Tuesday, February 4, 2014

Menarik tentang Jepun dan rakyatnya bhg 3

Assalamualaikum


Hari ini saya nak bercerita tentang Jepun lagi. Selain nak berkongsi info dengan pembaca semua, saya juga nak jadikan kenangan kerana tak lama lagi kami sekeluarga dah nak balik ke Malaysia. Bila rindu Jepun bolehlah baca cerita tentang Jepun ni. Terubat jugak rindu :)

Hari nak saya nak kongsikan tajuk Jepun dan kebersihan bhg 1.

Kita semua dah tahu yang Jepun bukanlah negara Islam dan rakyatnya juga kebanyakannya bukan beragama Islam. Walaupun mereka bukan Islam tetapi mereka amat mementingkan nilai-nilai disiplin, kebersihan, tanggungjawab, rasa malu, keramahan, kebersamaan, ketenteraman awam, ketertiban lalu lintas, kenyamanan persekitaran, kreativiti dan  kerja keras. Semua ini memang dituntut dalam Islam dan sepatutnya diamalkan oleh semua orang Islam.


Kita juga tahu kebersihan tu dituntut oleh agama kita, Agama Islam. Wuduk adalah asas kepada penyucian diri manusia sebelum dia berjumpa Allah lima kali sehari sebelum solat. Ia adalah lambang kebersihan fizikal dan penyucian rohani. Tanpa wuduk maka seseorang itu tidak boleh melaksanakan solat. Maka wuduk itu adalah wajib sebagaimana wajibnya solat. Cuba bayangkan, tiang kepada agama tidak boleh dilaksanakan tanpa hadirnya pembersihan diri. Ini menunjukkan peri pentingnya kebersihan di dalam melaksanakan ibadah di dalam Islam.


Di Jepun ni memang susah nak jumpa sampah di jalanan dan juga di tempat awam. Mereka lebih rela "menyimpan" sampah di dalam poket dan membawa balik sampah ke rumah.

Pernah saya menonton rancangan di tv iaitu "pertandingan mencari sampah". Dalam satu kumpulan terdapat beberapa orang ahli (dah lupa berapa orang) dan mereka dikehendaki mengutip dan mengumpul sampah dalam masa yang telah ditetapkan (pun dah lupa sebab rancangan tu dah lama). Kumpulanyang paling banyak dapat mengutip sampah akan menang. Yang menariknya mereka bertungkus-lumus mencari sampah. Mereka terpaksa menyelak pokok-pokok kecil, turun ke longkang dan juga berjalan beberapa kilometer hanya untuk mencari sampah. Dan hasilnya setiap kumpulan hanya dapat mengumpulkan 1 beg plastik saja.

Jika ada mana-mana warganegara Jepun yang mempunyai anjing dan membawa anjing mereka berjalan-jalan perlu membawa beg yang mempunyai beg plastik, botol air dan juga tisu untuk mengambil dan membersihkan najis anjing. Mereka tidak akan membiarkan najis anjing mereka ditinggalkan di jalanan. Kebersihan diri dan kesungguhan mereka untuk menangani kebersihan adalah sebahagian etika Jepun.



1. Di sekolah

  • Murid-murid dikehendaki membersihkan sendiri kelas masing-masing bersama guru mereka. Mereka dikehendaki membersihkan tempat dan perlalatan peribadi. Jadi tidak perlu disediakan jadual bertugas harian seperti yang diamalkan di sekolah kita kerana setiap orang bertanggungjawab untuk menguruskan sampah masing-masing


*Keadaan di sekolah Amni di awal musim luruh

2. Di taman / tempat awam

  • Tidak banyak disediakan tong sampah di taman dan di tempat awam. Jika tiada tong sampah maka tiadalah sampah kan. Tapi telah disediakan tong sampah yang telah diasingkan mengikut kelasnya seperti kertas, plastik dan bahan yang boleh dikitar semula
                                  


3. Tandas awam

  • Kalau kita menggunakan tandas awam di stesen keretapi (eki), lapangan terbang atau di taman, kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Memang jarang dan hampir tiada tandas yang berbau. Tisu tandas pula tak pernah kehabisan. Begitu juga sabun untuk membersih tangan.



4. Sungai

  • Tidak ada sampah sarap di buang di dalam sungai. Walaupun air sungainya cetek, airnya jernih, tidak keruh dan tidak berbau. Hanya daun-daun dan kelopak bunga saja


*Keindahan sakura di Nakameguro

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015