Sunday, April 6, 2014

Hanami @Yokohama

Assalamualaikum


Hanami (花見) - maksudnya "tengok bunga" atau dengan kata lain menikmati keindahan bunga-bunga yang kebiasaannya bunga sakura. Biasanya sakura akan mula berkembang diakhir bulan Mac sehingga awal bulan April mengikut tempat. Pada tahun ini kebanyakan sakura berkembang mekar sekitar 1-4 April ( Tokyo). Jadi telah menjadi tradisi di Jepun, akan berkelah di bawah pohon-pohon sakura bersama keluarga dan kawan-kawan sambil menikmati keindahan sakura yang sedang berkembang.

Mengikut pengalaman saya yang telah beberapa kali ber"hanami" ( kali pertama, kali kedua, kali ketiga dan kali keempat), satu perasaan yang sukar digambarkan semasa menikmati keindahan bunga ini. Sehingga ternanti-nanti bila lah bunga-bunga sakura ni nak berkembang. Maka tidak hairanlah rakyat Jepun tidak jemu-jemu setiap tahun akan ber"hanami". Sedih pula bila mengenangkan kali ini merupakan kali terakhir kami ber"hanami".

Pada tahun ini kami sekeluarga ke Mitsuike Koen, Yokohama. Mitsuike tu maknanya 3 tasik. Semua tasik tu cantik-cantik, ada itik-itik yang berenang-renang dan juga ikan. Tapi kali ini bunga-bunga sakura dah banyak yang gugur kelopaknya disebabkan sudah 2 hari hujan. Dari Shinagawa kami mengambil Keihin Tohoku Line ke Tsurumi dan menaiki teksi ke Mitsuike Koen.




 




 *Bergaya dengan halfmoon shawl jahitan sendiri












Selepas berjalan-jalan mengelilingi tasik dan mengambil gambar, cari tempat untuk bentangkan tikar dan makan tengahari. Anak-anak pun dah tak sabar nak makan dan bermain frisbee dan bubble. Lagipun mereka semua dah penat berjalan naik turun bukit.
Menu: Nasi himpit, rendang ayam, kuah kacang dan juga kebab (beli)





Tengah sedap-sedap makan, tiba-tiba hujan turun. Kelam kabut kemaskan makanan dan tikar. Nasib baiklah hujan di Jepun tak sama macam hujan di Malaysia. Di Jepun hujannya tak lebat. Rintik-rintik saja, sempatlah kami semua lari-lari anak cari tempat berteduh. Baru saja sampai ke pintu masuk taman, hujan berhenti dan matahari mula keluar. Maka tak jadi balik. Sambung balik berkelah, bolehlah anak-anak bermain.











Adib pula...tidur dengan mulut comot tak berbasuh.


Dah penat bermain masa untuk mengejar jadual bas pula. Bas dijadualkan pukul 1.20 pm di depan pintu koen (taman)



Kami seterusnya ke bandar Yokohama. Tak pernah sampai lagi sebelum ni. Jadi tak lepaskan peluang ke Yokohama ni. Tapi hanya ke Tokyu Hands je, itupun berdekatan dengan stesen Yokohama.

*Nampak SOGO pulak depan Tokyu Hands

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

2 comments:

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015