Wednesday, April 23, 2014

Mak & Abah @ Tokyo: Flower Festival at Nishi Tachikawa

Assalamualaikum

15 April 2014

Sebelum memulakan perjalanan pada hari ini kami singgah dulu ke klinik. Dah lama Abah sakit kaki sebab cagu. Suami saya paksa Abah ke klinik dan mengambil ubat yang betul supaya sakit kaki Abah tak berpanjangan. Kak Long dan family pula ke Tokyo Disneyland. Jadi kami berpecah hari ni.

Selepas ke klinik barulah kami ke Shinjuku Station dengan bas. Kemudian ke Nishi Tachikawa. Perjalanan dari Shinjuku mengambil masa hampir sejam. Kali ni nak bawa Mak tengok bunga. Mak memang sukakan bunga. Di kampung Mak suka tanam orkid. Macam-mcam species ada. Sekarang sedang berlangsung Flower Festival di Showa Kinen Park ni. Yang paling banyak ialah bunga tulip.



* Tercapai hajat Abah untuk melihat bunga sakura

* ayu gitu :p




Dah penat berjalan di taman ni menjamu mata dengan tulip pelbagai warna, sekarang masa untuk menjamu perut pula. Bawa bekal bihun goreng dengan sambal sotong Mak dan keropok. Dengan suhu yang dingin memang mendamaikan.






Usai solat dan makan tengahari, misi bergambar dengan bunga-bunga cantik diteruskan. Adib dan Amni ditinggalkan bersama Atuk di bawah pokok. Jangan muak pulak tengok model sama saiz ni hehehe..






* sakura yang tersisa



Luas sungguh taman ni. Lenguh kaki nak berjalan. Nasib baik budak-budak tu duduk dengan atuk mereka.

* bulatnya muka Adib..ulat yang comel

Sebelum balik, bergambar lagi dengan tulip. Tak puas mata memandang keindahan tulip yang pelbagai warna dan pelbagai species ni.





* seronok Abah dapat pegang sakura, sampai putus juntaian sakura ditariknya










Dah habis tengok bunga, Amni nak naik bot pulak. Atuklah yang kena teman. Lepas tu Adib pulak merajuk nak naik sama. Terpaksalah ibu dan abahnya sewa lagi satu pedal boat ni.



* harga untuk row boat dan pedal boat



Hari yang memenatkan tapi puas dapat menikmati keindahan ciptaan Allah. Satu pengalaman baru buat Mak dan Abah.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015