Wednesday, April 23, 2014

Mak & Abah @Tokyo : Nippori dan Akihabara

Assalamualaikum

16 April 2014

Misi menjelajah Tokyo diteruskan. Hari ni kami keluar selepas zohor sebab susah nak solat di luar. Kali ini kami akan berpecah. Saya akan membawa Mak ke Nippori manakala suami akan membawa yang lain ke Akihabara. Kami ke Shinagawa dulu dan menaik keretapi yang sama kerana Nippori dan Akihabara satu jalan je.




Alhamdulillah tak ramai sangat orang hari ni. Biasa saya pergi hari Sabtu, selalu ramai orang. Kadang-kadang bersesak-sesak di Tomato. Hari ni bolehlah Mak memilih kain dengan aman. Mak cuma borong kain di Arch Tomato yang berharga 108 semeter. Rambang mata jugak dibuatnya. Saya pun tumpang juga membeli. 

Syok sangat memilih kain hingga lupa nak ambil gambar. Nasib baik ada juga ambil dua tiga keping sebelum shopping.



*kacau betul lori Sagawa ni parkir kat situ

Manakala gambar-gambar di bawah ni dari kamerasuami yang membawa "delegasi" ke Akihabara. Akihabara ni bandar yang menjual barangan elektrik dan elektronik. Banyak inovasi baru dapat dilihat di sini. Kalau sesiapa yang suka gajet memang sesuai sangat ke sini. Haa..sampai lenguh kaki berjalan.













Masa balik kami berjanji berjumpa di Shinagawa Eki. Abah dah jalan terinjut-injut. Sakit kaki cagu beseta gout nya yang sudah menyerang. Dari Shinagawa, balik ke rumah dengan teksi. Mungkin disebabkan penat sangat dan tak cukup rehat, Abah demam. Kesian Abah.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015