Wednesday, April 9, 2014

Menarik Tentang Jepun dan Rakyatnya: Rancangan TV Jepun

Assalamualaikum

Hari ni kita sambung lagi cerita tentang Jepun ni. Kali saya nak cerita tentang Rancangan TV Jepun.

Di Jepun ni pun sama macam Malaysia juga, ada siaran tv berbayar. Suami saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan siaran tv berbayar sebab dia meminati baseball iaitu pasukan Yomiuri Giant. Jadi terdapat satu channel khas untuk pasukan tu. Dan juga terdapat channel Disney untuk anak-anak yang tak pandai nak tengok kartun-kartun Jepun serta filem-filem Inggeris.


Apa yang saya boleh katakan rancangan-rancangan tv di sini sangat berbeza dengan rancangan tv kita di Malaysia. Disamping di sini memang banyak siaran (channel), rancangan-rancangnya juga berinfomasi. Memang banyak ilmu dan pengetahuan baru tapi sayang saya memerlukan penterjemah (translater) untuk menonton. Siapa lagi kalau bukan en suami yang akan menterjemahkannya. Jadi biasanya kami sama-sama akan menonton pada sebelah malam selepas anak-anak tidur (anak-anak saya tidur pada pukul 9 malam).

Selama ini yang kita tahu arnab sukakan lobak merah. Sejak dari sekolah kita tahu tu. Hatta kalau kita tanya anak-anak kecil pun mereka akan beritahu arnab suka lobak merah. Dalam satu rancangan dibuat eksperimen ke atas 10 ekor arnab. Arnab-arnab tersebut telah dilepaskan di dalam sebuah kandang yang mempunyai bekas-bekas makanan. Ada lobak merah, kobis, rumput kering dan roti. Yang paling mengejutkan 4 ekor arnab makan roti, 3 ekor makan kobis, 2 ekor makan lobak dan seekor makan rumput kering. Mengikut kata pakar arnab kurang menggemari lobak kerana ianya keras.

Malah banyak lagi rancangan-rancangan yang berinformasi yang mana kita sebagai penonton diperlihatkan sendiri keputusannya dengan eksperimen. Sebagai contoh kenapa kita diminta menjarakkan kenderaan semasa memandu. Jawapannya 1.untuk mengurangkan kemalangan, 2. untuk megelakkan kesesakan lalu lintas. Fikir-fikirkanlah. Saya sangat bersetuju setelah melihat eksperimennya.

Setiap  Isnin, pukul 10 malam kami akan menonton rancangan di bawah ni. Biasanya rancangan ni akan mengupas isu-isu global. Wartawan mereka akan ke luar negara seperti Syria, Mesir, China dan lain-lain negara dan membincangkan isu-isu tersebut di studio seperti rusuhan di Syria. Isu Islam dan negara Islam juga pernah dibincangkan. 

Pernah dibincangkan tentang persijilan halal oleh JAKIM kerana sekarang Jepun sedang cuba memasuki pasaran makanan Malaysia. Sijil halal JAKIM Malaysia meruapakan yang terbaik dari 40 negara.



Rancangan ni merupakan rancangan kegemaran suami. Ia sesuai untuk mereka yang meminati dunia perniagaan. Tetamu iaitu biasanya pemilik atau CEO syarikat yang telah berjaya akan ke studio dan membincangkan bagaimana perjalanan perniagaan mereka dari mula sehingga mereka berjaya. Rupanya bukan mudah untuk berjaya. sesetengah mereka pernah jatuh bankrap dan bangkit semula sehingga mereka berjaya.



Seterusnya rancangan kegemaran kami sekeluarga. Anak-anak pun suka menonton rancangan ini. Kami namakan racangan "ranking" kerana ia menunjukkan ranking negara-negara contohnya "negara yang mempunyai paling banyak basikal"


Sebanyak 20 orang ahli dari negara luar yang akan membincangkan tentang tajuk-tajuk tertentu seperti dalam contoh tadi negara yang paling basikal ialah Belanda. Dalam masa yang sama dipaparkan keadaan di Belanda yang rata-rata rakyatnya berbasikal. Disamping dapat mengetahui ranking dunia, dapat juga mengenali keadaan negara-negara lain. Sayangnya tidak ada wakil dari Malaysia dalam G20 ni.


Yang ni untuk ranking : Negara yang paling banyak mesin basuh terjual (dari 60 buah negara)
1. Korea
2. France
3. Norway


Malaysia dalam ranking pertama untuk "art" yang pelik rasanya (saya dah lupa) iaitu dengan menggunakan kopi. Artisnya seorang perempuan Cina. Lupa dah nama dia.


Drama dan telemovie Jepun pun berinformasi. Bagaimana? Biasanya drama dibuat dikawasan-kawasan yang menarik untuk pelancongan. Dalam masa yang sama mereka dapat mempromosi tempat dan makanan yang untuk kawasan tersebut.

Kalaulah di Malaysia pun macam ni. Rakyat akan lebih berpengetahuan bukannya lebih banyak hiburan semata-mata. Di Jepun ni pun ada rancanga hiburan juga tapi disebabkan mereka mempunyai banyak siaran (channel), jadi kita sebagai pengguna mempunyai banyak pilihan. Nampaknya saya akan rindukan rancangan tv Jepun bila saya balik Malaysia nanti :p.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015