Thursday, March 20, 2014

"Amni-kun, omedetou gozaimasu"

Assalamualaikum


Setelah hampir 2 tahun bersekolah tadika (youchien), semalam hari terakhir Amni di Honmura Youchien. Semalam diadakan majlis penyampaian sijil kepada Hato-gumi. Suami saya pun mengambil cuti semata-mata ingin menyaksikan upacara penyampaian sijil cara Jepun walaupun beliau sendiri berpengalaman menerima sijil cara Jepun. Majlis yang diadakan sangat simple tapi penuh dengan formaliti walaupun hanya untuk kanak-kanak tadika. 

 *Perbarisan masuk semua penerima sijil

 *Penyerahan sijil oleh Guru Besar



*Sijil diserahkan kepada Ibu serta mengucapkan Terima Kasih

*Sijil yang diterima

Selesai upacara penyerahan sijil majlis diteruskan dengan ucapan dari Guru Besar dan Pegawai Pendidikan Minato-ku. Kemudian nyanyian dari Risu-gumi (kanak-kanak tadika 5 tahun). Seterusnya nyanyian dari Hato-gumi (kanak-kanak tadika 6 tahun, iaitu penerima sijil ). Semasa mereka menyanyi ada yang menangis kerana senikata lagunya yang menyentuh perasaan. Begitu juga dengan ibubapa. Lagu mengisahkan suka duka mereka di sekolah bersama kawan-kawan.

Mereka juga menyampaikan amanat kepada Risu-gumi supaya menjaga Shifon-chan (pet Hato-gumi iaitu seekor arnab) dengan baik. Masa ni saya pun mengalirkan air mata mengenangkan mereka selama ini betul-betul menjaga dan menyayangi Shifon-chan.

 * Gambar mereka dengan Shifon-chan (di layar)




Majlis selesai kira-kira pukul 11.30 pagi. Ibubapa ke kelas Hato-gumi untuk mendengar kata-kata terakhir dari guru mereka dan kemudian bersiap untuk balik.

 *Amni dan Takehiro berkongsi loker

 *Shifon-chan sedang tidur

*Inilah kelas saya. 

Akhir sekali sesi bergambar untuk kenang-kenangan. Biarlah kenangan bersama kawan-kawan di Honmura Youchien sentiasa terpahat diingatan. 





 *Dengan Taguchi Mari Sensei

 *Dengan Kanda Sensei

Lepas tu Amni buat perangai. Kalau perasan semua gambar di bawah ni muka Amni jebek je. Menangis sebab tak tahan sejuk. Lama sangat bergambar, kebetulan pula tengahari tu mendung dan berangin. Tak dapatlah nak bergambar dengan kawan-kawan yang lain. Nak balik je.


 * Kaho-chan

*Bersama Hayato, bff Amni.

In sya Allah Amni akan sentiasa mengingati kalian semua. 

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

4 comments:

  1. heee menarikkan.. sbb lain dr kat msia

    ReplyDelete
  2. Knlau di Malaysia, ucapan alu-aluan yang meleret2 dulu.bila anak2 semua dan kepuasan dan ada budak2 kecik menagis barulah upaca menyampaian sijil. Kat sini straight to the point. Majlis pun tak lama

    ReplyDelete
  3. cikgu, i'm speechless.... saya rasa mcm nak hantar anak belajar skolah mcm ni jugak..

    ReplyDelete
  4. Bila anak-anak dapat bergaul dengan bangsa lain mmg bagus. Dpt pulak belajar cara diorg. Ambik yg baik2 saja yg x elok tinggalkan.

    ReplyDelete

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015