Saya tak pernah bercerita di blog ni tentang mak saya. Mak saya dulu seorang penjual kuih tradisonal Kelantan. Kuih apa yang dia tak pernah buat dan jual. Semua dia tahu buat. Kuih yang paling lama bertahan ialah laksam, kuih lompat tikam, bauhu beras, bubur caca, putu mayam dan kuih talam ubi kayu.
Masih ingat lagi dulu zaman-zaman sekolah menengah, saya, kakak saya dan seorang anak saudara yang dibela mak akan bangun seawal pukul 4 pagi untuk membantu mak mambuat kuih. Masa tu Mak menjual kuih di Pasar Rabu Alor Lintah. Maknanya sekali seminggu. Kadang-kadang Mak juga berjual pada hari Jumaat di Kuala Besut dan hari Sabtu di Pasar Jertih.
Setiap hari Rabu selepas sekolah pulak saya dan Nini (anak saudara), akan menolong Mak berjual pula di pasar. Kami akan mengambil alih tugas berjual supaya Mak boleh ke masjid berdekatan untuk solat zohor. Kadang-kadang kami akan sama-sama berjual sehingga habis dan sama-sama berkemas untuk balik. Walaupun penat tapi kami seronok apabila melihat semua jualan licin. Yang paling seronok Mak akan bagi upah rm10 setiap seorang.
Selapas saya berkahwin pun Mak masih menjual kuih. Walaupun kami semua adik-beradik "marah" dan melarang, Mak masih menjual kuih. Dia kata untuk dia bosan duduk-duduk tanpa berbuat apa-apa. Dia sudah biasa bekerja. Kami semua cuma risaukan kesihatannya saja. Maklumlah Mak dah tua. Alhamdulillah, sekarang ni Mak dah tak menjual kuih lagi.
Saya banyak belajar cara-cara membuat kuih tradisional semamsa menolong Mak dulu. Tapi sekarang ingat-ingat lupa. Kalau cara tu bolehlah ingat tapi bahan-bahan dan kuantiti tu yang tak ingat. Lebih-lebih lagi suami dan anak-anak tak suka kuih tradisional Kelantan yanag kebiasaannya dikukus dan lembik. Jadi saya tak bersungguh untuk mempelajarinya semula dari Mak.
Semalam saya telah masak kuih Biji Nangka. sudah lama saya nak masak kuih ni tapi asyik tertanggguh. Saya menggunakan resepi yang selalu mak saya buat. Walaubagaimanapun saya telah olah sikit resepi mengikut bahan yang saya ada.
Resepi Biji Nangka
Oleh: Noriati Saud
Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
sedikit air (untuk mguli tepung)
sedikit kapur makan
beberapa titik pewarna hijau
1/2 keping gula melaka nipis dipotong kecil-kecil
*Gula melaka yang telah dipotong kecil-kecil
Bahan-bahan untuk kuah
- 2 paket serbuk santan
- 1/4 cawan gula
- secubit garam.
- 2 cawan air
- daun pandan
Cara penyediaan
- Satukan serbuk santan dan air, gula, garam dan daun pandan. Masak sehingga mendidih.
- Ayak tepung pulut ke dalam bekas
- Masukkan iar yang dicampurkan dengan beberapa titik pewarna hijau. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga tepung boleh diuli dan dibentukkan.
- Ambil sedikit tepung dn masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil kemudian bentukkan bujur. Buat sehingga habis
- Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih kemudian masukkan tepung yang telah dibentukkan. Apabila tepung sudah terapung bolehlah diangkat dan dimasukkan ke dalam kuah.
*Sedia untuk dibentukkan
*Ada pembantu
Seperti yang saya dah jangka anak-anak dan suami tak menggemari kuih ni. Nasib baik saya tak masak banyak. Tak apalah sekurang-kurangnya dapat memperkenalkan kuih ni kepada anak-anak.
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment