Monday, April 21, 2014

"Budi bahasa budaya Jepun"

Assalamualaikum

Biasa kita dengar di Malaysia, "Budi Bahasa Budaya Kita". Memang benar tapi saya rasa semenjak dua menjak ni slogan ni macam dah tak boleh diguna pakai di Malaysia. Minta maaf kalau saya salah cakap. Minta betulkan saya. Sudah 3 tahun saya tinggalkan Malaysia dan menetap di Tokyo. Jadi saya rasa slogan itu lebih sesuai dipakai di negara Matahari Terbit ni.

Orang Jepun ni memang berbudi bahasa, lemah lembut, bertimbang rasa dan suka menolong. Walaupun mereka tidak fasih berbahasa Inggeris ( sekarang dah ramai yang tahu berbahasa Inggeris), mereka akan cuba sedaya upaya mereka untuk membantu walaupun hanya dengan menggunakan bahasa isyarat tangan.

Pada Sabtu tengah malam yang lepas (12/4/2014) keluarga mertua saya iaitu Mak, Abah dan Kak Long sekeluarga telah sampai ke sini dari Malaysia. Suami saya telah ke Haneda Airport bersama Hazrie (dengan kereta) menjemput mereka. Nak dijadikan cerita, Abah telah tersalah mengambil bagasi dengan kata lain tertukar. Terpaksalah suami dengan Hazrie ke lapangan terbang semula untuk menukar bagasi tersebut.

Bila sampai di sana seorang pegawai perempuan memang sedia menanti. Dia pun dah agak akan ada orang yang akan datang menukar bagasi tersebut. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi lebih, dia masih lagi mampu senyum. Dan yang paling mengejutkan, pegawai tersebut telah meminta maaf dengan suami saya kerana terpaksa datang menukar bagasi. Suami saya kehairanan kerana sepatutnya suami saya yang mesti meminta maaf di atas semua kesulitan. Namun sebaliknya. Agak-agak kalau berlaku demikian di Malaysia, macam mana ye?

Saya pernah mengalami peristiwa lebih kurang serupa di Lapangan Terbang Ismail Petra yang mana 1 bagasi kami dari Tokyo tertinggal di KLIA. Kami "disepak" seperti bola apabila ingin mendapat kepastian tentang bagasi kami. Padahal dalam kes ini pihak MAS yang bersalah yang telah mencicirkan bagasi kami di KLIA. Mereka sedikit pun tidak meminta maaf seolah-olah kami yang bersalah.

Itulah perbezaan antara budi bahasa orang Jepun dengan budi bahasa orang kita, orang Malaysia.


 ******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015