Thursday, February 6, 2014

Menarik tentang Jepun dan rakyatnya bgh 3 (sambungan)

Assalamualaikum

Entri kali ni nak sambung cerita entri sebelum ni (di sini) iaitu Jepun dan kebersihan bhg 2. Kali ini saya nak kongsikan mengenai pengurusan sampah di Jepun. Yelahkan bila sampah diuruskan dengan betul barulah negara bersih. Rakyat juga haruslah dididik supaya memahami dan mematuhi syarat-syarat pengurusan sampah ini.

Saya akan bercerita tentang bagaimana sampah diuruskan di tempat saya iaitu daerah Minato-ku. Sebenarnya setiap daerah mempunyai sistem yang berbeza. Saya rasa daerah Minato-ku ni antara daerah yang tidak mempunyai syarat-syarat yang ketat dalam pengurusan sampah.

Saya pernah menonton di tv, di sebuah kampung (dah lupa di mana), mereka terpaksa mengasingkan sampah-sampah lebih daripada 30 kategori. Selain daripada itu mereka sendiri (rakyat setempat secara bergilir-gilir) yang dikehendaki menguruskan sampah-sampah tersebut seperti menghantar ke pusat kitar semul dan tempat pelupusan sampah. Walaupun begitu mereka tetap menguruskan sampah-sampah mereka dengan penuh hemah dan rasa bertanggungjawab.


Kami dibekalkan dengan buku ini yang akan menerangkan bagaimana cara untuk mengkelaskan sampah-sampah mengikut kategori. Sampah-sampah ini akan dipungut hari yang berlainan mengikut kategori. Hari-hari ini juga tidak sama mengikut tempat. Sebagai contoh di tempat saya Minami Azabu 1-chome, sampah plastik yang boleh recycle dikutip pada hari Selasa manakala di Minami Azabu 2-chome 7 pada hari Jumaat. Semua maklumat boleh dirujuk di dalam buku ini.





Alhamdulillah, kalau di rumah, anak-anak termasuklah Adib  sudah boleh membezakan sampah. Yelah di rumah kami hanya terdapat 3 kategori asas saja yang dipraktikkan iaitu Combustible waste, Recyclable plastics dan Recyclable items. Yang lain-lain kategori tu suami saya yang akan uruskan. 


*Abah labelkan tong sampah supaya anak-anak faham
**diedit sebab tersalah tajuk :P

*Item yang boleh dikitar semula

Kalau diikutkan syarat, semua plastik dan kertas pembalut serta tutup botol hendaklah diasingkan kerana berlaianan kategori. Ini kes "malas" melanda tapi kali ini je tau. Biasanya memang kami asingkan semua. Tapi masih belum terlambat sebab sampah tersebut masih ada di tempatnya. Sampah yang boleh dikitar semula ni dikutip seminggu sekali iaitu pada hari Jumaat.





Semua gambar di atas menunjukkan item yang boleh dikitar semula menunggu masa untuk dikutip oleh pihak Minato City. Semua item telah diasingkan mengikut kategori masing-masing.


Tengoklah lori sampah yang bersih dan tidak berbau. Lori sampah ini hanya mengangkut cumbustimble waste dan recyclable plastics saja. Iaitu kalu di tempat saya hanya pada hari Selasa, Rabu dan Sabtu (cumbustimble waste dikutip 2 kali seminggu).

Rasa kagum dengan cara orang Jepun menguruskan sampah demi alam sekitar. Kesedaran rakyatnya tentang kepentingan kebersihan memang patut dicontohi. Alangkah bagusnya jika amalan menjaga kebersihan ini diamalkan di negara kita. Bukanlah untuk mengagung-agungkan orang kafir tapi tidak salah jika kita mencontohi amalan-amalan murni yang diamalkan oleh mereka. Amalan-amalan murni ini juga sebenarnya dituntut dalam Islam. Mengapa tidak kita orang Islam yang mengamalkannya lebih dari orang bukan Islam.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015