Hari ini genaplah umur Adib 3 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Terasa baru semalam melahirkan Adib. Masih ingat lagi 3 tahun lepas. Biasalah rutin seorang surirumah di waktu pagi. Basuh baju, jemur baju, kemas rumah dengan ditemani Amni. Walaupun masa sedang sibuk bekerja tu perut tak sakit tapi peluh mencurah-mencurah. Rasa pelik pun ada. Sehinggalah pukul 11 pagi, mula rasa sakit pinggang dan sekali sekala sakit perut. Saya pun baring dan berehat sebab khuatir buat kerja kuat sangat.
Sakit semakin kuat dan semakin kerap. Telefon suami yang sedang bekerja. Suami tanya samada boleh tahan lagi ke tidak sebab dia sedang mesyuarat. Selepas mensyuarat iaiatu pukul 12 tengahari barulah dia bergegas balik dari Bangi ke Seremban. Dalam perjalanan, jemput anak dari sekolah (minta balik awal) , semetara saya di rumah sudah siap menanti dengan segala keperluan untuk ke hospital.
Seperti biasa kalau Hospital Seremban, memang susah nak dapat parkir. Suami turunkan saya di pintu masuk hospital dan saya berjalan ditemani anak-anak. Setelah daftar, periksa bukaan 'jalan' dah 6 cm. Terus ke bilik bersalin. Tak mengambil masa yang lama, Adib pun lahir ke bumi Allah ini. Semuanya pantas. Suami yang membawa anak-anak makan terkejut apabila diberitahu saya sudah selamat bersalin.
Adib memang seorang anak yang tidak banyak perangai. Sehinggalah sekarang Adib memang senang "dibela". Kalau bawa dia ke mana-mana, memang dalam stroller lah tempat dia. Sekali sekala kalau bosan dia akan minta untuk berjalan atau berlari. Kalau tidak diizinkan, dia akur. "ok", katanya.
Dialah yang menceriakan keluarga. Ada-ada saja aksinya yang membuatkan kami sekeluarga ketawa. Lebih-lebih lagi sekarang dia mula petah berkata-kata. Selalu berlakun mengikut watak-watak dalam Upin & Ipin. Tidak kurang juga selalu "bergaduh" dengan abang-abangnya. Yang terbaru suka mengadu-domba, cerita tentang abang-abang.
Kalau ibu atau abah marah, dia tak menangis tapi dia datang peluk rapat-rapat sambil mulut potpet-potpet tak tahu butir, konon nak mempertahankan diri. Jadi ibu dan abah pun tak jadi nak marah lagi. Ibu dan abah pun peluk Adib erat-erat jugak. Itulah Adib Hidayat.
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-3 Adib Hidayat. Kami doakan semoga Adib menjadi anak yang soleh yang akan mendoakan ibu dan abah nanti. Semoga Adib sentiasa dilindungi dan dilimpahi inayah oleh Allah. Kami semua sayang Adib.
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment