Konnichiwa minna...Genki desu ka?
Dah lama tak masuk kelas bahasa Jepun ni kan. Jadi hari ni kita sambung belajar. Tajuk hari ini ialah warna. Warna dalam bahasa Jepun ialah iro. Dalam kehidupan ni warna memang penting kan. Cuba bayangkan kehidupan kita tanpa warna.....
Baiklah, jom kita teruskan..
putih - shiro
hitam - kuro
merah. - aka
biru - ao
hijau - midori
kuning - kiiro
pink - pinku
ungu. - murasaki
oren. - orenji
coklat - chairo
Kalau warna itu adalah adjektif, hendaklah kita tambahkan "i" lagi dibelakang warna itu
Contoh: Kereta merah = akai kuruma
Ros kuning = kiiroi bara
Diharapkan semua faham penerangan saya ini. Jumpa lagi di lain kelas.
Mata ne.
No comments:
Post a Comment