Wednesday, March 26, 2014

Resepi: Nasi goreng kampung

Assalamualaikum


Nasi goreng kampung ni salah satu makanan kegemaran saya. Lebih-lebih lagi kalau pedas. Lepas tu makan panas-panas. Perghh, sedapnya. Berair mata pun tak apa. 

Masih ingat lagi 11 tahun lepas masa mengandungkan Aiman. Saya tak boleh bau bawang putih. Jadi tak boleh masak. Selalulah makan di luar. Masa tu kami masih di Kolej Chermai, Lui Muda. Tiap-tiap malam mesti order nasi goreng kampung di warung mak cik Lui Muda. Nasi goreng kampung mak cik tu sedap. Siap ada ikan bilis goreng, telur mata kerbau dan sup kosong. Sementara menunggu nasi goreng siap, saya duduk dalam kereta sebab kalau saya bau bawang putih semasa mak cik tu masak, saya dah tak boleh makan nasi goreng tu. Dah siap masak barulah suami jemput makan. Macam mengada je kan.

Pelik jugak perangai tu kan. Nasib baik perangai pelik tu tak lama. Suami saya sampai jemu asyik makan di luar je. Dan nasib baik juga tak ada lagi perangai pelik bila mengandung yang lain-lain tu. Satu hari nanti nak ajaklah suami pergi ke Lui Muda tu. Macam mana lah keadaannya selepas 11 tahun meninggalkan Kolej Chermai. Bak kata orang tua-tua tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bertemu jodoh :p.

Oklah banyak pulak melalut hari ni. Hari ni saya nak kongsikan resepi nasi goreng kampung versi saya sendiri bukan versi Mak Cik Lui Muda tu tau..hehehe. Resepi yang super senang.

Resepi nasi goreng kampung
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

Nasi sejuk dari 2 pot beras, dileraikan
segenggam ikan bilis
4 ulas bawang putih
8-10 biji cili padi - boleh tambah atau kurang ikut kesesuaian
1 biji telur
Sos tiram

Cara penyediaan
  1. Tumbuk bawang putih, ikan bilis dan cili padi.
  2. Tumis sehingga naik bau.
  3. Pecahkan telur dan kacau sekejap
  4. Masukkan nasi dan sos tiram
  5. Kacau rata sehingga naik wap.
  6. Bolehlah dihidang bersama telur mata kerbau, ikan bilis goreng dan juga timun serta sup kosong.




******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015