sekolah

  • Murid-murid dikehendaki membersihkan sendiri kelas masing-masing bersama guru mereka. Mereka dikehendaki membersihkan tempat dan perlalatan peribadi. Jadi tidak perlu disediakan jadual bertugas harian seperti yang diamalkan di sekolah kita kerana setiap orang bertanggungjawab untuk menguruskan sampah masing-masing


*Keadaan di sekolah Amni di awal musim luruh

2. Di taman / tempat awam

  • Tidak banyak disediakan tong sampah di taman dan di tempat awam. Jika tiada tong sampah maka tiadalah sampah kan. Tapi telah disediakan tong sampah yang telah diasingkan mengikut kelasnya seperti kertas, plastik dan bahan yang boleh dikitar semula
                                  


3. Tandas awam

  • Kalau kita menggunakan tandas awam di stesen keretapi (eki), lapangan terbang atau di taman, kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Memang jarang dan hampir tiada tandas yang berbau. Tisu tandas pula tak pernah kehabisan. Begitu juga sabun untuk membersih tangan.



4. Sungai

  • Tidak ada sampah sarap di buang di dalam sungai. Walaupun air sungainya cetek, airnya jernih, tidak keruh dan tidak berbau. Hanya daun-daun dan kelopak bunga saja


*Keindahan sakura di Nakameguro

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Monday, February 3, 2014

Mari Belajar Bahasa Jepun: Hari

Assalamualaikum


Konnichiwa minna...

Jom kita sambung belajar bahasa Jepun hari ni. Hari ni kita akan belajar tentang "hari" pula. Kalau kita merujuk kepada "hari", dalam bahasa Jepun ialah "yobi" manakala kalau merujuk kepada "haribulan", dalam bahasa Jepun ialah "nichi".

Isnin     - Getsu-yobi
Selasa  - Ka-yobi
Rabu    - Sui-yobi
Khamis - Moku-yobi
Jummat - Kin-yobi
Sabtu    - Do-yobi
Ahad    - Nichi-yobi

kyou -hari ini
ashta - esok
kino - semalam

Contoh: Kyou wa nan-yobi desu ka?
Maksud: Hari ini hari apa?
Contoh : Kyou wa Getsuyobi desu
Maksud: Hari ini hari Isnin

Contoh : Jeffry-san wa ni-gatsu juichi-nichi ni Chugoku ni ikimasu
Maksud: En. Jeffry akan ke China pada 11 Februari

In sya Allah kita akan sambung lagi di masa akan datang dengan pelajaran yang lain pula.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015