Tuesday, March 18, 2014

Resepi: Chocolate Chip Cookies lagi

Assalamualaikum


Kalau dapat mengunyah cookies selalu memang best. Tapi jangan pulak merungut kalau berat badan naik. Lebih-lebih lagi kalau mengunyah cookies sambil kaki bersilang tengok tv. Jadi, sendiri mahu ingat la, :).

Semalam saya masak cookies lagi. Hari ni saya bercadang nak agih-agihkan cookies ni kepada kawan-kawan sekolah Amni. Hari ni boleh dikatakan hari terakhir Amni bersuka ria dengan kawan-kawan sebab hari Rabu hari penyampaian sijil sekolah tadikanya. Jadi hari tu formal sikit. Tak boleh nak bising-bising.

Kali ni saya mencuba satu resepi baru. Maknanya bukan resepi yang saya pernah kongsi di SINI. Apa   salahnya kalu kita mencuba banyak resepi kan?  Nak tengok resepi yang mana yang lebih sedap dan sesuai dengan selera kami sekeluarga. Kalau ramai peminat bolehlah buat untuk hari raya nanti (walaupun raya lambat lagi...).

Jom kita tengok resepi yang saya ambil dari Azie Kitchen ni. Biskut ini dikatakan menyamai rasa biskut Famous Amos. Sedap tu!. Bagi saya bahan-bahan yang digunakan mudah didapati. Cara penyediaannya juga senang. Jadi tak ada masalah bagi sesiapa yang baru nak berjinak-jinak ke dapur.

Resepi Chocolate Chips Cookies
Oleh: Noriati Saud
Sumber: http://aziejaya.blogspot.jp/

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat

1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara penyediaan.

  1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
  2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bokarbonat dan serbuk cream of tartar. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau menggunakan spatula. Lepas tu masukkan walnat dan chocolate chips. Adunan agak lembik sedikit.
  3. Sudukna atau boleh menggunakan tangan bulat-bulat ke dalam loyang. Jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang. Loyang pula tak perlu dilenser mentega.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celsius selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Setelah membuat sedikit soal selidik, anak-anak semua menyukai resepi ini berbanding resepi sebelum ini. Yelah kanak-kanak memang menyukai coklat. Tapi bagi saya yang kurang menggemari coklat saya lebih suka resepi chokolate chips tanpa serbuk koko seperti resepi sebelum ni.


*Biskutnya yang rangup memang menjadi pilihan kanak-kanak.


Untuk kawan-kawan Amni saya bungkuskan 4 keping cookies yang besar di dalam bungkusan plastik Mickey Mouse ni. Kanak-kanak kan suka karektor Mickey  Mouse ni. Harap-harap kawan-kawan Amni gembira bila dapat cookiesni nanti.



Yang ni pula untuk cikgu-cikgu. Masih ingat uncang comel yang saya jahit tempoh hari? (entri INI). Di dalam uncang tu saya masukkan 2 keping cookies gedabak dan juga satu pemegang kunci MALAYSIA. Biar menjadi kenangan yang mereka pernah mempunyai anak murid dari Malaysia. Pemegang kunci tu suami saya beli banyak-banyak dari Mydin. Taklah mahal sangat. Bagi saya ianya sangat sesuai untuk dijadikan cenderahati. Semoga cikgu-cikgu sentiasa mengingati Amni bila melihat pemegang kunci tu.



******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015