Sunday, March 23, 2014

Berhujung minggu di Tokyo Station

Assalamualaikum

*Bergambar di depan Tokyo Eki

Kalau hujung minggu tak pergi mana-mana rasa serba tak kena je. Panas je punggung kalau duduk di rumah. Biasanya kami akan keluar pada hari Sabtu saja dan berehat pada hari Ahad. Semalam kalau ikut plan asal suami akan membawa kami semua cuba masakan Malaysia di Tokyo Malay Kampung. Kami akan pergi selepas zohor. Memang sesuailah untuk makan tengahari. Pagi tu bawa anak-anak ke klinik dulu. Mereka ada sedikit masalah kulit. Nasib tak berapa baik ramai pula orang sehingga terpaksa tunggu sehingg pukul 1.00 lebih. Sedangkan restoran tu hanya buka dari pukul 12.00 tengahari sehingga pukul 2.00 petang.

Restoran terletak tidak jauh dari Tokyo Eki (stesen keretapi Tokyo). Demi nak mengejar masa sebelum pukul 2 pm kami semua berlari-lari. Anak-anak semua termengah-mengah. Akhirnya suami saya buat keputusan biar dia seorang saja yang berjalan cepat-cepat. Biar dia sampai dulu sebelum pukul 2 pm ke restoran tu. Saya dan anak-anak tak perlu jalan laju-laju. Tapi memang kami tak ada rezeki nak makan di restiran tu. Restoran dah tak terima pelanggan dan hanya akan dibuka semula pukul 5:30 pm.

Anak-anak dah lapar. Tambah pula kena berlari-lari tadi. Semua kecewa. Dalam perjalanan balik ke eki, ternampak restoran jepun.
"Bolehlah makan di sini, kalau tak, tak tahu lagi nak cari di mana", kata Abah.
Sedangkan semua anak tak rasa nak makan udon dan onigiri. Tapi disebabkan dah lapar sangat, mereka akur. Tambah-tambah lagi mata abah dah buntang merenung. Siapa yang tak takut :p.



 *Dah tinggal sisa barulah nak ambil gambar

*Kembung pipi Adib makan onigiri

Abah ada nak jalan-jalan cuci mata dan poket di Tokyo Eki ni. Sebelum tu terjumpa pula pokok tulip yang sedang mekar cantik. Sekarang ni dah mula masuk musim bunga. Bergambarlah dulu dengan bunga-bunga tulip :).

 *Abaikan muka Amni yang tengah bad mood


Sebenarnya terdapat tempat yang menarik di dalam Tokyo Eki yang boleh dilawati. Kami pun baru tahu walaupun sudah 3 tahun menetap di Tokyo. Itu pun setelah suami ada terbaca di dalam satu blog. Tokyo Eki merupakan stesen yang terbesar dan tersibuk di Jepun. Di dalamnya terdapat banyak kedai. Tempat yang kami kunjung ni di 1st Avenue Building. Terdapat Sweet Street yang menjual pelbagai kek, pastri, jelly dan ais krim, Ramen Street ( yang ni kami tak pergi) dan juga Character  Street.

Di Charector Street ni terdapat butik-butik yang menjual pelbagai barangan karektor-karektor terkenal Jepun. Semuanya cantik-cantik dan kiut-miut. Kalau ikutkan memang rambang mata dibuatnya. Tapi kalau tanya bab harga, memang mahal lah. Sebab semua barang yang original.



Semalam masa kami pergi memang ramai sangat orang. Dalam kedai yang menjual barang shinkansen tu penuh sampai susah nak bergerak dan nak membelek barang. Ingat dihati nak beli sehelai dua baju shinkansen yang comel untuk budak-budak ni. Mungkin kena pergi lagi sekali kot ( boleh kan abah :) )

 *Sukanya abah dapat menambah koleksi rel keretapi

 *Tak berani nak masuk, takut rabak poket



 *Semua comel...suka,suka,suka

 *Kedai Ultraman, "gila" sekejap budak-budak ni terutama Amni

 *Beli 2 "orang" LEGO je di sini

 *Siapa yang pernah main mainan ni?


Banyak lagi kedai sebenarnya tapi yang lain-lain tu mejual barangan karektor tv Jepun yang hanya popular di Jepun saja. Kalau jadi kanak-kanak memang rasa nak beli semua terutama soft toys.

Bila semua kedai dah dijelajah, anak-anak pun dah penat, kaki pun dah lenguh-lenguh, barulah balik. Sampai rumah badan rasa seram sejuk je. Nak demam (malam sebelum tu dah demam tapi siang sihat pulak, nak berjalan punya pasallah tu..hehehe). Dah makan ubat, ok. Nasib baik tak melarat. alhamdulillah hari dah sihat.

*Terjumpa pokok sakura yang baru nak berkembang



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015