*Gambar: ihsan google
14 Februari, boleh dikatakan tarikh keramat bagi yang sedang bercinta. Walaupun ia bukanlah budaya kita dan ditegah oleh agama, tapi masih ramai yang terikut-ikut. Biasanya pada hari ini ramai pasangan meraikannya bersama-sama dengan pasangan masing-masing.
Sebelum ni yang saya tahu pada hari Valentine, lelaki akan memberi hadia berupa bunga ros kepada pasangannya. Maknanya, perempuan yang akan menerima hadiah tapi lain pula di Jepun. Pada hari Valentine orang perempuan yang akan memberi hadiah berupa coklat kepada lelaki samada kekasih, kawan-kawan, teman sepejabat, guru dan sebagainya. Harga coklat yang diberi pula berbeza-beza bergantung kepada bagaimana hubungan mereka. Jika mereka pasangan kekasih maka coklat yang diberikan mestilah istimewa dan mahal. Begitulah sebaliknya.
Wanita Jepun beranggapan bahawa jika mereka memberi coklat kepada lelaki-lelaki yang dikenali, mereka akan mendapat hadiah balas iaitu pada White Day yang disambut pada 14 Mac. Lelaki diharapkan membalas dengan hadiah yang dua tiga kali lebih bernilai daripada yang diterima oleh mereka pada Hari Valentine. Jika tidak, lelaki itu akan dianggap sebagai meninggi diri walaupun telah membuat alasan.
Walau bagaimanpun cara orang Barat dan Jepun menyambut hari Valentine, kita sebagai orang Islam tidak boleh menyambutnya walaupun bagi yang sudah berumahtangga. Satu fatwa pernah dikeluarkan oleh para mufti pada tahun 2005 bahawa sambutan ini "mempunyai unsur-unsur Kristian serta amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang Islam".
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment