13 April 2013
Seronoknya rasa apabila keluar bersama dengan ahli keluarga yang besar. Rasa macam ada di Malaysia. Macam tak percaya yang Mak dan Abah serta Kak Long sekelurga telah berada di Tokyo bersama kami. Disebabkan mereka sampai lewat malam semalam dan perlukan rehat yang lebih, kami semua keluar lewat sikit iaitu selepas zohor. Kali ni kami akan ke Ginza dengan menaiki bas.
Sekejap je kami di Ginza. Kami kemudian ke Tokyo Tower pula.
*Kebetulan ada persembahan pula. Menontonlah sekejap
Suami mengajak anak-anak untuk menemankan atuk mereka ke menara tinjau. Saya pula menemankan Mak sambil window shopping sebab Mak gayat dengan tempat tinggi. Kak Long dan Abang Farid shopping o-miyage (cenderamata) untuk saudara mara dan kawan-kawan.
Pukul 6.30 petang kami berangkat ke Azabu Juban pula untuk makan malam. Saya membuat tempahan lebih awal supaya lebih senang dan teratur kerana kami ramai. Sempena harijadi beliau, suami belanja kami semua makan besar di Siddique Palace. Terima kasih, sayang :).
* Kambing panggang sudah datang
* Atuk melayan cucu-cucunya
* Birthday boy pula tak ada dalam gambar
Alhamdulillah semua kekenyangan malam tu. Mak dan Abah pun happy dapat makan bersama dengan cucu-cucunya.
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment